Memori Jalan-jalan Penang Semasa Cuti Semester

Memori Jalan-jalan Penang | Pulau Pinang @ Penang, merupakan satu destinasi yang mempunyai daya tarikan tersendiri. Orang kata, wajib pergi lah lebih kurang. Tak Malaysia kalau tak pernah pergi Penang. haha!

Tempat Menarik di Penang

Antara tempat menarik di penang yang anda boleh pergi adalah:

  • Bukit Bendera (Penang Hill)
  • Pantai Baru FERRINGHI
  • Penang Street Art
  • Muzium Wonderfood Penang
  • Masjid Kapitan Keling
  • Kilang Batik Penang
  • Taman Rempah Tropika
  • Muzium Mainan
  • Escape Penang
  • dan banyak lagi

Bagi merasai pengalaman bercuti di Penang, anda boleh baca perkongsian Leen di bawah ini. Semoga dapat inspirasi & informasi berguna kepada anda kelak.

Memori Jalan-jalan Penang oleh Leen dan Kawan-kawan

Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada semua!

Sebelum tu, aku perkenalkan diri dulu, panggilan aku Leen shj, belajar di IPTA (Secret. hehe) Kuala Lumpur. Sekarang dah tahun ke 3. Asal Kelantan. Ok tu je pasal aku. huhu.

Berbalik kepada pengalaman percutian kami di Penang, kami dah plan sebulan awal sebelum cuti sem lagi. Jadi masa cuti sem xde la terperap kat rumah jer. Baik jalan-jalan kenal Penang. Lagi pun Penang ni banyak tempat menarik dan yang paling penting makanan yang best!

Aku pergi dengan coursemate aku. pergi ramai la baru best kan. Kami pergi ke Penang selama 5 hari 4 malam. 2 hari tu perjalanan je. sebab kami dari Kelantan naik bas. Yang betul-betul kami duk di Penang 3 Hari 2 Malam je.

Perjalanan ke Penang – 31/7/2017

Hari untuk perjalanan semata-mata. Kami naik bas pagi dari Kelantan ke stesen Butterworth ambil masa 8 jam.

Sampai pun dah petang, so kawan aku yang stay Penang datang pickup dan bawa kami yang lain ke rumah nenek dia which is penginapan sepanjang trip kami. Jimat duit kami. Hehe.

Tiket bas: RM 38.50 (sehala)
Total: RM 77

DAY 2 (1/8/2017)

Awal pagi lagi aku pergi ambik kereta sewa Bersama mak cik kawan aku. dan lepas siap semua urusan, kitorang terus ke Penang Hill atau juga dikenali sebagai Bukit Bendera.

Gambar ni aku cedok kat website: http://www.penanghill.gov.my

Harga tiket RM5 sahaja sebab ada MYKAD dan MATRIC CARD. Murah je. Kalau korang nak tengok harga tiket boleh tengok di sini: Tiket Train Penang Hill.

Harga di Kemaskini pada 28 Okt 2019

Biasa harga dewasa RM12 dan kanak-kanak RM6. Kalau tak nak beratur panjang, korang boleh ambil fast lane, harga pon mahal la sikit. Dewasa RM 40 dan Student RM 20.

Penang Hill Ticket

Oleh kerana kami ambil tiket yang biasa, jadi kami kena beratur panjang la sikit sebab orang ramai especially tourists. mereput la kami menunggu.

Kat atas, kitorang banyak habiskan masa bergambar je and ada satu tempat tu ala2 Namsan Tower. Kat sana juga kitorang ada makan ais kacang tau, RM5 sahaja per bekas.

Habis makan kami pergi solat zohor (jamak) di masjid kat atas. Siap solat perut kitorang dah mula lapar so kitorang cepat2 turun dari Penang Hill dan cari restoran berdekatan. Cerita cam lapar bonar je. haha.

Perut dah kenyang, kitorang teruskan perjalanan ke Batu Feringghi untuk tengok sunset. Ni la hasil gambar kami bersunset. Lawa bukan!

Sebelah malam, kitorang ke Padang Kota untuk makan pasembur! Makan wajib jika ke Penang. Harga pun berbaloi. Dah kenyang, kami balik rehat.

Day 3 (2/8/2017)

Macam biasa kami bangun awal-awal pagi lagi untuk bersiap sambung jalan-jalan di sekitar penang.

