Cara Pergi Koh Lipe Dari Langkawi

Cara Pergi Koh Lipe Dari Langkawi | Koh Lipe sememangnya terkenal dengan Maldives of Thailand. Atau dalam bahasa, cantiknya Koh Lipe seumpama Maldives.

Cantik ke Maldives ni? Entah la, admin pun belum sampai lagi ke Maldives. HAHA. Jadi, kalau orang cakap Koh Lipe cantik sama seperti Maldives, iakan sahaja la ye. Layan jer. 😛

Kalau nak tahu, Koh Lipe tu cantik atau pun tidak, apa kata korang pergi tengok dan alami sendiri, baru tahu tahap kecantikkannya tu!

Info Tentang KOH LIPE Thailand

Koh Lipe Dari Langkawi
  • Nama Koh Lipe sebenar adalah Ko Lipe.
  • Koh Lipe terletak 60 km dari tanah besar Thailand, dan paling dekat adalah Pak Bara Pier dan juga daerah Satun.
  • Dari Langkawi, jaraknya hanya 30 KM sahaja. Kalau cuaca cantik, anda boleh lihat pulau Langkawi dari Koh Lipe.
  • Tiga pantai utama di Koh Lipe adalah:
    1. Pattaya Beach
    2. Sunrise Beach (Hat Chao Ley)
    3. Sunset Beach (Hat Pramong)
  • Tempat snorkeling di Koh Lipe
    1. Jabang
    2. Koh Hin Ngam
    3. Koh Yang
    4. Koh Adang
  • Semua tempat dihubungkan dengan jalan konkrit. Dan Perjalanan mengambil masa 1o-20 minit berjalan kaki antara pantai utama.
  • Makanan halal memang berlambak dan ada saja kedai yang boleh cakap Melayu sebab Koh Lipe ni dibawah area Satun jadi orang Islam ramai sana.
  • Makanan patut cuba di Koh Lipe adalah Pulut Mangga dan juga Tom Yam Gong. Wajib cuba!
  • Kebiasaanya, pelancong pergi ke Koh Lipe untuk percutian Day Trip sahaja. Sudah memadai untuk buat aktiviti laut biasa-biasa.
  • Nak ke Koh Lipe wajib ada Passport ye, tu negara orang! 😛

Senarai Musim di Koh Lipe

Koh Lipe ni, boleh pergi bila-bila masa, tak ada musim tengkujuh seperti pulau-pulau di Laut China Selatan.

Namun begitu, terdapat 3 jenis musim untuk dikujungi:

1. Low Season: Mei – Okt

Untuk musim low season ni, perjalanan dari Jeti Langkawi <-> Jeti Koh Lipe ditutup kerana ombak terlalu kuat & tinggi.

Korang tetap boleh pergi dari Jeti Langkawi TAPI perlu melalui Jeti Pak Bara Thailand. Masa perjalanan menjadi panjang iaitu lebih kurang 4-5 jam. Perjalanan adalah seperti dalam gambar berikut:

Langkawi -> Satun -> Pak Bara -> Koh Lipe

Langkah terbaik untuk pergi ke Koh Lipe pada musim low Season, adalah dengan mengambil flight ke Hat Yai dan terus ke Jeti Pak Bara Thailand. Lagi jimat masa dan tenaga. Duit pon jimat. :p

2. High Season: Nov, Mac, Apr
Musim boleh dikatakan juga terbaik, tidak terlalu bosan dan tidak terlalu padat. Yang tak suka padat dan ramai, boleh pergi bulan ini.

 3. Peak Season: Dis – Feb
Jika berhasrat untuk pergi semasa Peak Season, anda disarankan untuk menempah hotel & boat seawal yang mungkin.


Cara Pergi Koh Lipe Dari Langkawi

Banyak cara boleh kita pergi Koh Lipe, melalui Pakbara (Thailand), Penang dan Langkawi. Tapi pada kali ini, kami nak kongsikan cara pergi Koh Lipe Dari Langkawi sahaja.

Jeti Langkawi ke Koh Lipe

Dua pilihan jeti untuk korang pilih, iaitu Jeti Kuah & Jeti Telaga.

1. Jeti Kuah (Langkawi) <-> Jeti Bundhaya (Koh Lipe)
Jeti Kuah lebih terurus dengan fasiliti jeti yang selesa. Jika korang naik dari jeti ini, korang akan sampai di Jeti Utama Immigration, Bundhaya Resort, Koh Lipe.

