Trip Bajet Ke Langkawi – 3 Hari 2 Malam

Assalamualaikum W.B.T. Trip Bajet Ke Langkawi

Terima kasih kerana sudi baca coretan pengalaman saya dan kawan2 ini. Ok so kat sini saya nak share pengalaman saya bersama 4 orang coursemate saya sepanjang Trip Bajet Kami ke Pulau Langkawi, maklumlah student kan, so dekat belakang tu kena ada perkataan bajet :p

Pengalaman percutian student di Langkawi ini adalah dikongsikan oleh: Fiey dari penuntut IPTA di Selangor. Semoga bermanfaat.

Tiket Flight KLIA2 ke Langkawi (LGK)

Sebelum nk rancang apa2 kena ada tiket dulu. Perancangan kami kononnya ni trip untuk release tension lah lepas kami hadap final exam semester lepas. Kami gerak dari KL terus ke sana, so saya survey tiket flight KLIA ke Langkawi.

First time survey harga tiket AirAsia RM49 per person one way! Tapi sayangnya masa tu kami tak beli terus tiket tu sebab waktu tu belum finalized berapa orang coursemate kitorang nak ikut. Lepas tu, kami cek balik harga dah jadi RM79 wey!

Pengajaran: Jumpa tiket murah terus beli! Nasi pun dah jadi bubur. Apa boleh buat kan, walaupun cek pagi petang siang malam harga tetap sama, tak turun2 jugak. Seminggu lepas tu Airasia buat promotion, RM65. Terus beli! Lepas tu tak buka langsung website AirAsia takut ada lagi harga yang murah, nanti boleh sakit jiwa. Haha.

Homestay di Langkawi

Perkara penting first nak survey of course la homestay and kereta. Kitorang pergi 3 hari 2 malam tapi flight dah pukul6.30 petang 7/1 jd takde la 3 hari sangat. Lebih kurang 2 hari 2 malam camtu haha. So untuk homestay, lepas survey dekat FB, kami book satu Family Room dari Tm3 Homestay. Harga Family Room untuk 3 hari 2 malam RM230 (murahh wey!). Boleh buka diorang punya FB atau Instagram, search je ‘Tm3 Homestay Langkawi’.

homestay langkawi murah
Homestay TM3
Kereta Sewa Langkawi

Untuk kereta sewa, kami cari2 dekat cik google, ada banyak pilihan perkhidmatan kereta sewa dekat Langkawi ni. Disebabkan banyak positive feedback dengan harga yang murah, kami pilih FH SUCCESS MANAGEMENT. Korang boleh lihat senarai pakej di sini.  kat situ korang boleh pilih la kereta apa yg nak. Kami booking Toyota Vios, sebab kami berlima, ok la selesa untuk naik lima (5) orang dan bonet pun besar, Senang nak muatkan banyak barang. huhu.

Kereta Sewa Langkawi 2017

Harga untuk 2 hari (48 jam) RM160 je, Cheaper compare dengan yang lain dan penghantaran PERCUMA ke jeti / airport. Kalau nak murah lagi, ada je. Contohnya, kalau berempat, mungkin korang boleh book MYVI atau AXIA. RM 80 jer. Lihat senarai harga kereta sewa di sini

NOTED: Untuk homestay dan kereta sewa, kami setelkan deposit 2 minggu sebelum tarikh kesana.

NEXT: Bermulalah Trip Bajet Ke Langkawi kami!

Ok dah selesai semua yang penting2, kami teruskan dengan pengalaman kami di sana plak. Let’s go.

Sabtu (7/1/2017) – Ketibaan, prepation dan rehat!

Disebabkan flight delay lebih kurang setengah jam, kami sampai di Langkawi Airport lebih kurang jam 8 mlm. Perjalanan lebih kurang 1 jam jer, baru je nk terlena dalam flight ehhhhhhh dah sampai Langkawi dah, sekejap sangat!! Waktu kami nak berlepas dari KLIA, kami dah contact siap2 syarikat kereta sewa di sana. Landing je dekat Aiport Langkawi (LGK) terus call staff diorng, dia dah ready awal2 kat airport, pantas dan tangkas githuu. Servis mereka terbaik, dapat kereta yang best, bersih, aircond okay. So far so good lah.

Aiport Langkawi LGK
Sumber Foto: http://www.itc.gov.my

Kami terus check in homestay. Homestay Tm3 tak jauh pun dari airport, dekat Jalan Kedawang, area Chenang. Buat full payment, dan book terus ke island hoping untuk esok hari, RM30 sorang sebab naik sekali dengan orang lain, harga untuk satu bot RM250 untuk 8 orang. Bilik kat homestay tu best, sangat recommended! yang penting wifi laju! Lepas letak beg2 semua, kitorang keluar balik sbb nak isi perut. Hentam je Restoran Ikan Bakar lebih kurang 200 meter dari homestay tu. Amik set dinner RM50 per set. Banyak la jugak jenis lauknya, sekali dgn nasi dan air, dah kenyang kami terus balik homestay, rehat.

Ahad (8/1/2017) – Island Hoping, Langkawi Cable Car, dan Sunset Pantai Cenang

Esoknya, dalam pukul 7 kami keluar cari sarapan. Mostly kedai-kedai makan tepi jalan tu maybe bukak malam, so memang tak bukak pagi. Kami singgah gerai makcik tepi jalan je beli nasi lemak, RM1.50 je weh.

Tepat pukul 9 ada akak akan dtg pickup kitorng dekat homestay, kitorang follow je van akak tu ke tempat island hoping. Sampai dekat sana ktorang naik bot bernombor yg akak tadi dah bagi siap-siap, satu bot 8 orang. Disebabkan baru lepas hujan, ombak besar gila dan boleh sakit jantung naik bot tu.

Tasik Dayang Bunting, Pulau Langkawi
Tasik Dayang Bunting, Pulau Langkawi

Island hoping ni kita akan dibawa ke Pulau Beras Basah, Eagle Feeding dan Tasik Dayang Bunting. Lebih kurang 4 jam macam tu, dalam pukul 1 gitu dah habis. Bagi saya yg first time ke Langkawi dan first time pergi island hoping, mmg best n enjoy lah. Siapa datang Langkawi wajib island hoping tau!

Sebenarnya, untuk dapat pakej Island Hoping, korang boleh booking awal2 dengan mana-mana agent dekat Langkawi. Pakej Island Hoping Langkawi. Boleh tengok di sini.

Pulau Beras Basah. Nice view, boleh selfi byk2

Petang tu kami ke Cable Car Langkawi. Otw tu singgah lunch dekat Restoran Rasa Warisan (kalau tak silap). Nasi campur kat situ best and murah. Kitorang main serbu je kedai makan yang nampak macam agak-agak ramai orang tu. Naik cable car petang tu agak salah timing sbb lepas hujan. Atas tu berkabus je, xnampak view lahaii. Takde rezeki nak buat macamana tapi best la sebab sejukk.

Pengajaran: tengok cuaca juga kalau nak naik cable car!

Dari dalam cable car. Waktu ni nmpak view lagi
Bila dah berkabuss macam ni lah ghupanya

Turun cable car dah lewat ptg so terus gerak ke Pantai Chenang sebab nk kejar tgk sunset. Otw tu singgah beli cendol dan jagung bakaq tepi jalan dekat sebelah Airport je. Ada antara kami cuba Laksa, katanya sedap! korang mesti cuba Laksa ikan sekoq dia letak.

Ok siap makan, kami teruskan perjalanan ke Pantai Cenang, tapi punyalah susah nak dapat parking, orang ramai sangat. Lepas menikmati sunset, dalam 7.45 kami jalan2 dekat area depan Underwater world tu ada la jual2 baju n brg2 yang boleh dibeli. Then kami ke pasar malam Padang Matsirat. Beli makanan kat sana, balik makan dekat homestay.

View Pantai Chenang petang2

 

Isnin (9/1/2017) – Muzium 3D, Tengok Buaya, Dataran Lang & COKLAT!

