Trip ke Surabaya & Gunung Bromo Indonesia (Part 1)
Trip ke Surabaya & Gunung Bromo | Untuk korang yang berminat dengan aktiviti lasak di Indonesia, korang boleh baca perkongsian dari saudari Husna ini. Trip ke Indonesia Timur.
Trip ini cover empat kawasan utama iaitu Surabaya, Bromo, Ijen dan juga Bali. Jom baca perkongsian trip selama 5 hari 4 malam ini, hanya memakan belanja RM1343 sahaja. Berbaloi dengan 4 kawasan sekali pergi ke Indonesia.
Memandangkan artikel ini terlalu panjang, kami bahagikan kepada dua artikel untuk memudahkan pembacaan korang.
- Trip ke Surabaya & Gunung Bromo Indonesia (Part 1)
- Trip ke Kawan Ijen Blue Fire (Part 2)
- Trip ke Bali Nuda Penida (Part 3)
Nota: Ringkasan bajet, ada di artikel terakhir (Part 3). Baca semua untuk penjalanan lebih lancar.
Trip ke Surabaya & Gunung Bromo Indonesia (Part 1)
Bagi yang berminat untuk ke Timur Indonesia, boleh ikut route ini, sangat jimat. Route ini bermula dari Surabaya dan berakhir di Bali.
Agak tough trip kali ini sebab tak sempat makan, mandi pulak merata (kat train station, airport) sebab kejar masa nak cover semua tempat. Rugi lah kalau tak sempat cover semua tempat hehe. Okay, lets start…
KUL – SURABAYA – BROMO (27 JUN – 28 JUN 2019)
Dari KUL naik flight AirAsia jam 2040 waktu Malaysia. Tiba di Juanda Airport lebih kurang jam 2230 waktu tempatan. (Harga tiket fight KUL – SUB RM39)
Untuk ke Bromo, kami ambil Pakej Bromo (RM200/pax). Kami mandi dan solat siap siap kat public toilet luar airport sebelum gerak ke Bromo. Perjalanan ke Bromo lebih kurang 2-3 jam. So boleh rehat dulu dalam kereta.
Sampai di Bromo lebih kurang jam 1:30 pagi. Cuaca amatlah sejuk. Tak pernah rasa sejuk camtu, sampai ke tulang rasanya. So kami checkin Savanah Inn (plan asal tknak menginap tp memandangkn cuaca kt luar sgt sejuk so kami trpksa cari homestay on the spot, harga : RP 100k), rehat dan tidur kejap sebab jam 0300 start naik Penanjakan (sunrise viewpoint), naik dgn jeep tau.
Jam 0300 kami start naik ke Penanjakan. Sampai kaki gunung, kene jalan kaki (2km) tapi tapi jgn risau, ada ojek sebagai option (RP 20K/one way). Dah sampai puncak, cepat cepat cari port untuk sunrise. Surau juga disediakan untuk solat subuh. (Note: Kawasan ni agak padat, berebut nak tgok sunrise)
Lebih kurang jam 0630 pagi kami turun ke tempt parking jeep, sama macam tadi boleh jalan kaki/naik ojek.
Next pit stop, Mount Bromo. Lebih kurang 30-40 min untuk sampai ke sana. Sampai je sana, lagi sejuk dari Penanjakan. Kemain bercakap pon keluar asap, jakun jap HAHAHA.
Sebelum naik ke Kawah Bromo, kami breakfast dulu. Memikirkan jauh betul perjalanan ke kawah Bromo (lebih kurang 3km), kami decide nak naik kuda (RP 150K/two way). Oh btw, kuda tu akan hantar kita sampai kat tangga kawah Bromo je. So menapak la slow slow naik tangga. Semput wey. And finally, kami sampai puncak Kawah Bromo !
Dah puas bergambar, kami pun turun. Ape lagi, cari kuda yg kami naik tadi untuk balik ke tempat parking jeep.
Sebelum bertolak ke homestay, kami singgah dulu kat Pantai Berbisik, bergambar. Tempat tempat lain macam Teletubbies hill kami tak pergi pon sebab kejar masa nk gi Madakaripura waterfall.
Settle checkout, terus gerak ke Madakaripura Waterfall, lebih kurang sejam setengah. Lama jugak. Boleh tidur dulu, topup energy. Btw, trip ke waterfall ni supir yang belanja kami. Hehehe. Kene pandai bodek la yerr.
Sampai je kat tempat parking kereta, kene tukar naik ojek ke entrance Madakaripura waterfall. Tak jauh pun. Bila dah sampai entrance, kene jalan kaki 2km. No choice/option kalini huhuhu.
(Note: jangan lupa bawak baju hujan dan pakai selipar/sandal getah)
Lebih kurang sejam kami berjalan kaki, maka sampai la di waterfall yang sangat sangat indah. Buat pertama kali, terkesima sebentarrrrr. Amazinggggg !!
Lebih kurang 2 jam kami explore tempat ni, serius lawa. Tak menyesal jalan jauh jauh dapat view macam ni. Tour guide pulak layan je kehendak kami nak bergambar sampai atas. Memang basah lencun mase ni. Air sejuk sangat sampai ke tulang menggigil-gigil huhu.
Seterusnya ke Ijen
Ready untuk gerak ke Probolinggo Station, ambil masa sejam dari Madakaripura. Baju semua tak sempat tukar, sebab memang plan nak mandi dan solat di train station.
Sampai je Probolinggo Station, kami print/checkin tiket train. Lepastu terus bersiap siap dlm mase sejam lagi train akn sampai, nasib baik sempat ! Fuhhh…
(Note: mandi dan solat di train station, selesa !)
Sekian sahaja untuk trip ke Bromo, sambungan Part 2 adalah Trip ke Kawah Ijen Blue Fire.