Cara Bercuti ke Kelantan Macam Pergi LOMBOK

Bercuti ke Kelantan | Negeri Kelantan banyak keunikan tersendiri yang tidak diketahui ramai. Tetapi keunikan  tersebut masih lagi tidak sepopular tempat perlancongan dalam Malaysia yang lain seperti di Langkawi, Sabah dan juga Penang.

Pada kali ini, Pakej.MY ingin berkongsi dan mempromosikan Kelantan sebagai destinasi perlancongan masa akan datang. Destinasi wajib pergi!

Biasa kita dengar, kebanyakan pelancong ke Kelantan hanya pergi ke Kota Bharu dan juga Rantau Panjang sahaja, walhal masih banyak lagi tempat yang menarik di Kelantan untuk di terokai.

Contohnya, boleh pergi Tok Bali & Bachok. Dan juga Kuala Besut, Terengganu. Kuala Besut ni dekat je dengan Tok Bali.

Ada cara untuk pergi bercuti ke Kelantan macam pergi LOMBOK. Malah mungkin lebih menarik dari itu.

 

Cara Bercuti ke Kelantan Macam Pergi LOMBOK!

Kenapa LOMBOK? Sebabnya, di Kelantan, kita boleh pergi bercuti di bandar dan juga pulau dalam masa 4 hari 3 malam sahaja. Sama seperti pergi Lombok. Pergi Bandar & Pulau juga.

Bagi menjimat masa perjalanan ke Kelantan, terutamanya dari KL, Johor, Penang atau Sabah, anda boleh menggunakan perkhidmatan pernerbangan AirAsia, MalaysiaAirlines, FireFlyz ataupun Malindo.

Jika dari KL, penerbangan hanya mengambil masa 45 minit – 1 jam sahaja. Cepat dan jimat masa!

Sebelum anda melihat tentatif percutian ke Kelantan, berikut adalah  ringkasan destinasi  untuk di lawati selama 4 hari 3 malam:

  1. Pulau Perhentian
  2. Tok Bali
  3. Bachok
  4. Tawang
  5. Kota Bharu
  6. Wakaf Che Yeh
  7. Rantau Panjang

Boleh dikatakan lebih separuh daerah di Kelantan, anda akan jelajahi. Semua tempat pergi sekejap-sekejap sahaja. Cukup syarat untuk mengenali Kelantan dan paling penting macam pergi LOMBOK. 🙂

Tentatif @ Itinerari Ringkas Bercuti ke Kelantan

Tentatif ini sesuai untuk anda yang sukakan pulau. Sambil-sambil kenal negeri Kelantan, boleh pergi pulau juga. 2 in 1.

Hari Pertama
  • Ambil flight waktu pagi, biar sampai di Airport Kota Bharu awal pagi.
  • Ambil kereta sewa yang telah ditempah awal. Boleh tempah di sini: Kereta Sewa Kota Bharu
  • Pergi sarapan tepi airport je, cari dekat google kedai ni: Airport Nasi Serati Yusof. Nama je itik serati, ayam pon ada juga. Yang penting sedap!
Kredit Gambar: Google Maps Review, Oleh Azahar Mohammed
  • Lepas makan, terus pergi ke Jeti Kuala Besut untuk trip ke Pulau Perhentian, 2H1M. Nak cepat sampai, WAZE je terus ke Jeti Kuala Besut.
  • Kebiasaanya, perjalanan mengambil masa lebih kurang 1 jam
  • Untuk pakej ke Pulau Perhentian, disarankan korang tempah awal-awal. Cepat penuh kalau hari minggu. Terutamanya, musim peak season (April – September).
  • Sampai je terus parking berbayar, RM10 sehari.
  • Bertolak naik bot ke Pulau Perhentian, lebih kurang 45 minit dah sampai.
  • Check-in, makan dan berehat sekejap.
  • Lepas zohor, tunggu boatman ambil untuk aktiviti bersnorkeling. Anda akan dibawa ke 5 points untuk snorkeling sebelum dihantar pulang semula ke resort @ chalet

  • Penat bersnorkeling, berehat sekejat di chalet @ resort.
  • Petang-petang sikit keluar, jalan-jalan @ makan-makan.
  • Untuk pengetahuan anda, ada dua pulau di sana, pulau Perhentian Kecil & pulau Perhentian Besar.
  • Perhentian Kecil ada penempatan, sekolah & masjid.
  • Perhentian Besar, lebih kepada resort-resort sahaja.
  • Nak bergerak di antara kedua-dua pulau ini, anda boleh mengunakan teksi bot. murah je. Mana tahukan, nak mandi manda di Perhentian Besar.
  • Makan & berehat & tidur.
Hari Kedua
  • Sarapan pagi di chalet
  • Ambil Taxi service ke Long Beach (Hiking Kincir Angin or Lepak kat Pantai Long Beach)
  • Yang ni pun wajib pergi juga, dan kalau boleh pergi awal pagi  untuk melihat pemandangan cantik. Naik tangga, lebih kurang 30 minit sahaja.

  • Lepas layan pemandangan di kincir angin, terus balik ke resort.
  • check-out dan bersiap untuk pulang ke tanah besar.
  • Tiba di Jeti Kuala Besut, teruskan perjalanan anda.
  • Makan tengah hari dulu di kawasan sekitar jeti @ Pekan Kuala Besut.
  • dan terus ke Pantai Bukit Keluang, Pantai Bisikan Bayu, Pantai Tok Bali, Pantai Irama Bachok, ambil-ambil gambar & santai
  • Lepas tu, pergi makan lagi, kali ini korang kena cuba Oysters @ Pok Weil Maggi Tiram, Tawang. Murah jer.

