Trip ke Pulau Redang 3H2M

Trip ke Pulau Redang | Pulau Redang, antara pulau terbaik untuk korang gemar  melihat keindahaan alam semula jadi. Di Pulau ini banyak aktiviti yang boleh dilakukan.

Trip ke Pulau Redang 3h2m
 

Aktiviti paling popular di Pulau Redang adalah Snorkeling. Snorkeling tengok Penyu, Ikan-ikan dan juga terumbu karang.

Bagi mengetahui lebih lanjut, korang boleh ikuti perkongsian pengalaman ke Pulau Redang ini.

Trip ke Pulau Redang ini dikongsikan oleh Saudari Husna kepada Team Travelog Pakej.MY. Semoga bermanfaat kepada korang.

Assalamualaikum, kali ini kami berempat ke Pulau Redang, betul-betul sebelum ramadhan 2019, pergi untuk suka-suka sahaja. Trip ini saya kongsikan secara ringkas sahaja. Boleh buat rujukan yee 🙂

  1. Pengakutan ke Pulau Redang
  2. Penginapan di Pulau Redang
  3. Aktiviti di Pulau Redang

1. Pengangkutan ke Pulau Redang

Kami semua berkumpul di Kuala Terengganu sebelum bergerak ke Jeti Merang. Tiket speedboat boleh beli seminggu sebelum tarikh berlepas (depends on availability).

Perjalanan dari Jeti Merang ke Jeti Redang lebih kurang 30-45 min sehala. Sebenarnya bila sampai je Pulau Redang, ada banyak jeti. Setiap jeti tu lain lain resort. Make sure sebelum berlepas, inform driver boat kita akan stay kat mana. And deal masa utk pickup sebelum snorkelling keesokan hari.

 Harga tiket speedboat :   RM110/return per person

Untuk tiket bot ke Pulau Redang, kami beli di website ini: www.merangjetty.com. Ada diskaun dan boleh guna voucher tambahan.

 

Sebenarnya, kat area Merang ni banyak jeti, kami naik boat kat Merang Jetty (rujuk gambar di bawah). Ramai yang confuse, kalau tak jumpa boleh tanya orang kat situ dan tunjuk tiket sekali ye! atau waze je ke sini: https://goo.gl/maps/GrrHu5njEMN2

Trip ke Pulau Redang - Jeti Merang

Jangan risau, kalau bawak kereta boleh je parking kat area jeti. Parking berbumbung, so takde la panas sgt kereta kalau tinggal lama lama. Yang penting, dijamin selamat. Nanti staff diaorang akan minta snapkan gambar kereta dan send kat diaorang. Jangan risauuuu 🙂 !!

Ok dah sampai Pulau Redang..

View kat Jeti Pulau Redang

 

2. Penginapan di Pulau Redang (Redang Island Resort)

Redang Island Resort ni terletak atas bukit, jauh sikit dari jeti. Tapi shuttle van disediakan. Sebelum berlepas ke Pulau Redang, make sure call dulu staff resort untuk inform waktu boat berlepas. So diaorang boleh la get ready untuk pickup kita.

Bilik yang kami dapat agak selesa (2 single bed) untuk 2orang. Cuma bilik agak jauh sebab mungkin mase booking tu dah hampir full hehe. Tapi jangan risau, kita boleh je bodek2 staff resort untuk hantar sampai ke bilik. Takde la penat jalan kaki.

Kat resort ni ade restoran, swimming pool, shuttle van&bus, perkhidmatan sewa motor, dan pakej snorkelling.

 Harga sebilik/malam:  – RM 300 / Bilik [ Book Now ]
Rate kami bagi: 3.5/5 je

View dari atas bukit (depan bilik kami)

 

3. Aktiviti di Pulau Redang

Hari Pertama – Pantai Taaras

Lebih kurang jam 5 pm kami gerak ke pantai taaras. Memang agak jauh dari resort, tapi shuttle bas yang akan bawakkan kami ke sana.

Sampai sana kene jalan kaki lebih kurang setengah jam. Huhu dah sampai kat pantai, eh lapar pulak. Order laa pulak nasi goreng ayam RM14, hentam saja sbb memang lapar.

