Tasik Kenyir

Tasik Kenyir | Tasik Kenyir adalah antara tempat menarik di Terengganu untuk kita terokai, dengan keindahan alam semulajadi yang sungguh indah dan suasana yang tenang jauh dari kebisingan kota.

Saksikan gambar-gambar sekitar Tasik Kenyir, yang mungkin menjadi destinasi percutian anda nanti:

Sumber Gambar: pelancongan-terengganu

Info Tentang Tasik Kenyir, Terengganu

Terengganu, Malaysia

Terengganu, Malaysia

21700 Kuala Berang, Terengganu, Malaysia

Kenyir Hulu Terengganu, Malaysia

Pintu masuk atau kata mudah adalah Jeti untuk ke Tasik Kenyir

Tasik Kenyir terkenal sebagai destinasi pelancongan di dunia. Keindahan alam semulajadinya yang terdiri daripada tasik, sungai, jeram, air terjun yang kaya dengan spesis ikan air tawar, banjaran bukit, gunung ganang, gua-gua, hutan-hutan yang diliputi flora & fauna eksotik menjadikan khazanah yang sangat bernilai untuk diterokai dan dikunjungi.

Tasik Kenyir terletak di Hulu Terengganu, kira-kira 60 KM dari bandar Kuala Terengganu. Keluasan kawasan Tasik Kenyir ialah 260 km persegi. Terdapat 340 buah pulau di sekitar tasik ini yang pada asalnya ialah kemuncak bukit yang tidak ditenggelami air.

Tasik Kenyir ini adalah tasik buatan manusia terbesar di Asia Tenggara yang terbina hasil pembinaan Empangan Kenyir pada tahun 1985.

Selain menjadi lokasi tadahan air, Tasik Kenyir juga terkenal sebagai destinasi pelancongan di dunia. Keindahan alam semulajadinya yang terdiri daripada tasik, sungai, jeram, air terjun yang kaya dengan spesis ikan air tawar, banjaran bukit, gunung ganang, gua-gua, hutan-hutan yang diliputi flora & fauna eksotik menjadikan khazanah yang sangat bernilai untuk diterokai dan dikunjungi.

Air Terjun

Antara elemen yang menjadi tarikan di sini ialah air terjun. Di tasik ini terdapat 14 air terjun dan antara air terjun yang pasti menggamit hati pengunjung ialah air terjun lansir, Petuang Rapid, Tembat, Lata Terap, Air Terjun Soak, Petang dan Sungai Buweh.

Air Terjun Lasir adalah air terjun tercantik di Tasik Kenyir, dengan ketinggian 500 meter dari paras laut. Air Terjun Lasir ini hanya terletak 16KM dari Pengkalan Gawi. Perjalanan dengan bot mengambil masa 30-45 minit.

Gua-gua Sekitar Tasik Kenyir

Terdapat dua buah gua sekitar tasik kenyir iaitu Gua Bewah & Gua Taat. Gua-gua ini merupakan gua yang penuh dengan bahan-bahan sejarah. Para pengkaji sejarah telah menemui pelabagai kesan peninggalan seperti rangka manusia dan peralatan zaman pra-sejarah termasuk senjata dan peralatan memasak.

Gua Bewah adalah gua batu kapur yang terkenal di Tasik Kenyir. Terletak 578 Meter dari aras laut dan mempunyai bentuk dan formasi stalaktit dan stalagmit yang unik seperti bentuk burung dan manusia. Rangka manusia yang ditemui di Gua Bewah telah meletakkan Tasik Kenyir antara lokasi bersejarah bukan sahaja kepada negara, malah di mata dunia.

Aktiviti yang boleh dilakukan di Tasik Kenyir
  1. Memancing
  2. Mandi-manda
  3. Hiking
  4. Merentas hutan
  5. Melihat burung
  6. Menaiki bot
  7. Bermalam di Houseboat
  8. Waterpark Tasik Kenyir
  9. Kayak

Hiking

Gunung Gagau ini merupakan lokasi hiking yang unik dan istimewa untuk geng hikers kerana berada di atas puncak gunung. Anda akan dapat menikmati pemandangan tiga buah negeri iaitu Terengganu, Kelantan dan Pahang.

Waterpark Tasik Kenyir

Tak tahu mana nak pergi hujung minggu, anda boleh berkujung ke Waterpark Tasik Kenyir. Sesuai untuk santai bersama keluarga dan anak-anak.

Waktu Operasi: Hanya di tutup hari Selasa kecuali cuti umum. Bermula pada pukul 10 Pagi – 5:30 petang

Harga Tiket Masuk:

Dewasa RM 25
Kanak-kanak RM 15

Harga ini adalah mengikut harga semasa bertarikh 5 May 2017. Untuk maklumat harga terini, anda boleh layari website mereka di sini: Kenyir Waterpark

Sumber Rujukan:

  1. Raonraon.com
  2. pelancongan-terengganu.blogspot.my
  3. terengganumenarik.blogspot.my