Airport Kota Bharu ke Jeti Kuala Besut
Airport Kota Bharu ke Jeti Kuala Besut. Kalau korang nak ke Pulau Perhentian melalui udara atau flight, korang boleh turun di Airport Kota Bharu je. Lebih dekat.
Jarak dari Airport Kota Bharu (Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra) ke Jeti Kuala Besut adalah kira-kira 60 km.
Perjalanan menaiki kereta atau van biasanya mengambil masa sekitar 1 jam hingga 1 jam 15 minit, bergantung pada keadaan trafik dan cuaca.
Airport Kota Bharu merupakan antara lapangan terbang paling dekat untuk pelancong yang ingin ke Pulau Perhentian melalui Jeti Kuala Besut.
Perkhidmatan van atau kereta persendirian boleh ditempah lebih awal untuk pengambilan terus di ruang ketibaan airport.

Van dari Airport KBR ke Jeti Kuala Besut
Pemandu akan mengambil penumpang di Airport Kota Bharu berdasarkan waktu ketibaan penerbangan sebelum meneruskan perjalanan terus ke Jeti Kuala Besut.
- Pengambilan terus di Airport Kota Bharu
- Penghantaran terus ke Jeti Kuala Besut
- Sesuai untuk keluarga dan kumpulan
- Ruang untuk penumpang serta bagasi
- Boleh ditempah lebih awal secara online
Kadar Harga Van Airport Kota Bharu ke Jeti Kuala Besut
| Pengangkutan | Harga |
| 1-4 Orang | RM110 |
| 8 Seater Van | RM195 |
| 12 Seater Van | RM245 |
| 15 Seater Van | RM295 |
Van Kongsi dari Airport Kota Bharu ke Jeti Kuala Besut
Selain van persendirian, pelancong juga boleh memilih van kongsi dari Airport Kota Bharu ke Jeti Kuala Besut.
| Penumpang | Harga Sehala |
|---|---|
| Dewasa | RM30 seorang |
| Kanak-kanak | RM25 seorang |
Pilihan ini lebih menjimatkan dan sesuai untuk individu, pasangan atau kumpulan kecil yang tidak keberatan berkongsi van dengan penumpang lain.
Cara Membuat Tempahan
Tempahan awal amat digalakkan, terutamanya pada musim cuti sekolah dan hujung minggu. Untuk tempahan korang boleh beli di website www.besutjetty.com