Trip ke Pulau Perhentian – Perkongsian Penuntut IPTA

Trip ke Pulau Perhentian adalah destinasi pelancongan yang agak popular di Malaysia. Tak kiralah student ke family ke, semua suka pergi ke Pulau Perhentian. Sebabnya, airnya cantik, banyak ikan dan juga ada penyu. Bagi admin, Pulau Perhentian antara yang tercantik yang pernah admin pergi.

Kepada anda yang sedang mencari maklumat tentang trip ke Pulau Perhentian, mungkin anda boleh baca perkongsian ini. Trip ini, mereka pergi pada tahun 2017. Apa yang penting trip ini bajet sahaja.

Nak tengok pakej boleh lihat di artikel ini: Senarai Pakej Pulau Perhentian

Perkongsian Trip ke Pulau Perhentian dari penuntut IPTA di KL. Saudari Aryna.

Trip ke Pulau Perhentian Bersama Rakan-Rakan

Untuk trip kali ini kami pilih untuk pergi masa hari minggu (tanpa menggunakan pakej, kira macam pergi walk-in je) , sebab kalau pegi
pulau untuk weekday lagi murah dan berpatutan.

Tak nak cerita panjang, jom kita mulakan trip ke Pulau Perhentian!

Day 1

  • Tunggu bot di jeti kuala besut , jgn lupa untuk beli tiket ke taman laut, pagi tu kami bertolak ke pulau perhentian, dalam masa 20-25 min dah boleh sampai la ke coral bay, pulau perhentian.
  • Sampai je kat sane kami cari chalet utk bermalam selama 3H2M , Utk jimat kami pegi chalet yg telah (direkomenkan). Nama chalet tu chalet fatimah, harga die utk bilik kami dalm (Rm40-Rm50) semalam . so kami check in dlm pkul 1 .
  • Solat mandi makan (utk day 1 makanan bwk dri rumah)
  • 4.00 Pm Kami jalan2 guna laluan pokok getah utk pegi long beach n dari sane kami berjalan lg utk naik ke punck bukit yg ade wind mill. kira macam hiking laa , sambil tgk wind mill (hiking bukan sebarang hiking, sikit lagi nak mampus kalu xkuat semangat)
  • Sebab dh terlampau penat hiking , kami decide nk blik chalet naik water taxi
  • 6.00 pm turun long beach (ambik water taxi balik coral bay)
  • malam rest (having girl talk sbb lame xjupe)
Day 2
Pakej Pulau Perhentian 2018

  • 10.00 Am snorkelling
  • 2.00 Pm lunch
  • 3.00 Pm romantich beach (belakang shari-la) xbest g mase gini sbb matleh ramai buat projek better g kul 6 tgk sunset
  • 4.00 Pm balik bilik mandi solat
  • 6.00 Pm kluar tengok sunset hiks (tapi time aku g sunset xnk kluar, kalu x sunset superb gila lawa nakk mampus so sape yg dpt tgk mmg rezeki la
  • makan roti canai dkt fatimah cafe. serious sedap so bayar mahai pon berbaloi.
  • 7.00 Pm g long beach tapi xdang tengok fire work sbb nk hujan
  • balik dinner makanan yg iols bawa tu. hahahahahhaha.
Day 3
  • pukul 10.00 bersiap then berambus, nak duduk lama bukan anak tokey kayu balak nk nak orang tanggung. semua penganggur terhormat. pergi 3h2m sbb xnak rushing je benor. santai gile aktiviti kami ork?

HAHHAHAHA tapi kalu pergi 3h2m tu hari tame g lalu la wind mill, xpenat. kalu nk repeat? tunggu ada suami la suruh dia sponsor pulok! HAHHAHAHAHAH kbye.

Ni kos segala-gala yg aku habis

  • tiket marine park RM2 (tunjuk student card)
  • boat return include snorkelling RM85
  • bilik ambik dkt fatimah chalet RM40/night/pax (2night = RM80)
  • makan lepas snorkelling dkt ewans cafe RM37 (tanpa air + ni harga weekday, kalu weekend harga double)
  • naik wind mill (hiking) then g long beach ambik water taxi RM15/pax sbb ramai= RM182 (selebihnya minum n makan roti canai dkt fatimah cafe)

aku sendiri memang betul2 habis RM200

Kesimpulan Perkongsian Trip ke Pulau Perhentian

Perkongsian ini sesuai untuk anda yang ingin pergi secara persendirian (walk-in) tanpan menggunakan pakej. Jimat amat jimat, tapi kalau anda plan untuk pergi waktu musim cuti atau hari minggu, disarankan untuk mengambil pakej terus. kalau tak, PENUH le.

Ada je pakej ke Pulau Perhentian yang bajet dan murah. RM 265 dah boleh dapat. Pakej ni, ditawarkan oleh pihak Perhentian MJ. Boleh tengok Pakej yang mereka di sini: Senarai Pakej Pulau Perhentian

BACA INI JUGA: Bercuti ke Kelantan Macam Pergi LOMBOK
Artikel ini sesuai untuk anda yang ingin mengenali Kelantan & juga Pulau Perhentian. Menarik!

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

6 Komen di “Trip ke Pulau Perhentian – Perkongsian Penuntut IPTA”

  1. tahniah, sbb dah sampai. artikel tahun bila ni pon xdan tengok tp mmg sempoi ayat2nya.. ?. raya haji ni br plan kami 3 keluarga nak pi, insy. nak tanya, dh dpt repeat ke, sponsored by suami? haha