  • Ada maggi tiram juga. cuba jangan tak cuba.
  • Lepas makan, pergi Pantai Senok kejap. Orang kata macam Pulau Nami Korea. Dan teruskan perjalanan ke Kota Bharu, cari hotel di kawasan Wakaf Che Yeh. Baru best nak ronda-ronda waktu malam.
  • Malam tu, cari kedai Ikan Bakar sekitar Wakaf Che Yeh, nampak ramai, masuk jer, mesti sedap. 😛
  • Lepas makan malam, pusing-pusing di pasar malam Wakaf Che Yeh. macam-macam ada.
  • Berehat dan tidur.
Hari Ketiga
  • Hari ketiga ni, hari untuk pusing-pusing di Kota Bharu.
  • Terus check-out dari hotel Wakaf Che Yeh @ Kota Bharu kerana petang nanti, nak terus check-in hotel di Rantau Panjang.
  • Pagi pergi sarapan di Kopitiam Kita, macam-macam menu ada. Yang paling famous, Roti Titab.
Sumber Gambar: Facebook Kopitiam Kita
  • Lepas tu, pergi ke Pasar Besar Siti Khadijah untuk tengok apa yang patut, makanan pon banyak juga di sini.
  • Boleh la beli ole-ole untuk dibawa pulang dan buat kenang-kenangan.
  • Lepas tu, boleh pergi ke Kota Sultan Ismail Petra. Wajib pergi sini, tak lengkap ke Kelantan kalau tak pergi.
Kredit: Makkos Adventures
  • Di sinilah terletaknya banyak sekali monumen-monumen yang bersejarah seperti Istana Jahar, Bank Kerapu, Bank Pitis dan Istana Balai Besar. Korang boleh berjalan kaki di sekitar kota ini untuk melawat kesemua lokasi-lokasi bersejarah di sini.
  • Boleh jalan-jalan sini sehingga zohor dan terus pergi ke Masjid Muhammadi untuk solat.
  • Lepas solat, bersiap sedia untuk makan lagi.
  • Sebenarnya banyak kedai untuk makan tengah hari, kami senaraikan yang popular,  nanti korang pilih la salah satu.
  1. Yati Ayam Bakar
  2. Nasi Ulam Cikgu – Yang paling famous 🙂
  3. Zakini Nasi Kukus
  4. Nasi Kak Wok (Original) – Paling Jimat 😛
  5. Restoren Hoover (Kat sini, dia hidang banyak-banyak lauk, kalau makan baru bayar) – kami rekemen pergi sini.
  • Lepas makan, terus pergi ke Pantai Cahaya Bulan (PCB). Lepak-lepak kat sana kejap. makan keropok, minum air kelapa.
  • Dan teruskan perjalanan ke Rantau Panjang. Sampai dah lewat petang, terus check-in dan berehat.
Hari Keempat
  • Sarapan dan pusing-pusing di sekitar pasar Rantau Panjang
  • Jangan lupa cuba makan sup-sup di sini. Bihun / Mee Sup sedap-sedap. Makanan ala-ala Thai.
  • Singgah di Masjid Bejing Rantau Panjang juga
  • Boleh beli ole-ole juga di sini. murah-murah
  • Check-out dan terus ke Airport Kota Bharu. Kalau korang ada masa, boleh la pergi cuba minum di Pok Mat Teh Tarik Madu

  • Akhir sekali pergi ke Airport untuk pulang ke destinasi masing-masing. KL, Selangor ,Penang, Johor, Sabah, Sarawak.
  • Ambil flight lewat petang atau malam.
Anggaran Kos Bercuti di Kelantan

Tiket Flight: RM 150 pergi balik / pax. Beli masa promo lagi murah.
Kereta Sewa + Minyak: RM 400 – RM 500 / group
Penginapan Tak Termasuk Perhentian: RM 100 / pax
Trip ke Perhentian: RM 250 – RM 300 / pax
Makan Minum: RM 80 – RM 150 / pax
Lain-lain: RM 100 – RM 200 / pax

Dengan anggapan anda pergi berempat, jadi anggaran total kos seorang adalah: RM 780. Kos begini berbaloi untuk kenal Kelantan dengan lebih dekat. Dapat pergi Pulau Perhentian lagi tu. 🙂

TIPS Bercuti ke Kelantan
  1. Ambil flight pergi awal pagi, dan balik lewat petang atau malam.
  2. Tempah kereta sewa awal-awal. Ambil Axia pon dah ok. Jalan biasa sahaja,  tak mendaki bukit.
  3. Tempah Pakej Pulau Perhentian 2H1M lebih awal untuk elak penuh. Yang penting semua dah termasuk snorkeling, tiket bot pergi balik, penginapan dan makan.
  4. Tentatif ini sesuai untuk pergi dari bulan Mac – Oktober. Ini kerana pulau perhentian ditutup pada musim tengkujuh.
  5. Cuba makanan kelantan.

Semoga perkongsian ini akan membantu anda untuk membuat perancangan percutian ke Kelantan nanti.

Selamat bercuti ke Kelantan Darul Naim 🙂

Artikel Berkaitan:

Pakej Pulau Perhentian
Harga Tiket Bot ke Pulau Perhentian
Trip Student ke Pulau Perhentian 3H2M
Hotel Terbaik di Perhentian
Kereta Sewa Kota Bharu

 

Cara Bercuti ke Kelantan Macam Pergi LOMBOK
4.9 (98.33%) 12 votes

Komen

  Subscribe  
Notify of