Kadar Parking Putrajaya Sentral – Park N Ride

Kalkulator untuk kira Harga / Kadar Parking Putrajaya Sentral – Park & Ride

Kadar parking ini sudah termasuk caj cukai SST dan caj TNG/Paywave.

Memo Kadar Parking Putrajaya Sentral 2023

RM 1.15 / Sejam (Siang 6AM – 11:59PM)
RM 4.60 (Malam 12 AM – 5:59 AM)

Kadar Maksimum nampak macam RM9.20 Sehari. Tapi kalau bermalam dari 12 AM hingga 5:59 AM, caj nya jadi RM13.80.

Dikemaskini Pada: 04 Mei 2024

Parking di Putrajaya Sentral Ada Sekuriti Tak?

Ada. Sekuriti 24 jam. Jangan risau.

Bagaimana Cara Bayaran Parking di Putrajaya Sentral?

Touch n Go & Kad Paywave

Ada parking pas bermusim (Season pass) di Putrajaya Sentral?

Ya ada, boleh rujuk dengan FlexiParking

Berapa Lama Boleh Parking di Putrajaya Sentral?

Anda boleh boleh parking di Putrajaya Sentral selama maksimum 14 hari.

Mudah ke dapat Parking di Putrajaya Sentral?

Parking di Putrajaya Sentral boleh tahan cepat penuh. Awal pagi pun dah nak penuh. Jadi kena cepat-cepat. Alternatif kepada yang nak travel, boleh Parking di Salak Tinggi.

Like our Facebook: Pakej.MY

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

131 Komen di “Kadar Parking Putrajaya Sentral – Park N Ride”

    1. Cik Sarah, parking luar bangunan parking tuh ada kadarnya. Cik boleh download app Parkbyphone atau menggunakan touch n go ewallet utk pembayaran. Kadarnya rm2.12 sehari ikut tarikh (termasuk servis cas). Itu yang terbaru kadarnya.

  1. Bagaimana pengiraan kadar harga parkir untuk berbumbung? Tempoh waktu dikira yang dikira 24 jam tu berdasarkan 24 jam selepas parkir @ setiap 12.00 malam setiap hari?

    1. Boleh guna kalkulator kat atas ☺️

      Info pun dah ada kat atas.

      RM 2 (Siang 6AM – 1AM)
      RM 4 (Malam 1AM – 6AM)

  2. Saya nak tanya berapa kadar bayaran parking tak berbumbung depan terminal bas tu? Boleh ke parking lebih dri sehari kat situ?

    1. Min pun tak pasti juga. Boleh call mereka 1300-88-5727 . nanti update dekat sini kalau ada info. orang lain blh tahu juga 🙂

  3. Kalau parking lebeh 14 Hari , tindakan apa Yang Akan diambil erk? Sebab sekarang tak boleh merentas negeri kalau xde Surat.

  4. Saya dah gunakan khidmat parking bertingkat putrajaya sentral hampir 4 tahun. Sejak bertukar kepada sistem auto-gate ni ada masalah untuk touch out menggunakan kad touch & go. Penghjung 2019 banyak kali terkena tapping pada pengimbas hampir 15-20 kali baru gate terbuka. Mohon pihak pengurusan melakukan penambahbaikan.

    1. Saya pun kurang pasti yang tu, kalau ada pembaca lain tahu, boleh komen2 di sini 🙂

      ataupun cik mimi call mereka tanya.