Hari terakhir kami di Langkawi..huhu sedih nak tinggalkan pulau yang penuh bersejarah ni. Pagi-pagi lagi Pukul 8 kami terus gerak ke Muzium 3D, plan asal nak masuk lepas turun cable car, tapi sebab tak sempat so pegi pagi ni, macam biasa otw tu singgah gerai makcik tepi jalan beli nasi lemak, ni makcik lain. RM1.50 jugak. Murah, banyak pulak tu.

Tiket masuk museum kitorng dapat RM20 je sorang sbb antara kami ada ic kelahiran kedah. Kelebihan: kalau korang ada kawan org kedah memang terbaik la, boleh dapat tiket masuk muzium murah sikit. Harga biasa RM 30 kot. Jimat spuluh hinggit! Info berkenaan Muzium 3D kedah boleh klik di sini.

One of the angle dalam museum 3D

Lepas keluar museum kitorng pegi Crocodile farm, tak jauh pun, dalam 10-15 minit gitu dari museum 3D. Hambar la buaya2 kat situ, pasif je semua, rasa nak ketuk je sekoq2. Hehe. Salah timing kot masa kitorang pegi, mungkin diorang dah kenyang ekeke. 20 minit je dalam tu terus keluar. Lepas tu rushing balik homestay sebab kena checkout pukul 12, kitorang lambat, slumber badak je pukul 1 camtu baru sampai. Nasib baik semua barang dah kemas, so just ambil barang, check out, terus blah pergi Pekan Kuah. Kami balik dengan feri, almaklumla percutian bajet untuk student ke Langkawi. Huhu. Kalau dapat tiket murah AirAsia, apa salahnya kan. Tapi kena selalu usha la kat website dia.

Crocodile Farm

Kitorang singgah jeti beli tiket feri untuk petang tu. Then ke tempat wajib pergi kalau mai Langkawi, kompleks HIG untuk beli coklat-coklat, daim ke kiss ke!, HIG ni dekat je dgn jeti, dalam 5 minit gitu. Lepas puas shoping, kami makan dekat foodcourt dpn kompleks HIG tu, sup pun sedap, mesti cuba!

Ha ni lah Helang besorr tu *Dataran Lang

Dah kenyang, gerak ke jeti, singgah dataran lang tangkap gambaq kat situ, datang Langkawi tak tangkap gambaq depan Helang besor tu tak sah la. Dah habis tangkap gambar kat situ terus call staff FH untuk pulangkan kereta. Dah setel semua, kami dah ready nak balik! Feri pukul 5.30 ptg ke Kuala Perlis, tiket RM18 seorang. Klik di sini untuk lihat Harga Tiket Feri Langkawi.

Tiga (3) hari memang tak cukup nak explore semua attraction yg ada dekat Langkawi, so kalau ada rezeki next time datang lagi! Sukeww sangat Langkawi.

Tu je coretan cerita kami semasa di Langkawi. So kami share dengan korang total expenses kami ke Langkawi untuk sorang:

Homestay: RM230/5
Kereta: RM160/5
Minyak kereta: RM40/5
Island hoping: RM 30
Muzium 3D: RM 20 per pax, Normal RM 30
Cable car + Crocodile Farm +Skydome + Skyrex (Promo): RM 40
Tiket: Flight pergi RM 65 + Feri balik Kuala Perlis RM 18
Total Seorang: RM 259 (tak termasuk makan minum)

Untuk Trip Bajet Ke Langkawi ni, kalau Lagi ramai lagi murah! Ajak kawan ramai2~

Bagi memudahkan anda pergi bercuti di Langkawi, kami sediakan pakej-pakej Langkawi seperti di artikel berikut:

  1. Senarai Pakej Langkawi
  2. Kereta Sewa Langkawi
  3. Pakej Island Hoping
  4. Pakej Mangrove Tour Kilim

Selamat bercuti ke Langkawi!!

Trip Bajet Ke Langkawi

Trip Bajet Ke Langkawi – 3 Hari 2 Malam
4.6 (92.38%) 21 votes

Artikel Lain

Komen

Be the First to Comment!

Notify of
wpDiscuz