Jeti Bundhaya, Koh Lipe

2. Jeti Telaga (Langkawi) <-> Jeti Bunga Resort (Koh Lipe)
Kalau naik dari Jeti ini, korang akan sampai di Bunga Resort Koh Lipe, berdekatan dengan Pattaya Beach.

Kedua -dua Jeti di Koh Lipe terletak di kawasan sekitar Pattaya Beach, cuma lokasi jeti sahaja yang berlainan.

Waktu Perjalanan Langkawi <-> Koh Lipe 

Dua trip sehari, iaitu pagi dan petang.

Laluan ini (Langkawi <-> Koh Lipe) adalah untuk  High & Peak Season sahaja. Jan-Apr & Nov – Dec. Boleh rujuk season Koh Lipe di atas.

Perjalanan mengambil masa lebih kurang 1 Jam 30 minit sahaja.

Langkawi -> Koh Lipe (Waktu Malaysia) 9:30 AM
2:30 PM
Koh Lipe-> Langkawi (Waktu Thailand) 10:30 AM
4:30 PM

Jika korang pergi dalam bulan Mei – Oktober, laluannya adalah: Langkawi -> Satun -> Pak Bara -> Koh Lipe (4-5 Jam masa perjalanan). Jadi plan betul-betul. Boleh rujuk Season Koh Lipe di atas.

Harga Tiket Pergi Koh Lipe Dari Langkawi

! HARGA LAMA. BELUM UPDATE. COVID !

Boleh Beli di kaunter / online

Harga Tiket Sahaja Tanpa Pickup

Dewasa Kanak-kanak
Return RM 225 RM 215
One Way RM 115 RM 110

Harga Termasuk Pickup (Area Airport & Cenang Shj – Sharing)

Dewasa Kanak-kanak
Return RM 245 RM 235
One Way RM 125 RM 120

Harga adalah sama untuk kedua-dua jeti, sama ada dari Jeti Kuah ataupun Jeti Telaga

Mudah je beli dengan tiket feri dengan Kash Island Adventures, hanya perlu bagi NAMA PENUH dan SALINAN PASSPORT sahaja.

Tempah Tiket Feri ke Koh Lipe dari Langkawi. Hantar ke Whatsapp
1. Nama Penuh
2. Salinan Passport

Pergi Koh Lipe Dari Langkawi

Setelah tiket dibeli, dan langkah seterusnya adalah seperti berikut:

  1. Tiba di Langkawi (Jeti / Airport)
  2. Pergi ke Jeti Telaga Harbour ATAU Jeti Kuah. Jeti Telaga Harbour ini berdekatan Cable Car Langkawi.
    • Jika beli dengan Kash Island, anda diberitahu jeti mana yang patut korang berlepas nanti. Tak perlu  pening-pening kepala dah 🙂
  3. Pickup & Urusan Tiket beserta Passport:
    • Jika beli dengan Kash Island, anda akan di ambil di Airport / Area Cenang secara percuma bersyarat, rujuk syarat di atas. Urusan passport akan dibuat oleh pihak Kash Island sampai dapat boarding pass.
    • Jika beli secara online, anda perlu pergi sendiri ke Telaga Terminal dengan teksi @ lain-lain, serahkan segala jenis tiket yang anda beli bersama passport di kaunter. Lepas tu, pergi Pejabat Kastam Imigresen baru bersebelahan kaunter tiket. Dekat dah. Kalau dulu jauh di belakang petronas nu.

      Kastam Immigresen baru di Telaga Terminal Langkawi
  4. Kash Island / Kaunter akan bagi anda boarding pass untuk naik feri.  Kalau boleh anda perlu berada di sana 1-2 jam awal sebelum feri berlepas.
  5. Tepat 9:15 am, mula beratur untuk masuk feri.
  6. Santai dan rilek dalam feri kejap dah nak sampai.

    Feri Langkawi Koh Lipe
    Feri Langkawi dari/ke Koh Lipe
  7. Yeay! Tiba di jeti Koh Lipe. Enjoy di sana.
Kesimpulan

Semoga artikel Cara Pergi ke Koh Lipe dari Langkawi ini dapat memberi manfaat kepada pembaca. Dan paling utama, boleh tempah tiket @ pakej ke Koh Lipe terus.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *