Cara Pos Kereta ke Sabah Sarawak
Pos kereta ke Sabah Sarawak dari/ke Semenanjung senang sahaja. Boleh guna perkhidmatan kapal. Berikut adalah gambar kapal yang akan bawa kereta atau motosikal anda nanti.
Biasanya yang menguruskan penghantaran ini adalah ejen-ejen yang berdaftar sahaja.
KGTrans adalah antara ejen yang berdaftar yang akan menguruskan penghantaran kenderaan dari/ke Sabah Sarawak. Maksudnya, dari semenanjung boleh, dari Sabah Sarawak pon boleh. Call / Wasap je.
SYARIKAT KGTrans @ KILAUAN GEMILANG TRADING (002363476-H) Mobile: 0124784344 Facebook: http://www.facebook.com/kgtrans Website: http://www.kgtrans.com.my/ WHATSAPP
Sebelum call atau whatsapp tu, mungkin anda boleh baca maklumat di bawah terlebih dahulu, nanti senang untuk kedua-dua pihak.
Jenis-jenis Perkhidmatan Pos Kereta ke Sabah Sarawak
- Port to Port (penghantaran antara pelabuhan)
- Door to Door (ambil dari rumah & hantar ke destinasi akhir)
- Door to Port (dari rumah & hantar ke pelabuhan)
- Port to Door (dari pelabuhan & hantar ke destinasi akhir)
Kebiasaanya pilihan ramai adalah Port to Port. Walaubagaimanapun, pilihan ditangan anda.
Maklumat Am Yang Anda Perlu Tahu
- Pos motosikal menggunakan kapal laut
- Kapal masuk Port Klang/Kota Kinabalu/kuching, lain-lain lokasi transfer dengan jalan darat
- kekerapan penghantaran 2x sebulan.
- Tempoh antara seminggu – 3 minggu (mengikut destinasi)
Dokumen Yang Diperlukan
- Salinan IC pemilik depan + belakang
- Salinan Geran depan + belakang
- Salinan surat kedai/Aeon jika masih loan
Harga Pos Kereta ke Sabah Sarawak dari/ke Semenanjung
Harga ini adalah untuk port-to-port sahaja. Untuk perkhidmatan lain anda boleh hubungi KGTrans terlebih dahulu kerana harga berbeza mengikut lokasi/destinasi pengambilan/penghantaran.
Jenis Kenderaan | Harga |
Kereta Persendirian | RM 1600 |
Motosikal | RM 735 |
Jentera seperti bas, lori, excavator, kren, forklift dsbnya | RM 145 / Cbm |
Jadual penghantaran anda boleh rujuk di website KGTrans. Jadual Penghantaran Kenderaan.
Langkah-langkah Hantar Kereta dari/ke Semenanjung / Sabah / Sarawak
- Hubungi KGTrans 0124784344
- Pihak KGTrans akan membantu anda langkah seterusnya, pastikan anda baca maklumat di atas bagi memudahkan proses penghantaran nanti 🙂
- Sukses!
Segala pertanyaan anda boleh rujuk di bahagian FAQs (Soalan Lazim). Jika tiada, anda boleh hubungi KGTrans untuk maklumat lanjut.
WHATSAPPSemoga urusan pos kereta ke sabah sawarak atau ke semenanjung, berjalan dengan lancar dan jayanya.
Adakah harga untuk motosikal sama, walaupun berbeza cc? Cth : 150cc,200cc,400cc,atau pn 800 cc keatas. Harga untuk smua cc mto, sama?