Trip ke Nusa Penida Bali (Part 3)

Artikel  sebelum ini Part 1 – Trip ke Surabaya & Gunung Bromo dan Part 2 – Trip ke Kawah Ijen Blue Fire. Trip terakhir adalah Trip ke Nusa Penida Bali.

Nota: Part 3 ini ada ringkasan bajet keselurahan di bawah artikel ini.

Trip ke Nusa Penida Bali (Part 3)

Sambungan artikel ini bermula dari Ketapang Terminal Ferry.

Ijen (BANYUWANGI) –> Nusa Penida Bali

Tiba je di Ketapang Terminal Ferry, kami tunggu bas untuk masuk ke Bali. Bas ni akan masuk dalam ferry yer. Okay tiket bas + ferry kami nego sampai RP 80K/pax.

Bas ni agak tak selesa, open window sebab diaorg ni merokok. Rasa sesak je dalam  bas tu. Takpe lah, pengalaman kan. Perjalanan ke jeti Bali dalam setengah jam. Boleh je kluar dari bas, tengok view laut. Dah agak2 nak sampai jeti, masuk semula bas tadi. Kene ingat tau bas yg mana hehehe.

Tiket bas + ferry untuk ke Bali

Selepas setengah jam, maka sampai la kat jeti Bali. Sebenarnya jauh lagi nak ke bandar Bali (turun terminal bas Mengwi), lebih kurang 3-4jam. Hadap la keadaan dalam bas yg tak selesa. Hurmm. Kalau bawak budak kecik/baby memang kurang sesuai. Tak rekemen la sebab asap rokok berkepuk2 dalam bas L

And finally dh sampai terminal bas, kami tunggu supir utk pickup dan bawa kami ke hotel. Oh btw kami request nak dinner dulu. Kami dinner di Ayam Tulang Lunak Malioboro, sedap sangat sangat sebab tulang ayam tu pon boleh makan jugak (empuk). Tak caya kene la tryyyyy, tapi mahal sikit.

Lepas settle dinner kami terus checkin Angkul Angkul Hotel area Kuta. Just nice sebab kat bandar. Sampai hotel, rehat dan tidur sebab esok kene bangun awal untuk ke Nusa Penida.

Perjalanan Dari SANUR BEACH ke NUSA PENIDA

Kami gerak ke Sanur Beach jam 0630 sebab nak naik boat jam 0715. Sambung tidur dalam kereta sebab perjalanan lebih kurang sejam hehehe.

Setelah sampai, kami masuk Alfa Mart beli mkanan untuk breakfast sbb dah tak sempat nak breakfast. Then lepas tu terus ke Sanur Beach untuk beli tiket boat.

Harga tiket pergi dan balik dah termasuk dalam pakej. Bawak diri je yerr. Sementara tunggu boat sampai, kita makan makan la dulu. (harga pakej BALI all in: RP 835K/pax)

(Nota: Sanur beach ni takde jetty, so kene redah air pantai lebih kurang paras paha. Make sure bawa extra seluar dan pakai kasut/sandal bergetah)

Lebih kurang sejam naik boat, kami pon sampai Nusa Penida ! Tour guide dah tunggu awal awal lagi. Oh sebelum mula jalan jalan, kami pergi tukar seluar yg basah selepas redah air tepi pantai tadi. Ada toilet berdekatan dengan jetty nusa. Bayaran RP 5K hehehe.

Okay lets discover Nusa Penida. Tempat pertama adalah Kelingking beach. Masa ni org tak ramai sgt so takde la nak bersebut and tunggu turn yang lama untuk bergambar.

Nusa Penida Bali

Antara view/spot bergambar kat Kelingking Beach. I told you l, lawa gilerrrr. Tak rugi lah datang sini.

Okay settle. Move to next place. Broken Beach ! Not a broken heart yaaa. Hehehe. Sini pon lawa oiiii. Tak tahu nak cakap mcm mana. Wajib pergi tauu. Jom layan gambar.

Antara view/spot bergambar kat Broken Beach <3 (p/s: gambar lawa lawa ni semua tour guide yg snap :P)

Tak puas bergambar kat Broken Beach tapi lama kelamaan ramai pulak orang. Hahaha. Alang alang dah tengahari, kami pun lunch dan solat sekali.

Lunch mmg dh provide, include dalam pakej. So tak payah pening pikir nak makan kat mana. Lepas settle makan dah solat, kami pon gerak ke Crystal Bay. Ianya cuma lah pantai macam kat Malaysia. Bezanya sini ramai giler mat salleh dok berjemur.

Haaa sama macam Malaysia je kan? Kami dok sini 10min jerrr
Eh tetiber jumpa spot bergambar. Bergambar la dulu. Hehehe

Crystal bay adalah destinasi terakhir. Actually Nusa Penida ada dua bahagian, West dan East. Kami cover East je. Sebab masa sangat limited dan satu tempat ke satu tempat tu take time lebih kurang 40 min- 1jam. Satu hari hanya untuk cover satu bahagian je. So next time kene repeat untuk west maybe? Hehehe.

