Kadar Parking Putrajaya Sentral – Park N Ride

Kalkulator untuk kira Harga / Kadar Parking Putrajaya Sentral – Park & Ride

Kadar parking ini sudah termasuk caj cukai SST dan caj TNG/Paywave.

Memo Kadar Parking Putrajaya Sentral 2023

RM 1.15 / Sejam (Siang 6AM – 11:59PM)
RM 4.60 (Malam 12 AM – 5:59 AM)

Kadar Maksimum nampak macam RM9.20 Sehari. Tapi kalau bermalam dari 12 AM hingga 5:59 AM, caj nya jadi RM13.80.

Dikemaskini Pada: 04 Mei 2024

Parking di Putrajaya Sentral Ada Sekuriti Tak?

Ada. Sekuriti 24 jam. Jangan risau.

Bagaimana Cara Bayaran Parking di Putrajaya Sentral?

Touch n Go & Kad Paywave

Ada parking pas bermusim (Season pass) di Putrajaya Sentral?

Ya ada, boleh rujuk dengan FlexiParking

Berapa Lama Boleh Parking di Putrajaya Sentral?

Anda boleh boleh parking di Putrajaya Sentral selama maksimum 14 hari.

Mudah ke dapat Parking di Putrajaya Sentral?

Parking di Putrajaya Sentral boleh tahan cepat penuh. Awal pagi pun dah nak penuh. Jadi kena cepat-cepat. Alternatif kepada yang nak travel, boleh Parking di Salak Tinggi.

Like our Facebook: Pakej.MY

Untuk anda berhajat ke Kota Kinabalu dan perlu sewa kereta secara bulanan, mungkin boleh sewa dengan NH Travel Rent a Car

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

159 Komen di “Kadar Parking Putrajaya Sentral – Park N Ride”

  1. Hi nak tanya, parking berbumbung ni ada provide macam subscription untuk sebulan tak? kalau ada berapa harga ya?

    1. Hi dulu ada, lama sudah tak pergi. mungkin ada perubahan. Boleh pergi dan rujuk dengan pengurusan berkenaan.
      Kalau ada yang terkini, kami akan kemaskini.

    1. Hi, dulu ada season pass, boleh lihat gambar dalam artikel. apa2 boleh pergi dan rujuk terlebih dahulu, risau ada yang berubah.

  2. Kalau sy beli monthly pass dia boleh parking ke selama 16 hari, sebab selepas tu sy boleh pakai pass tu untuk balance bulanan, sebab kerja parking kat situ jugak.

    1. Ada monthly pass kalau dulu, apa-apa pergi dan tanya pengurusan semasa. atau boleh cuba hubungi FlexiParking terlebih dahulu.