Harga Tiket Feri ke Langkawi 2024

Percutian ke Langkawi sememangnya diidam-idamkan oleh rakyat Malaysia. Kerana di Langkawi amat popular dengan keindahan alam semula jadi dan juga tarikan zon bebas membeli belah.

Bagaimanapun mungkin masih ada lagi yang belum mengetahui cara ke Langkawi. Artikel ini mungkin berguna untuk yang baru pertama kali ke Langkawi.

Dua cara untuk pergi ke Langkawi, iaitu dengan pesawat dan juga feri. Maklumat lanjut berkenaan pengangkutan ke Langkawi,  anda boleh klik di sini.

Jika feri menjadi pilihan, di bawah adalah rujukan harga tiket feri ke Langkawi.

feri ke langkawi

Harga tiket feri ke Langkawi adalah berdasarkan Jan 2024

* Jika guna mobile, sila swipe ke kiri untuk lihat harga

KADAR TAMBANG Dewasa Kanak-kanak
(Umur 3-12)
Dari Ke Jangka Masa Perjalanan
Kuala Kedah Langkawi 1 Jam 45 Minit RM26.50 RM20.50
Kuala Perlis Langkawi 1 Jam 15 Minit RM21.00 RM16.00

Masa perjalanan feri dan harga tiket feri terkini sila layari laman web: Langkawi Ferry Line

Masa perjalanan feri langkawi bermula pada pukul 7 pagi hingga 7 malam

Jeti Mana Menjadi Pilihan?

Jeti Kuala Perlis – Masa perjalanan lebih pendek dan sesuai untuk sesiapa yang tidak suka duduk lama-lama di dalam feri. Yang mabuk laut tu, sila naik di jeti ni ye!

Jeti Kuala Kedah – Jeti ni terletak lebih dekat jika anda dari Kuala Lumpur. Tetapi masa perjalanan feri lebih lama sedikit berbanding naik feri di Kuala Perlis.

Jeti Pulau Payar, Penang – Sesuai bagi orang yang suka santai dengan melihat keindahan laut yang biru, kerana dari jeti ini, perjalananya mengambil masa yang lama, hampir 3 jam.

Pakej Pusing Pulau Langkawi

Tempah Island Hoping & Mangrove sekarang untuk dapat harga yang murah. Untuk pengetahuan anda, harga beli di sana adalah berbeza. Anda boleh rujuk di artikel ini: Pakej Island Hoping & Mangrove Tour Langkawi.

Selain Island Hoping & Mangrove, kami juga ada buat pakej 3 Hari 2 Malam. Boleh pilih mengikut bajet dan masa anda. Senarai Pakej-pakej Langkawi.

Nak bawa kereta sendiri ke Langkawi, boleh rujuk di artikel ini: Cara bawa kereta sendiri ke Langkawi.

Feri Dah Ada, Kereta Sewa? Dah Ada?

Kalau belum buat tempahan kereta sewa, boleh hubungi kami, ada diskaun untuk tempahan melalui website ini, hanya bagi tahu code di bawah sahaja:

FH SUCCESS MANAGEMENT, LANGKAWI
Phone: 013-7478059 Atau 019-4342324
CODE: CarLangkawi <-- Sila beritahu code ni untuk dapatkan diskaun dari kami.

Senarai Harga 

Kereta Sewa Langkawi 2017

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

28 Komen di “Harga Tiket Feri ke Langkawi 2024”