Trip ke Kawah Ijen Blue Fire (Part 2)

Artikel  sebelum ini Part 1 – Trip ke Surabaya & Gunung Bromo, dan ini adalah sambungannya iaitu Trip ke Kawah Ijen Blue Fire.

Trip ke Kawah Ijen Blue Fire (Part 2)

Sambungan artikel ini bermula dari Stesen Keretapi PROBOLINGGO.

BROMO (PROBOLINGGO) –> IJEN (KARANGASEM STATION)

Perjalanan keretapi dari Stesen Probolinggo ke Stesen Karangasem  mengambil masa lebih kurang 4jam. Kami ambil seat economy 3 seater sebab nak save budget, memang agak sempit dan kurang selesa kalau nak tidur. Hadap je la untuk 4jam huhuhu. 

Dalam train kami makan siap siap, ada macam macam menu. Ofcourse la kami order nasi goreng + hot chocolate. Sedapppp dan harga mmg mahal la sikit. (Harga tiket train: RP 80K/pax)

Ini la keadaan 3 seater, berhimpit sikit. Make sure partner tu kurus tau 😛

Kami tiba di Karangasem station lebih kurang jam 2040 waktu tempatan. Sampai je sana terus masuk Alfa mart beli makanan untuk hiking esok hari. Harga makanan segera disini agak mahal berbanding di Bromo. Sementara tu kami tunggu owner homestay untuk jemput kami. Ohh rupanya homestay tu depan train station je ! Jalan kaki 5min je.

(p/s: Sri Tanjung Homestay +62 852368XXXXX- LINDA) Sila komen dibawah untuk dapatkan nombor. 🙂 atau booking je terus di booking.com

Sebelum terlupa, kami ambil pakej kawah Ijen dengan Linda (harga: RP 300K/pax). Pergi ramai ramai insha Allah lagi jimat.

Sampai je homestay, kami mandi and siap siap trus. Rehat kejap, nanti jam 0000 gerak ke Ijen dengan jeep.  Tepat jam 0000, jeep datang pickup. Group kiteorang ade 6 orang. Perjalanan ke Ijen lebih kurang sejam. Sempat la tidur kejap.

Sampai je Ijen, rehat jap. Depends la nak gi makan ke, nak sewa jacket ke. Semua ada kat situ. Kami tak sewa pon sbb dh pakai 3 layer baju dan sweater. Opss, kat situ ade satu je toilet, kene beratur panjang. So pandai pandai la jaga makan, perut anda. Hehehe.

Kami mula hiking jam 0200. Setiap group wajib ade guide, headlamp dan mask semua disediakan termsuk dlm pakej.

Blue fire @ Ijen Crater

Pendakian ni sangat la mencabar ya, sejuk + gelap + curam 40-60 degree. Bagi yang ada bajet lebih dan nak kejar blue fire, boleh naik taxi (macam troli). Bayaran lebih kurang 600K per person/2way.

Bila dah sampai puncak, kene jalan kaki turun ke kawah lebih kurang sejam. Make sure jam 0400 dah berada di puncak. Masa ni boleh la tengok pekerja sulfur angkut sulfur dari kawah untuk dibawa ke puncak dan seterusnya ke kaki gunung. Berat sulfur tu 100kg per trip. Perghh tengok diaorang ni sangat sangat bekerja keras untuk menyara keluarga. Mostly yg kerja angkut sulfur ni awal 50-an.

Okay dah sampai dalam kawah ! Nampak tak kat belakang tu ada blue fire? Btw, mask wajib pakai walau jd huduh rupenye hahaha

Kami spend msa lebih kurang 1-2 jam kat dalam kawah ni. Hari makin cerah, maka kami pun mendaki ke puncak, amik masa lama sikit berbanding masa untuk turun tadi sejam je. Hehe. Alang alang view cantik, kami bergambar kat setiap spot.

Sampai je puncak, sambung lagi turun ke kaki gunung. Masa untuk turun ni kejap je, dalam sejam mcm tu. Sebelum balik homestay, kami sempat pekena maggi sup kat kedai di kaki gunung. Telan saje sedap ke tak sedap sebab lapar sangat sangat. Btw, masa ni pun masih sejuk beku badan. Bertabah je laa.

Sampai homestay, kami rehat dan tidur sebelum checkout. Kami checkout jam 1200 dan terus gerak ke Ketapang terminal ferry untuk ke Bali pulak. Kami minta owner homestay yg hantarkan, so dia caj RP 25K/pax.

Sterusnya kami ke Nusa Penida Bali.

Next – Part 3: Trip ke Bali Nusa Penida

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *