7 Tempat Team Building di Melaka

Pada kali ini kami ingin kongsikan Tempat Team Building di Melaka. Boleh rehatkan diri dari kesibukan kota dan rasai pengalaman bercuti dengan keseronokan luar biasa 🙂

Resort kami kongsikan ini amat sesuai untuk mereka yang mengadakan aktiviti team building dan sukan outdoor.

Ia sesuai untuk kumpulan team building berskala besar mahupun kecil. Turut sesuai untuk percutian seisi keluarga dan reunion.

Jom tengok senarai Tempat Team Building di Melaka. Boleh pilih ya 🙂

7 Tempat Team Building di Melaka

1. Bayou Lagoon Park Resort

Bayou Lagoon Park Resort terletak hanya 15 minit dari tempat pelancongan yang terkenal, Melaka World Heritage Town dan berdekatan dengan bulatan pelancongan Ayer Keroh.

Kemudahan seperti gym, padang memanah, teater 9D dan musium turut disediakan. Juga terdapat 2 villa iaitu Villa Amari dan Villa Tahiti yang terdiri daripada 506 unit pilihan penginapan.

Menawarkan pakej sukan outdoor berharga RM25 untuk 5 permainan mengikut pilihan peserta. Ada 27 permainan antaranya bowling kelapa, balloon air, royal casino dan banyak lagi!

Pakej team building berharga RM18 meliputi harga fasi, harga bagi 5 permainan taktikal dan cas penggunaan PA sistem yang lengkap di padang.

Hubungi

Amari Villa, Bayou Lagoon Park
Resort, Jalan Wakaf Utama, Bukit
Katil, 75450 Melaka

Tel : +06-233 0888 / +6013-286 8750
Fax : +06-253 3876
Email : [email protected]
Website : http://www.bayoulagoon.com.my/recreation/


2. Ayer Keroh D’Village Resort

D’Village Resort Melaka dihiasi dengan keindahan flora dalam suasana yang damai. Resort ini merupakan sebuah tempat yang sesuai bagi penggemar percutian bajet.

Terletak di Jasin Melaka dan hanya satu jam setengah perjalanan dari Kuala Lumpur. Dilengkapi dengan bilik seminar, dewan banquet, ballroom, kolam, dan bilik pada harga yang bersesuaian.

Sebuah bilik biasa yang dilengkapi dengan televisyen, kelengkapan dapur, bilik air dan penghawa dingin hanyalah berharga RM130 satu malam.

Hubungi

Jalan Air Keroh, Kampung Anak Ayer Keroh, 75450 Jasin, Melaka
Tel : 06-232 8000
Email : [email protected]
Website : https://www.dvillage.com.my


3. Agrofarmstay Resort

Terletak di kawasan ladang, dikelilingi oleh pokok-pokok dan kira-kira 12km dari Zoo Melaka. Resort ini dilengkapi dengan taman, kolam renang dan lounge karaoke. Ianya syurga bagi pencinta alam semulajadi.

Aktiviti yang ada termasuklah berenang, berjoging, berkayak, sukaneka, barbeque, menyanyi di bilik karaoke, memancing, dan banyak lagi. Turut menyediakan khidmat jurulatih terlatih dalam program membina pasukan, program kepimpinan / motivasi, program keyakinan air dan lain-lain.

Terdapat 3 Villa di resort ini iaitu Villa Anggerik, Villa Sakura dan Villa Mawar yang boleh memuatkan sehingga 80 orang. Ada juga dorm yang boleh memuatkan sehingga 70 orang.

Kelengkapan yan ada seperti dewan tertutup yang lengkap dengan sistem PA dan projektor, dewan terbuka, bilik seminar, bilik mesyuarat dan pusat perniagaan.

Hubungi

Lot 453, Jalan Tebong Machap, 76100 Durian Tunggal, Malacca
Tel : ‪012-211 8246

Email : [email protected]
Fb : https://www.facebook.com/agrofarmstay
Website : https://agrofarmstay.my


4. A’Famosa Resort

Resort ini menawarkan pelbagai aktiviti seperti sukan outdoor, taman tema air, rekreasi dan safari wonderland. Penginapan Villa yang selesa terletak di dalam taman, setiap Villa dilengkapi dengan kolam renang dan Jacuzzy luar.