And maka nya kami pon gerak ke jetty nak kejar boat jam 1530. Sebelum tu tukar seluar siap siap je sbb kat Sanur takde jetty 😛

Nusa Jetty

On the way balik ke Sanur beach ni laut agak bergelora. Kami tak expect pon. Memang pening.

(Note: bawak ubat mabuk)

Maka kami sampai di Sanur jam 1630. Next gerak ke tempat shopping. Kami just usha usha dulu tempat shopping, contohnya Krishna dan kedai Kek pisang. Kek pisang ni famous ya. Sedap.

Kalini balik hotel awal sikit sbb esoknya nak ke Pura Lempuyang jam 0430. Sebab perjalanan ke sana 3jam yaa.

Pura Lempuyang & Coffee Luwak Tegallalang

Awal awal pagi lagi kami gerak ke Pura Lempuyang dan solat dalam perjalanan ke sana. 3jam terlalu lama, so kami tidurr je la. Sampai kat sana lebih kurang jam 7:30 am.

Nak ke temple tu kene naik ojek. Jauh la jugak. Ojek RP 20K per trip. Then sampai kat entrance, kene bayar donation dan sewa sarong (RP 10K). Wajib pakai sarong tak kisah kita ni dh tutup aurat. Tu memang syarat dia. Sarong tu nanti diaorg akan pakaikan.

Maka berjalan la kami menuju ke Pure Lempuyang. Kene jalan sikit untuk sampai ke sana. Sampai je sana, kene beratur. Ramai sgguh yg beratur. Alang alang dah sampai kene la beratur. Lebih kurang 2jam beratur, and its our turn !!!!

Tengah beratur gaisss HAHA
Beratur untuk gambar ni, berbaloi tak?

Next destination…lunch kat restoran yg famous sbb ade background Gunung Batur. Makan buffet satu pax RP 120K rasanya. Hmm mahal kan. Kat Bali ni semua mahal mahal. Hahaha. Takpe la dh alang alang last day, redah sajeee.

Ini je gambar yang sempat snap. Rasanya sebab masing masing dah penat 😛

Seterusnya gerak ke Tegallalang Coffee Luwak. Kat sini best sebab ade free tester hahaha. Boleh tengok musang pastu tgok diaorg buat coffee luwak.

Dapat tag sebelum masuk. Kat tag tu ada nombor group

P/S: RP 50K secawan. Kami share je. Nk rase sedap ke tak. So kami bagi 4/5 star

Hari sudah petang, maka kami gerak semula ke bandar Bali untuk shopping sebelum ke airport. Kami just shopping kt Krishna sbb affordable compare tempat lain. Dan Krishna ni bnyak branch, hrga beda beda hahaha taktahu kenapa harga kat setiap branch tu tak selaras.

Settle shopping, terus gerak ke Denpasar airport. Flight kami jam 1 am waktu tempatan dan kene checkin jam 10 pm.

Setelah 5 hari di Indonesia, ayuh pulang ! Rindu nasi lemak huhuhu DPS to KLIA (RM426)

— TAMAT —-

* Dengan ini selesai lah jelajah kami di Timur Indonesia bagi tahun 2019, see you when I see you *

RINGKASAN BAJET KAMI TRIP KE TIMUR INDONESIA
  1. Trip ke Surabaya & Gunung Bromo (Part 1)
  2. Trip ke Kawah Ijen Blue Fire (Part 2)
  3. Trip ke Nusa Penida Bali (Part 3)

 

1. PAKEJ (PER PAX)

  • BROMO: RM200
  • IJEN: RP 300K
  • BALI: RP 835K

( Total: RM540 )

2. HOMESTAY/HOTEL (3 PAX)

  • BROMO (Savannah Inn): RP100 K – 1 night / 3 pax
  • IJEN (Sri Tanjung): RP50 K – 1 night / 3 pax
  • BALI (Angkul Angkul): RP400 K – 2 nights / 3 pax

( Total: RM55 )

3. TRANSPORT (PER PAX)

  • BROMO (Kuda): RP 150K
  • BROMO (Ojek): RP 40K
  • IJEN (Train): RP 80K
  • IJEN (to Ketapang port): RP 25K
  • BALI (Bus+Ferry): RP80 K
  • BALI (Ojek): RP 40K

(Total: RM124.50)

4. MAKAN (3 PAX)

  • BROMO: RM62/3 pax
  • IJEN: RM83.50/3 pax
  • BALI: RM300/3 pax

( Total: RM148.50 )

5. FLIGHT TICKET (PER PAX)

  • KUL-SUB: RM39 (AA)
  • Meal: RM10 (AA)
  • DPS-KUL: RM426 (MAS)

(Total: RM475)

GRAND TOTAL: RM 1343.00 per pax

 

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

2 Komen di “Trip ke Nusa Penida Bali (Part 3)”

  1. Hi, salam.. boleh tanya untuk semua package ni guna travel agent apa ya? Atau ada recommend pak supir yg boleh tanya? I plan for solo travel this jun 2023. Terima kasihh