Hagia Sophia Kembali Dijadikan Masjid Setelah 84 Tahun

11 Jul 2020 – President Turki, Edorgan telah menandatangani keputusan untuk mengubah Hagia Sophia kembali menjadi masjid.

Hagia Sophia Menjadi Masjid 2020
Sumber Gambar: https://www.ekathimerini.com

Hagia Sophia adalah monumen di Istanbul telah menjadi simbol yang dipertikaikan antara agama Kristian dan Islam selama berabad-abad.

Hagia Sophia dibina sebagai Katedral Ortodoks Yunani pada tahun 537 M tetapi dijadikan masjid setelah kota itu ditakluki oleh Pemerintah Turki Uthmaniyyah pada tahun 1453.

Selepas kejatuhan Pemerintah Turki Uthmaniyyah semasa Perang Dunia Pertama (WW1), bapa pengasas Turki, Mustafa Kemal Ataturk mengubah Hagia Sophia menjadi muzium pada tahun 1934; tanda komitmennya untuk masa depan sekular bagi negara – memisahkan negara dari agama.

Kini, pada 2020. Setelah 84 tahun dijadikan Muzium, Mahkamah Tinggi Turki putuskan status Hagia Sophia kembali menjadi sebagai sebuah masjid.

Kronologi Sejarah Hagia Sophia

Katedral Ortodoks Timur (537–1204M)
Katedral Katholik Rom (1204–1261M)
Katedral Ortodoks Timur (1261–1453M)
Masjid Imperial (1453–1931)
Muzium (1935–2020)
Masjid (2020 – kini)