Pakej.MY

Kami adalah platform untuk menyediakan Informasi, Pakej & Servis yang berkualiti kepada anda.

Ditubuhkan pada bulan Jun 2015 dan berpusat di Shah Alam, Selangor. Pakej.MY dikendali oleh syarikat MZ PAKEJ MARKETING & SERVICES (“002918212-D”). Untuk pengetahuan, kami bukan syarikat perlancongan, kami hanya syarikat yang menyediakan web platform untuk memasarkan Pakej Perlancongan dan juga Servis.

Pakej.MY semestinya platform terbaik untuk Ejen Perlancongan, Pemilik Bisnes dan juga Para Pelanggan. Kami amat berbesar hati untuk bekerjasama dengan ejen / pemilik bisnes yang berdaya maju bagi menigkatkan jualan mereka.

Manakala, pelanggan pula boleh mencari dan mendapatkan informasi dari website ini sebelum membuat perbincangan lanjut dengan ejen tersebut. Jangan risau, ejen-ejen kami sangat dipercayai dan terpilih. Kami gembira untuk bekerjasama dengan mereka.

Buat masa sekarang, Pakej.MY menyasarkan promosi pakej perlancongan sekitar Malaysia sahaja. Contohnya, pakej di Sabah, Langkawi, Pulau Perhentian, Pulau Redang dan Pulau Tioman. Kami akan merangka untuk melebarkan sayap ke negara lain dalam masa terdekat.

Selain pakej percutian, kami juga adalah sebagai tempat untuk mencari servis, seperti kereta sewa, tiket-tiket, voucer dan banyak lagi. Termasuk juga servis penghantaran motosikal seluruh Malaysia.

“SEMOGA SUKSESS SELALU”