Tips Melancong Ke Sabah – dan Ke Kundasang

Tips Melancong Ke Sabah | Sabah memang terkenal dengan tarikan tersendirinya, dan jumlah pelancong setiap tahun memang ramai tidak kiralah dari Malaysia ataupun luar.

Tips Melancong ke Sabah Kundasang

Melancong ke Sabah ini bukanlah susah, tetapi memerlukan ilmu bagi melancarkan perjalanan anda di sana nanti. Atau dengan kata lain rancang percutian anda dengan ilmu bukan dengan main terjah jer pergi sana.Banyak tips melancong ke Sabah yang anda perlu tahu sebelum anda ke sana nanti. Tips ini sekurang-kurangnya dapat membantu anda jika anda pergi secara backpackers, maksudnya tanpa tour guide.

Hari ini kami kongsikan kepada anda beberapa tips melancong ke Sabah.

Tips Melancong Ke Sabah

  1. Tips dan Info ke Sabah
  2. Tips Sebelum ke Sabah
  3. Tips Semasa di Sabah

1. Tips Dan Info ke Sabah

  • Pergi untuk 4 Hari 3 Malam, Kundasang 1 Malam dan Kota Kinabalu 2 Malam.
  • Boleh pergi Kundasang dan juga pulau di KK. Kalau tidak berminat dengan aktiviti pulau seperti snorkeling, anda boleh pergi 3 Hari 2 Malam sahaja sudah memadai.
  • Waktu Sesuai pergi Sabah adalah sepanjang tahun dengan syarat bukan musim hujan. Kalau hujan hilang mood nak jalan-jalan.
  • Kalau boleh, sampai je di Sabah terus ke Kundasang. Stay di sana untuk satu malam.
  • Tentatif 4 Hari 3 Malam boleh di lihat di sini: Tentatif Ringkas ke Sabah – 4 Hari 3 Malam

2. Tips Sebelum ke Sabah

Tiket Penerbangan

  • Buat tempah tiket penerbangan lebih awal untuk dapatkan harga promosi. Anda boleh menggunakan perkhidmatan Skyscanner.com untuk melihat harga pernerbangan yang paling murah.
  • Dengan menggunakan Skyscanner, website ini akan memaparkan semua senarai syarikat pernerbangan dengan harganya sekali. Menjimatkan masa anda untuk melihat harga tiket paling murah. Kalau tak, anda perlu buka website satu-satu. Lambat.
  • Ambil flight waktu pagi.

Penginapan Hotel di Kundasang dan Kota Kinabalu

  • Tempah Hotel. Tempat sesuai untuk tempah hotel di Kundasang adalah sekitar kaki bukit Kundasang dan juga kawasan berdekatan dengan Taman Negara Sabah.
  • Di KK pula anda boleh tempah di kawasan Jesselton. Jesselton dekat dengan jeti dan juga tempat makan seafood. Jadi boleh jalan kaki je ke Jeti @ kedai makan sekitar.
  • Hotel, anda boleh tempah menggunakan perkhidmatan Booking.com ataupun Agoda.com. Kat website ini, anda boleh melihat senarai hotel yang murah dengan memilih dari harga yang murah ke harga yang mahal. Selain itu, boleh juga lihat review tentang hotel tu, sama ada bagus atau pun tidak.
  • Berikut adalah lokasi yang sesuai untuk buat tempahan hotel di sekitar Kundasang.
Kawasan sekitar Pekan Kundasang
Kawasan sekitar Taman Negara Sabah. Mengikut Tentatif Kami, tempat ini sesuai untuk anda menginap, untuk kelancaran perjalan andan.

Hotel Kundasang yang di syorkan untuk anda buat tempahan. Sila klik pada nama hotel di bawah untuk buat tempahan

Mile 36 Lodge Berpatutan dan boleh lihat Gunung Kinabalu dari Hotel ini.
Kinabalu Pine Resort Pemadangan Gunung Kinabalu yang sangat cantik dari Hotel ini, berbaloi dengan harga. Kebiasaanya, musim cuti sekolah, hotel ini cepat penuh. Untuk rasai keindahan Kundasang, baik anda booking dari sekarang sebelum terlepas.
The Cottage Hotel Sesuai untuk trip ke Sabah secara kumpulan, 10 orang ke atas. Lokasi berdekatan Kundasang dan jalan menghala ke Desa Dairy Far
J Residence Boleh Lihat Gunung Kinabalu dan sesuai jika anda mengikut tentatif kami 4 hari 3 malam.
Kinabalu Park (World Heritage Site – UNESCO) Agak mahal sedikit berbading hotel-hotel di atas, tetapi hotel memberikan kenikmatan yang sebenar semasa melancong ke Kundasang Sabah. Sebabnya, betul-betul menghadap Gunung Kinabalu Sabah.
Kundasang Guesthouse Sesuai untuk family. Boleh masuk sampai 9 orang. Suasana pun menarik di sini.

