Pulau Perhentian

Pulau Perhentian salah satu pulau yang tercantik di Semenanjung Malaysia. Pulau ini tidak asing lagi bagi masyarakat di Malaysia.

Terkenal dengan pantai berpasir yang putih bersih, air laut yang jernih dan laut disekitarnya yang kaya dengan coral menarik.

GEOGRAFI PULAU PERHENTIAN

Pulau Perhentian ialah satu gugusan pulau yang terletak sekitar 10 batu nautika (19 km) dari pantai dalam timur laut negeri Terengganu, Malaysia, sekitar 40 batu (64 km) selatan dari sempadan Thailand. Dua pulau utama ialah Perhentian Besar dan Perhentian Kecil.

MAPS

Kuala Besut, Terengganu, Malaysia

Kuala Besut, Terengganu, Malaysia

SEJARAH NAMA PULAU PERHENTIAN

Pulau ini pada awalnya tidak mempunyai nama yang khusus. Ia dijadikan tempat persinggahan bagi kapal-kapal dagang yang berulang alik dari China ke Asia Tenggara seperti Singapura, Jawa dan beberapa tempat di Semenanjung Tanah Melayu. Di pulau ini juga dijadikan tempat persinggahan kapal-kapal garam dari Singgora (Selatan Thai), untuk menghantar garam ke Kuala Terengganu.

Oleh kerana pulau ini sering dijadikan tempat persinggahan bagi kapal-kapal yang dalam pelayaran, ia telah dinamakan sebagai Pulau Perhentian. Iaitu pulau tempat kapal-kapal singgah atau berhenti seketika sebelum meneruskan pelayaran. Sehingga sekarang pulau ini masih lagi dijadikan tempat berlindung bagi kapal-kapal dari angin kencang dan ombak besar.

INFO PULAU PERHENTIAN

Pulau-pulau masih kekal dengan keadaan tidak disentuh dan satu-satunya penduduk tetap tinggal di sebuah perkampungan nelayan kecil iaitu di Perhentian Kecil.

Oleh kerana tiada jalan raya, jadi cara untuk menerokai kawasan sekitar pulau adalah dengan cara berjalan kaki melalui hutan dan persisiran ataupun mengambil teksi laut (bot).

CARA PERGI KE PULAU PERHENTIAN

Dari Kuala Terengganu, ambil teksi atau bas menuju ke Jeti Kuala Besut, jangka masa perjalanan adalah 2 Jam. Jika dari Lapangan Terbang Kota Bharu, perjalanan hanya mengambil masa 45 Minit sahaja.

HARGA TIKET BAS/VAN DARI AIPORT KE JETI
Dari Harga
Kota Bahru Airport RM70
Terengganu Airport RM 160
Wakaf Baru railway RM80
HARGA TIKET BOT KE PULAU PERHENTIAN
Tiket Bot Dewasa Kanak-kanak(4-12 Tahun)
Satu Hala (Pergi Sahaja) RM35 RM20
Dua Hala (Pergi dan Balik) RM70 RM40

Jeti Kuala Besut –> Pulau Perhentian    : 11:00 AM & 2:00 PM
Pulau Perhentian –> Jeti Kuala Besut    : 8:00 AM & 12:00 PM

Untuk maklumat lanjut, anda boleh rujuk di artikel Harga Tiket Bot ke Pulau Perhentain.

AKTIVITI-AKTIVITI DI PULAU PERHENTIAN
  1. Snorkeling
  2. Diving
  3. Mandi-manda
  4. Parasailing
Lain-lain:

Pakej Pulau Perhentian