Senarai Pakej Pulau Redang 2019

Pakej Pulau Redang 2019 | Pulau Redang adalah salah satu pulau yang terbesar dan yang tercantik di Pantai Timur Semenanjung Malaysia.

Terletak di perairan Laut China Selatan dan merupakan salah satu daripada sembilan (9) buah pulau yang membentuk taman laut Kepulauan Redang.

Sekarang ni mudah sahaja dengan adanya booking.com. Anda boleh terus buat tempahan tanpa ragu-ragu. Boleh tengok senarai resort di bawah.

Pulau Redang sememangnya syurga bagi mereka yang suka berenang, snorkeling, scuba diving, dan jungle trekking.

Boleh dikatakan Pulau Redang merupakan pulau kegemaran bagi mereka yang bercadang untuk honeymoon.

Waktu Sesuai untuk ke Pulau Redang

Pulau Redang mengalami musim angin monsoon antara November hingga Febuari setiap tahun dan kebanyakan resort ditutup untuk para pelancong.

Resort dan feri dihentikan ketika musim ini kerana pada ketika ini ombak tinggi dan angin kencang membadai dengan kuat.

Waktu yang sesuai untuk mengunjungi pulau perhentian ini adalah antara bulan Mac hingga Oktober kerana cuacanya yang panas dan hujan sekali sekala.

Cara ke Pulau Redang dari Kuala Lumpur
  1. Dengan menaiki pesawat turun di Airport Kuala Terengganu. Terus ke Jeti Syahbandar / Jeti Merang.
  2. Bawa kereta sendiri? Anda boleh melalui Lebuh Raya Karak -> Lebuhraya Pantai Timur (LPT1 & LPT2) dan terus parking kereta di Jeti Syahbandar (Berbayar) / Jeti Merang.

Maklumat lanjut berkenaan jeti, anda boleh baca di artikel berikut:
Harga Tiket Bot ke Redang dari Jeti Merang
Harga Tiket Feri ke Pulau Redang

Pakej Pulau Redang 2019 :  3 Hari 2 Malam

Pakej Pulau Redang Murah

Kebanyakan pakej yang ditawarkan oleh resort-resort di Pulau Redang sudah termasuk dengan perkara berikut:

  • Tiket bot pergi-balik. Ada dua pilihan Jeti untuk anda naik, Jeti Syahbandar (Feri / Bot) dan Jeti Merang (Bot sahaja).
  • Percuma minuman ringan sewaktu tiba di resort
  • Penginapan 3 Hari 2 Malam
  • 2 x sarapan pagi, 2 x makan tengahari, 2 x makan malam
  • 3 x Trip snorkeling dengan peralatan. 2 x trip laut dalam dan 1 x trip ke Marine Park Pulau Redang
Harga Pakej Pulau Redang

Harga di bawah adalah tertaluk kepada resort dan juga pilihan tarikh anda. Jika cuti sekolah, harga memang mahal sedikit.

Nak murah, pilih hari weekdays.

Cara Tempah Pakej Pulau Redang ini?

Sekarang, mudah sahaja dengan adanya booking.com. Anda boleh terus buat tempahan tanpa ragu-ragu.

Tak perlu lagi tanya ada kekosongan atau pun tidak. Tambahan lagi, anda boleh bayar dengan kad kredit.

Nota: Harga yang dipaparkan di website ini adalah harga yang kami semak di booking.com. Mungkin berbeza.

Apa pun, kadang-kadang di booking.com lebih murah berbanding buat tempahan dengan ejen ataupun resort itu sendiri.

Harga  di bawah adalah untuk seorang dan 3 hari 2 malam

Buat masa sekarang, ada 2 resort sahaja yang menawarkan pakej FULLBOARD di booking.com.

FULLBOARD bermaksud, pakej sudah termasuk semua, tiket bot, penginapan, makan minum & juga trip snorkeling. Bawa diri je nanti.

  1. Redang Holiday Beach Villa – RM 365 / pax [ Book Now ]
  2. (HOT) Laguna Redang Island Resort – RM 589 / pax  [ Book Now ]

Resort yang lain hanya boleh tempah penginapan berserta sarapan pagi sahaja. Berikut adalah resort tersebut:

  1. Redang De’ Rimba – RM 120 / pax [ Book Now ]
  2. Redang Paradise Resort – RM 168 / pax [ Book Now ]
  3. Delima Redang Resort – RM 200 / pax [ Book Now ]
  4. Redang Island Resort – RM 310 / pax [ Book Now ]
  5. (HOT) Sari Pacifica Resort & Spa, Redang – RM 372 / pax [ Book Now ]
  6. The Taaras Beach & Spa Resort – RM 820 / pax [ Book Now ]

Walaupun 6 hotel ini hanya boleh buat tempahan penginapan sahaja, tetapi tiada masalah untuk anda mendapatkan tambahan seperti trip snorkeling dan juga tiket bot.

Untuk trip snorkeling , anda boleh buat permintaan di hotel/resort nanti. Pihak resort akan uruskan. Harga lebih kurang sama sahaja.

Untuk tiket bot pula, anda boleh tempah secara online juga di website www.merangjetty.com

Tempah Tiket Bot ke Redang Secara Online Untuk Diskaun Lebih

Website: www.merangjetty.com
Diskaun: 3% untuk tempahan minimum 2 orang, tiket pergi dan balik.

Kalau pergi berdua:
Tiket return untuk 2 orang: RM220 (Beli di kaunter)
Beli online: RM213.40
Jimat: RM6.60

Baik tempah online kan… 🙂

BOOK NOW
RUMUSAN
  1. Tempah Hotel di Booking.com
  2. Tempah tiket bot di Merangjetty.com
  3. Ambil pakej snorkeling di Hotel korang menginap nanti.
Lain-lain
  1. Pakej Pulau Perhentian
  2. Pakej Langkawi
  3. Pakej Kundasang Sabah
  4. Pakej Pulau Gemia

 

 

 

 

Senarai Pakej Pulau Redang 2019
4.9 (97.33%) 15 votes

Komen

  Subscribe  
Notify of