Kereta Sewa Kota Kinabalu dan Kundasang

  • Tips ke 3 sebelum bercuti ke Sabah adalah buat tempah kereta sewa.
  • Kereta yang sesuai untuk Kundasang adalah kereta yang CC 1.3 ke atas. Boleh juga CC 1.0 macam Axia jika berdua sahaja. Ini kerana semasa hendak pergi ke Desa Lembu, jalan begitu curam dan tinggi.
  • Banyak syarikat yang menawarkan sewa kereta di Sabah, antaranya adalah Global Lepa Car Rental. Apa yang penting, syarikat ini boleh booking online, hanya bayar deposit sahaja.
  • Servis hantar dan ambil di aiport adalah percuma!
  • Menariknya, Global Lepa Car Rental menawarkan harga kereta sewa dengan harga diskaun. Tempahan 3 – 6 hari anda akan dapat 5% diskaun.
  • Selain dari diskaun, tawaran baucer juga boleh tahan juga. Boleh dapat RM 20 baucer diskaun lagi selain diskaun yang biasa.
  • Untuk buat tempahan, anda boleh berbuat demikian di website mereka. Jangan lupa guna voucher!
GLOBAL LEPA TRAVEL & TOURS, KOTA KINABALU, SABAH
012-8440137 Atau  011-37144200
website: http://www.globallepa.com/

Whatsapp BOOK ONLINE

Tempahan online untuk 3 hari ke atas akan mendapat Diskaun 5% dan juga diskaun tambahan dengan memasukkan voucher code GlobalLepa yang bernilai RM 20

3. Tips Semasa di Sabah

Tips Ke Kundasang

  • Sampai di Airport KKIA (Kalau boleh flight pagi), terus pergi ke Kundasang Sabah.
  • Untuk melancarkan perjalanan anda, gunakan Waze atau Google Map/Drive sebagai panduan pemanduan.
  • Perjalanan menuju ke Kundasang dari Kota Kinabalu lebih kurang jaraknya sejauh 95 km dan mengambil masa 2 jam perjalanan.
  • Separuh perjalanan pertama, anda akan menempuhi jalan yang landai dan agak lurus (pinggir bandaraya Kota Kinabalu) manakala bahagian ke dua perjalanan pula jalannya mula berselekoh dan banyak mendaki bukit.
Rumah Terbalik dan Jambatan Tamparuli
  • Sebelum sampai Kundasang, singgah sekejap di Jambatan Tamparuli dan Rumah Terbalik. Lokasi dua tempat ini memang terletak diantara Kota Kinabalu dan Kundasang. Boleh lihat dalam interaktif maps di bawah.
  • Pastikan minyak kereta full sebelum meneruskan perjalanan anda ke Kundasang dari Jambatan Tamparuli ni.
  • Dalam perjalanan boleh singgah di Pekan Nabalu untuk berehat dan menikmati keadaan sekitar.
  • Sampai sahaja di Kundasang, terus check-in hotel yang telah ditempah. Berehat sekejap dan boleh teruskan ke kawasan menarik di Kundasang.
Tempat Menarik di Kundasang

Di sini, kami senaraikan sahaja tempat menarik di Kundasang, untuk details tempat boleh baca di sini: Tempat Menarik di Sabah – Kundasang

  1. Kinabalu National Park – Kundasang
  2. Kundasang War Memorial
  3. Pasar di Pekan Kundasang
  4. Mesilau Nature Park
  5. Strawberry Mesilau Park
  • Keesokan sambung perjalanan anda di Kundasang seperti berikut,
  • Kalau boleh, pergi Desa Lembu pada waktu pagi sebelum pukul 11, kerena kebiasaannya, waktu pagi Gunung Kinabalu tidak dilindungan awan.
  1. Desa Cattle Dairy Farm – Kundasang
  2. Tagal Fish Sg Moroli Kg Luanti – Ranau
  3. Poring Hot Spring – Ranau
  4. Ladang Teh Sabah
Gunung Kinabalu dari Desa Lembu!

Tips Semasa di KK Sabah

  • Untuk tips di KK, anda disarankan untuk menempah hotel di kawasan Jesselton, kerena berdekatan dengan pasar filipina, pasar malam seafood, dan paling penting dekat dengan jeti ke Pulau.

  • Boleh walk -in beli pakej trip ke Pulau. Pergi Jeti dan boleh pilih mana-mana kaunter tiket di sana.
  • Jangan lupa cuba makan seafood pada waktu malam. Segar dan sedap sekali. Cuba juga rumpai laut.

Untuk cadangan pengisian / tentatif semasa di Kota Kinabalu, anda boleh baca di artikel ini: Cadangan Pengisian di KK

Sekian sahaja perkongsian Tips Melancong ke Sabah. Semoga bermanfaat. Maaf jika serba kekurangan. 🙂

Lain-lain
  1. Tempat Menarik di Sabah
  2. Kalkulator Kira Parking Kereta di ERL Salak Tinggi @ Putrajaya Sentral
  3. Tempat Parking Murah ke KLIA / KLIA2

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

70 Komen di “Tips Melancong Ke Sabah – dan Ke Kundasang”

    1. tq For sharing all the information…biasa orang siapkan semuanya Kali ni…I kena arrange trip ke sana…info ini sgt membantu