Pagi ni kami bertolak lebih awal dan benda pertama kami cari is BREAKFAST at Hutton Lane roti bakar. Harga RM 4.50 / seorang.

Dah siap makan, next kami ke Art Street Penang yang mana popular utk tangkap gambar. Ni pon tempat wajib pergi kalau ke Penang!

Memandangkan Art Street tu besar, so kami decide untuk naik basikal yang jenis basikal yang double tu. So,kongsi 2 orang satu basikal. Harga sewa satu basikal RM 15 shj. jadi seorang RM7.50 je. Santai.

Banyak Art cantik2, tapi kami letak dua je untuk tatapan korang. Lain-lain korang pergi tengok sendiri nanti ye! 😛

Selepas lebih kurang 3 jam di Art Street Penang, perut dah lapar tambah dengan penat kayuh basikal, kami pon pergi lunch di Restoran Kapitan. Sedap dan harga berbaloi.

Then, kami pergi ke Dark Mansion Museum which is quite boring. Harga masuk : RM 21.20. Bagi kami harga masuk sini mahal dan tak berbaloi sangat. Tapi bagi sape2 yg suka dgn cahaya gelap, it will be fun for u guys.

Setelah seharian penat, kami ke Queensbay and dari sini nampak kedua-dua jambatan Pulau Pinang (ofc nice view). Pergi sini tengok view & tangkap gambar je. Puas tangkap2, kami balik rumah, rehat.

DAY 4 (3/8/2017)

Pagi ni hujan agak lebat tapi kami teruskan jugak perjalanan kami ke ESCAPE Penang sebab tiket dah beli sebulan awal (dapat murah RM 66.40). Kalau korang nak, boleh beli di website mereka: Escape.

Escape ni sesuai untuk sapa2 yang minat aktiviti lasak. Boleh cuba kalau ke sana nanti. Relax and fun!

Sumber Gambar: http://www.escape.my/

Sebelum buat aktivit di Escape ni,kami beli nasi lemak tepi jalan dan makan atas kereta (jimat masa).

Sampai je kat sana, Alhamdulillah tak hujan sebab jarak dari rumah ke escape agak jauh (1 jam). Yeay! Boleh main dengan aman!

Kami buat banyak aktiviti menarik kat sana dan ofc adventure! Dan kami penat dah. gambar ni lepas kami buat aktiviti di escape!

Habis Escape, kami terus solat zohor kat situ, dan kami teruskan perjalanan ke The Esplanade untuk makan Hameed Pata mee sotong. Harga : RM 5 (murah dan sedap). Korang patut cuba!

Malamnya pulak, kami ke gerai pak cik kawan kami (Uncle Zam’s cafe) yang terletak di Bertam, Kepala Batas. Makanan kat situ mostly western. Maaf xde gambar kat sini.

Perjalanan Balik Kelantan (4/8/2017)

Harini kami bertolak balik ke kampung masing-masing. Hari ni perjalanan semata. Kami happy sangat dapat jalan-jalan penang!

Selamat tinggal jalan-jalan Penang! Memori yang indah di sana!

Next trip mana pula ye? Krabi mungkin! I wish!

Bajet Kos Jalan-jalan Penang!

Kos ini untuk tatapan anda sahaja. Kos mungkin berbeza mengikut individu. Semuanya subjektif, kalau pandai jimat dapat lah murah kan.

Ni Kos aku untuk individu:

Tiket bas pergi balik dari Kelantan : RM 77
Hotel: free, tumpang rumah nenek kawan! yeay!
Kereta sewa: RM 60 / seorang – klik utk lihat Harga Kereta Sewa Penang
Entrance fee Penang hill : RM 5
Ais Kacang : RM 2.50/seorang
Roti Bakar Hutton Lane : RM 4.50
Sewa Basikal : RM 7.50/seorang
Dark Mansion Museum : RM 21.20
Nasi Lemak : RM 1.30
Escape : RM 66.40 ( beli online awal sebulan) Tempah Online
Hameed Pata Sotong : RM 5

Anggaran Total: RM 250.40 seorang

Lain-lain Travelog
  1. Trip Bajet Langkawi
  2. Kenali Sabah

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

1 Komen di “Memori Jalan-jalan Penang Semasa Cuti Semester”

  1. Rindu nak p penang. Lebih 20 tahun tak masuk pulau. Lintas Butterworth ja. Nak p makan kat padang kota. Dulu ada pasembor sedap. Skrg tak tau ada lagi ke tak