Resort ini juga sesuai untuk program team building yang melatih semangat kerja berpasukan, kerjasama, kepimpinan dan kemahiran menyelesaikan masalah.

Pakej 3 hari 2 malam dengan harga serendah RM93 ditawarkan meliputi kos penginapan dorm, 2 courses team building, 5 kali makan dan kos penggunaan dewan. Harga pakej termasuklah kelengkapan PA sistem, skrin putih, backdrop dan mic.

Hubungi

Jalan Kemus, Simpang Empat
78000 Alor Gajah, Melaka, Malaysia
Tel : 03-27818888

Email : [email protected]
Fb : https://facebook.com/afamosa.my
Website : https://www.afamosa.com/


5. Ismah Beach Resort Melaka

Merupakan tempat yang sesuai untuk berehat sambil menikmati pemandangan Selat Melaka. Menariknya, di resort ini anda dapat melihat penyu dan tuntung bertelur! Musim penyu bertelur adalah dari bulan Mac sehingga September.

Aktiviti yang ada seperti melawat tempat bersejarah di Melaka, melawat perkampungan nelayan, bersiar dipesisiran pantai dengan bot, berkayak, memancing dengan bot dan banyak lagi.

Pakej team building untuk game indoor dan outdoor bermula dengan harga RM400 untuk 30 orang, RM800 untuk 30-60 orang dan RM1000 untuk melebihi 60 orang. Harga termasuk tenaga pengajar dan jurulatih sepanjang masa aktiviti.

Hubungi

Tel : +606 384 8141
Fax : +606 384 8140
Website : http://www.ismahresort.com/outing.html


6. Melaka Tropical Fruit Farm

Melaka Tropical Fruit Farm merupakan satu konsep produk pelancongan Agro dengan konsep “Farm Stay” di Melaka. Dipenuhi dengan buah-buahan, tempat ini juga sesuai untuk aktiviti team building.

Aktiviti yang ada seperti flying fox, rafting, night walk, jungle tracking, lake crossing, memanah, explorace dan sebagainya.

Penginapan asrama yang disediakan mampu menampung sehingga 230 orang dalam satu masa. Mereka turut menyediakan 9 buah chalet untuk kegunaan keluarga.

Kemudahan yang ada seperti dewan makan, bilik mesyuarat, dewan penginapan, tapak perkhemahan, tempat BBQ, tempat memancing, khemah dan banyak lagi.

Hubungi

Pusat latihan Sungai Udang,
76300 Sungai Udang Village, Melaka, Malaysia.
Tel : 06-351 6916

Email : [email protected]
Fb : https://m.facebook.com/mtfffarmstay/
Website : http://www.melakatropical.com/


7. Redtma Recreation Sport Centre

Terletak di Ayer Keroh Melaka, Redtma Recreation Sport Centre sesuai untuk mereka yang sukakan aktiviti outdoor. Juga sesuai untuk mengadakan Hari Keluarga, Team Building, Camping dan sebagainya.

Antara aktiviti yang ada seperti berkayak, memanah, flying fox, wall climbing, river crossing, jungle tracking dan banyak lagi.

Harga untuk setiap game juga murah dan berbaloi. Berkayak RM4, memanah RM6, blowguns RM6, wall climbing RM4 dan banyak lagi sukan yang ditawarkan pada harga yang sangat murah!

Hubungi

Pusat Rekreasi Air, Jalan Tasik, 75450 Ayer Keroh, Malacca
Tel : 06-2327685 / 019-2591001

Email : [email protected]
Fb : https://m.facebook.com/pages/category/Outdoor—Sporting-Goods-Company/OFFICIAL-REDTMA-RECREATION-SPORT-CENTRE-197461327127776/


Kesimpulan

Diharap perkongsian kami dapat memberi idea kepada anda yang sedang mencari tempat terbaik untuk aktiviti team building dan riadah.

Tempahan boleh dibuat melalui laman web seperti booking.com, agoda.com, trivago.com dan sebagainya. Walaubagaimanapun, tak semua penginapan yang kami kongsikan tersenarai di laman web tersebut.

Seelok-eloknya, hubungi terus resort tersebut menggunakan talian yang kami paparkan di info resort. Selamat bercuti!

Tempat Team Building Lain:

  1. Tempat Team Building di Selangor

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *