Tempat Parking Murah ke KLIA / KLIA2
Tempat parking antara perkara paling penting bagi traveler semasa nak fly dari KLIA / KLIA2. Antara tempat parking murah ke KLIA / KLIA2, adalah di ERL Salak Tinggi ataupun Putrajaya Sentral.
Tempat Parking Murah ke KLIA / KLIA2
Harga parking di Putrajaya Sentral dan ERL Salak Tinggi, lebih kurang je.
TAPI apa yang membezakan adalah harga tiket ERL sahaja. Sudah tentu harga dari Putrajaya Sentral lebih mahal berbanding dari Salak Tinggi. Boleh rujuk kadar harga tiket ERL di bawah:
Nota Kaki: Boleh dapat 10% diskaun jika anda membuat pembelian tiket ERL di kiosk. Kiosk ini ada dekat kaunter tiket ERL.
Nak Lagi Jimat ?
Kalau nak jimat lagi, Parking di ERL Salak Tinggi, naik bas free SMART Selangor. Free tapi ambil masa yang lama nak sampai ke KLIA2.
Waktu operasi Bas SMART Selangor juga agak terhad, iaitu dari 6 Pagi hingga 10 Malam sahaja.
Boleh rujuk di website ini: Bas Smart SelangorKu
Jika korang perlukan kereta sewa di KLIA atau KLIA2, korang boleh rujuk artikel di sini: Kereta Sewa di KLIA 2
boleh tahu waktu perjalanan erl utk mco period ni tak, tuan admin? kalau kita park dekat salak tinggi dalam pukul 5 pagi, erl ada ke? terima kasih.
jadual terkini erl, paling awal pukul 6 pagi untuk salak tinggi. boleh rujuk jadual di sini: https://www.kliaekspres.com/wp-content/uploads/2020/06/Combined-Service-Schedule-eff-15-June.pdf
Saya perlukan parking pada tarikh pagi 22 ogos hingga 26 ogos. Nak tahu macam mana saya hendak ke klia 1
Naik apa
Boleh naik ERL – Kereta Api
Flight sy 6 pagi erl paling awal pukul barapa ya.tq
Waktu semasa
Putrajaya – 5:18 pagi
Salak Tinggi – 5:27 pagi
boleh rujuk sini https://www.kliaekspres.com/schedule/
Sy nak pergi umrah pada 11/9/22 Jam 11 pagi perlu ada di klia. Sy bercadang akan ambil hotel berhampiran klia pada 10/9/22. Tempat mana paling sesuai untuk ambil hotel dan parking
Cuba tengok Movenpick KLIA
Saya nak pergi KLiA 2..
Boleh x parking pkul 10 malam 28hb jumaat hingga 1 hb selasa.. Agak2 brpe harga ye? Pastu dimana sy nk parking.. Nk save budget utk naik ERL
Boleh, 24 jam parking. Boleh guna kalkulator dalam artikel di atas.
Last erl dr klia ke salak tinggi pkl berapa tuan admin?
Sekarang 12 malam
Boleh tahu parking 1hb hingga 13hb dec 2022 ni masih kosong? Sebab nak pergi umrah
InsyaAllah ada
Hi Administrator, what are the public transports from Putrajaya Sentral to KLIA2? Thanks
ERL – Train