Nasi goreng ayam RM14 @ Pantai Taaras

Lepas sepetang di sana, kami nak balik resort kami, tunggu punya tunggu kemain lama, sepatutnya kami berkumpul depan Taaras Resort jam 7 pm tapi malang sekali bas tinggal kami sbb lambat 2 minit ! Terpaksa minta staff resort ambilkan kami. Nasib baikkkkk… pengajarannya, kene punctual.

 

Hari Kedua – Snorkelling (5 points)

Untuk pakej snorkeling, kami booking siap-siap sekali dengan pakej speed boat. Boleh jimat msa, tak perlu pening kepala dah. Bawak diri je hehehe. Masa booking boleh jugak add on sewa gopro. Baru la lawa gambar uolss 🙂

 Harga Pakej Snorkeling:  RM90/person (5 point)

Sebenarnya resort kami stay ni tak provide shuttle van/bas utk ke jeti (kecuali yg ambil pakej dgn dieorang), tapi boleh je tumpang orang lain yg amik pakej diaorg and kene ikut timing diaorang, dalam jam 9:30 dah kene berkumpul depan resort. So kalini kami punctual ! hehehe

Kami mula aktiviti snorkeling lebih kurang jam 10 am, untuk first point memang ramai org sangat sangat. Kurang selesa sikit. Mungkin sebab haritu adalah public holiday. Then untuk second point kat pantai Redang lagoon resort, ade shark point. Mase kat sini dah tengahri so kami makan siap siap kat restoran redang lagoon resort. RM20/pax buffet style so boleh la makan banyak2. Jimat duit. Makanan sini sedap2. Puas hatiii. 5starrrr

2nd point: Redang Lagoon Resort

Untuk point ke 3 adalah Turtle Point. First time jumpa penyu depan mata, teruja amat. Ada la dalam 4-5 ekor penyu, sempat jugak rekod video penyu. Geram betul ! Dah puas main dengan penyu, kami gerak ke next point, haaa banyak ikan kat point ni. Kami siap bawak roti untuk bagi kat ikan. Habis satu ikat roti hahaha

Penyu Redang
Ni gambar di facebook Merang Jetty ya 😛

Last point, nemo point. Yeayyy dpat tengok nemo. Excited sangat sangat dapat tengok depan mata. Mase ni dah penat tapi turun jugak sebab dok atas boat memeningkn kepala. Mase ni laut bergelora. Huhu hadap je laaa.

Gambar kat Last Point

Sepatutnya habis snorkeling lebih kurang jam 5pm tapi mase drag sebab salah naik boat ! dah sampai tengah2 jalan baru perasan boat menghala ke jeti merang (ni utk hntar group day trip snorkelling) hahaha semua org gelakkan kami, nasib baik ade boat lain tumpangkan kami 🙂

Gambar sebelum kami sedar kami salah boat HAHAHA (dgn salah sorang staff diaorg)

Dah smpai jeti dalam jam 6 ptg camtu, kami call staff utk pickup tapi diaorg bgtau van/shuttle tak available. Sebab bawak orang pergi Pantai Taaras. So kami redha kene jalan kaki. Jauhh lahai, naik bukit pulak tu. Hmm.

Sblm tu kami minum petang dan makan keropok kt kedai area jeti tu. Alang alang tu kami order makan malam sekali, nanti diaorg akan hantarkan malam tu jugak. Btw harga boleh tahan murah compare dengan yg kat pantai taaras tu. Harga level level KL gittuww.

Overall snorkelling trip happening sgt, staff semua sgt friendly masuk air layan semua orang sama rata. Boleh borak macm member2 dah lama kenal. Lainkali nak ambik pakej 6 points pulak !

Okay sekian la trip suka duka kami di Pulau Redang. Repeat? Ofcourse yes ! Maybe try stay kat resort lain pulak 😛

Tips:

  • Punctual
  • Air dan makanan extra wajib bawak
  • Makan kat kedai luar, tepi jeti bnyak kedai murah murah. Nanti diaorang COD je.
  • Kene banyak bertanya, org kampung sangat membantu 🙂
  • Bawak ubat mabuk

Sekian!!


Selesai sudah perkongsian meraka, jadi kami sediakan link untuk korang buat rujukan dan plan ke Pulau Redang nanti:

  1. Web Booking Boat Merang Jetty: www.merangjetty.com
  2. Cara tempah Pakej Snorkeling DayTrip
  3. Like Facebook Kami: Pakej.MY

 

 

Leave a Reply

Your email address will not be published.