6 Cara Pos Motosikal Dengan Harga Murah

Cara Pos Motosikal | Kebiasaanya, pelajar universiti adalah yang paling ramai  menggunakan servis penghantaran motosikal ke kolej-kolej mereka. Selain pelajar, tidak lupa perantau yang mencari rezeki di KL dan Selangor, juga turut menggunakan khidmat penghataran motor ini.

Ada hantar pulang ke kampung dan ada juga hantar motor ke KL. Tak kisah la, apa yang penting kos penghantaran yang murah adalah yang paling utama. Oleh itu, bagi memudahkan anda semua, kami bandingkan harga servis penghantaran motosikal yang ditawarkan oleh kurier.

pos motor murah

Sebelum tu, jom lihat apa maklumat yang diperlukan untuk proses pos motor ni.

Maklumat Penting Untuk Proses Penghantaran Motor
  • Pengirim PERLU membawa motorsikal bersama salinan geran motorsikal dan IC semasa mengantar motorsikal di kaunter.
  • Pengirim PERLU menanggalkan No.Plat dan Cermin Sisi.
  • Motorsikal PERLU dibungkus dan pastikan tanki minyak tidak penuh.
  • Pengirim tidak digalakkan meletakkan kunci bersama-sama dengan motorsikal semasa mengantar motorsikal di kaunter
6 Cara Pos Motosikal dan Harga Pos Motor

Harga di bawah adalah berdasarkan tarikh 1 Julai 2017.

1. Nationwide – RM 120+

Caj penghantaran menggunakan Nationwide berdasarkan CC motor. Untuk maklumat lanjut boleh terus call 1300 222 777

[Update 27/07/2017] – CC 115: RM 158

Terima kasih kepada yang sudi berkongsi di ruangan komen. Semoga dapat beri manfaat kepada orang lain.

2. KTMD – RM 135+

Harga penghantaran mengikut CC motor tu. Harga paling murah RM135. Sampai dalam masa 3-4 hari. Maklumat harga yang sebenar mengikut destinasi, anda boleh layari: http://www.ktmd.com.my atau hubungi di talian ini: 1800-22-5863

3. POSLAJU – RM 180+

Jika pos motor guna poslaju, agak panjang sedikit ceritanya, semoga bermanfaat.

Anda boleh pergi ke kaunter and mintak borang nak pos motosikal. Dua borang akan diberi, Satu borang macam biasa yang pos barang tu. Satu lagi borang untuk check keadaan motosikal sebelum dihantar ada kerosakan atau tak.

Lepas isi kedua-dua borang tu, anda perlu beratur balik kat kaunter dan buat bayaran yang dikehendaki mengikut destinasi penghantaran. Kadang-kadang pos laju akan buat promosi untuk student,kena selalu alert la.

Dah bayar, bawa motor korang ke garaj untuk buka side mirror, no. plat then balut. Selesai semua benda tu, tinggal motosikal kat situ dan pos laju akan uruskan. Bila moto tu dah sampai ke destinasi, pos laju akan menghubungi anda untuk tuntut di pejabat pos berdekatan.

4. Skynet – RM 200+

Harga pos motor guna Skynet adalah lebih kurang RM 200. Untuk kepastian harga mengikut destinasi, boleh terus hubungi nombor ini: 035122 3369

5. GDEx – RM 220+

Agak Mahal sedikit servis menggunakkan GDEx. Harga RM220 ini adalah untuk 150 CC ke bawah. Harga berbeza mengikut CC. Untuk maklumat lanjut boleh hubungi 03-7787 2222.

6. Lori / 4×4 – Bermula RM 180 – Paling Mudah (Door-to-Door)

Menggunakan servis penghantaran menggunakan lori atau 4×4 adalah berbaloi juga sebab motosikal anda akan diambil depan pintu dan dihantar depan pintu juga. Door-to-door service la kiranya. Kalau guna servis  Poslaju, KTM, Skynet agak sukar sebab kita nak kena pergi hantar dan ambil.

Banyak syarikat / kenderaan persendirian yang menawarkan servis penghantaran motor menggunakan 4×4, antaranya, syarikat AILC Enterprise. 017-4273357

Dengan AILC, anda boleh menghantar motosikal ke seluruh destinasi di semenanjung Malaysia, contohnya Selangor – Terengganu, Pos motor dari kelantan ke KL, dan banyak lagi. Buat masa sekarang, syarikat ini menawarkan lokasi Pantai Timur dari/ke KL Selangor sahaja.

Untuk whatsapp, anda boleh klik button di bawah tanpa perlu menyimpan sebagai contact. Lebih mudah dan cepat.

Dua Cara Pos Motosikal Dengan 4×4:

1. Tumpang – Harga RM150 – RM200

Tumpang bermaksud motosikal dihantar mengikut tarikh perjalanan 4×4 syarikat dan juga kekosongan. Untuk tumpang ini, memerlukan pengesahan dari syarikat terlebih dahulu. Boleh tanya di whatsapp.

Buat masa sekarang Servis Tumpang ini hanya untuk lokasi KL/Selangor dari/ke Kelantan/Besut/Jertih sahaja.

2. Ikut tarikh anda – RM350 – RM500

Semua negeri pantai timur, Pahang, Terengganu, Kelantan.

Nota Kaki: Jika nak murah, share dengan kawan-kawan, hantar 3 motosikal di lokasi yang sama, contohnya ambil di Puchong, hantar di Kota Bharu. Boleh harga diskaun. Untuk diskaun boleh tanya di whatsapp. 🙂

Bagi memudahkan proses, copy text dibawah dan hantar ke whatsapp

Tarikh:
Jumlah Motosikal:
Lokasi Ambil:
Lokasi Hantar:

Lain-lain:

Ke Sabah jom!

Pakej Pelamin Tunang & Kahwin

6 Cara Pos Motosikal Dengan Harga Murah
4.8 (96.92%) 13 votes

Artikel Lain

Komen

2 Comments on "6 Cara Pos Motosikal Dengan Harga Murah"

Notify of
Sort by:   newest | oldest | most voted

Skrg nationwide punya cas rm158.45 untuk 115cc

wpDiscuz