Pakej Snorkeling Pulau Redang – DAYTRIP
Kalau korang berhajat nak bersnorkeling di Pulau Redang dan tak nak stay di pulau, korang boleh ambil Pakej Snorkeling Pulau Redang DayTrip.
Ambil pakej Day Trip ini sesuai untuk korang pergi santai-santai bersama keluarga atau rakan-rakan kolej.
Admin masih ingat lagi, masa belajar di UiTM, semester akhir, berpakat dengan rakan satu kos pergi trip snorkeling day trip. Walaupun daytrip, memang kami amat berpuas hati.
Pakej Snorkeling Pulau Redang – DayTrip
Jika korang juga ingin cuba Pakej DayTrip ke Pulau Redang, korang boleh plan dengan mengambil pakej di website ini: www.merangjetty.com
Kebiasaannya, tentatif untuk Pakej Day Trip di Pulau Redang, korang akan dibawa ke lima tempat untuk snorkeling. Boleh rujuk tentatif di bawah ini:
08:30 AM | Berkumpul & bertolak dari Jeti Kg Merang |
10:00 AM | Ambil tetamu lain di Pulau Redang dan teruskan aktiviti snorkeling di Taman Laut Pulau Redang (Snorkeling 1) |
12:00 PM | Long Beach (Lunch + Relax + Snorkeling 2) |
02:00 PM | Turtle Bay (Snorkeling 3 – Boleh turun berenang bersama penyu dan memberi makan kepada penyu) |
03:00 PM | Pulau Lima (Snorkeling 4 – Tengok ikan-ikan) |
03:45 PM | Pasir Akar (Snorkeling 5 – kawasan sarang ikan Nemo) |
04:45 PM | Bertolak Dari Pulau Redang ke Merang atau Jeti di Pulau Redang. Jeti yang sama seperti mana di ambil. Contoh, kalau ambil di Jeti Merang, hantar pun di Jeti Merang. |
05:00 PM | Tiba di Jeti Merang (Tempat Mandi dan Tukar Pakaian Disediakan) |
Pakej Snorkeling Pulau Redang ini sudah termasuk dengan perkara berikut:
- Bot pergi dan balik
- 6 Snokeling Points (Biasanya mereka akan pergi mengikut keadaan cuaca semasa). Senarai pulau untuk snorkeling adalah seperti berikut:
* Marine Park
* Turtle Points
* Long Beach
* Mini Maldives
* Ekor Tebu
* Pulau Lima
* Pasir Akar
* Teluk Dalam
* Tanjung Gua Kawah
* Teluk Kalong
* Teluk Nyor
* Teluk Mat Dollah
* Pulau Paku - Peralatan Snokeling (mask & life jacket)
- Tiket Marine park
- Percuma parking kereta (Jika ambil pakej daytrip dari Merang sahaja)
Harga Pakej Snorkeling Pulau Redang DayTrip
Dewasa: RM100
Kanak-kanak: RM80
Cara Buat Tempahan Pakej Snorkeling Pulau Redang
Zaman sekarang semua tempah online jer, beli periuk pun online. Jadi, pakej snorkeling pun ada online. Berikut step mudah untuk buat tempahan.
1. Buka website ini: www.merangjetty.com
2. Ikut step dalam gambar di bawah:
STEP 1: Pilih Tab Snorkelig Day Trip dan Pilih tarikh
STEP 2: Pilih Trip dan klik button continue
STEP 4: Buat pengesahan maklumat, semua ok terus buat bayaran
STEP 5: Siap buat bayaran, selesai. Jumpa di Jeti Merang 🙂
Kenapa Buat Tempah Online?
- Memudahkan urusan. Kira sah tempahan terus. Tak perlu whatsapp tanya ada kekosongan ataupun tidak
- Kedua, sudah tentu diskaun untuk tempah online. Walaupun tak banyak, ianya tetap diskaun.
Jom cuti dan pergi daytrip ke Pulau Redang 🙂
salam. tiada no untuk dihubungi ke bila dah smpai kat jetty or apa apa persoalan
wslm, boleh rujuk nombor di website mereka: http://www.merangjetty.com 🙂
nak tanya, kalau pergi pulau redang tanpa pakej ada ke? kami just nak datang menginap 2H1M. mak saya tak fit nak pergi snorkeling, just nak datang ambik angin je. ke memang wajib datang sana dengan pakej? hmm
Tak semestinya, boleh je pergi menginap dan santai. Boleh tempah hotel di Booking.com dan tiket bot dengan MerangJetty.com
Nk berenang dgn penyu tu kene byr lain ke? Berapa?
Sudah termasuk dalam pakej.
Salam nk Tanya bleh pickup costumer Dari hotel ke atau kena juga pergi sendiri ke jeti tu..
Wslm, pickup di jeti berdekatan
Sorry nak tanya boleh tak kalau saya ambil pakej island hoping n snorkeling utk dorang and then setelah habis tu saya nk minta drop dekat taraas resort. Boleh ke?
Maaf kalau daytrip dari Jeti Merang, hanya boleh hantar ke Jeti Merang sahaja.
Boleh dengan syarat beli tiket bot asing.
As-salam,
1/2 day snorkeling package pihak tuan boleh atur kan?
Cadang: Marine Park-> Turtle Point->Bergambar/ makan2 di P.Redang sekejap-> balik jetty.
(lebih kurang 14 pax)
wslm, boleh terus booking di website mereka http://www.merangjetty.com
Biasanya tentatif ditetapkan mengkikut waktu disediakan.
Boleh pilih sama ada snorkeling dari Jeti Merang atau dari Pulau Redang
Hi. Adakah pakej termasuk dgn lunch atau lunch kena bayar lain?
tak termasuk buat masa sekarang. Boleh addon masa booking