8 Tips ke Kashmir – Ringkas & Padat
Tips ke Kashmir | Kashmir dikenali sebagai wilayah Jammu & Kashmir, dan terletak diutara India dan bersempadan dengan Pakistan.
Artikel terbitan pada 2018. Boleh baca sebagai rujukan sahaja. Mungkin berubah dari semasa ke semasa.
Kandungan Artikel
Info Ringkas Tentang Kashmir
Majoriti penduduk di Kashmir adalah Muslim.
Kashmir sangat tourist friendly sebab sumber ekonomi penduduk tempatan adalah banyak bergantung kepada pelancongan. Kebanyakannya penduduk di Kashmir fasih berbahasa inggeris.
Kashmir merupakan destinasi pelancongan yang popular, dengan kawasan bergunung-ganang yang mengujakan dan lokasi ini mengalami 4 musim.
4 Musim di Kashmir
- Musim Salji di Kashmir biasanya pada bulan Disember sehingga Mac. Pakaian tebal diperlukan memandangkan salji yang tebal.
- Musim Bunga pula sekitar bulan April hingga Mei.
- Musim Panas pula sekitar akhir Mei hingga Ogos. Musim panas merupakan waktu paling ramai pelancong. Perbelanjaan sedikit mahal.
- Musim luruh pula sekitar September hingga awal Disember. cuaca ketika ini agak tidak menentu, Hujan di sesetengah tempat dan dingin.
Bagi anda yang merancang untuk melancong ke Kashmir, mungkin Tips ke Kashmir ini membantu anda untuk membuat persiapan ke sana.
8 Tips ke Kashmir
Kami pergi masa low season (winter) jadi kos keseluruhan agak murah. Kalau datang masa peak season (Julai – Ogos) mungkin kos lebih mahal.
1. Tentatif kami ke Kashmir
Day 1 – Delhi – Srinagar
Day 2 – Pahalgam (mini Swiss)
Day 3 – Sonamarg (Glacier)
Day 4 – Srinagar – Delhi
Biasanya orang lain 5 hari 4 malam, ada sehari lagi ke Gulmarg (ski & gondola). Kami 4 hari je sebab 4 hari sebelum tu kami ke Delhi & Agra.
2. Flight & Visa
KL – Delhi kami naik Malindo (RM 600 seorang/return). Kemudian dari Delhi ke Kashmir (Srinagar) dengan Indigo (RM 400 seorang/return).
Kami pilih Indigo sebab dah include luggage 15kg tapi kena tukar terminal. Boleh tengok juga Air India, ada luggage & tak perlu tukar terminal.
Kalau sampai Delhi malam & flight ke Srinagar pagi seterusnya boleh stay kat airport je. Ada banyak kerusi nak tidur (tak boleh baring) & tempat nak charge phone pun ada.
Sebaiknya biar ada gap yang lama untuk flight seterusnya. Flight kami Srinagar – Delhi delay dalam 2 jam jugak tanpa notis. Nasib baik flight ke KL tu malam.
Jangan lupa buat visa India RM 180. Details kat sini: Visa India
3. Internet
Kalau nak ke Kashmir je tak perlu beli simkad bila sampai Delhi sebab sampai Kashmir, simkad tu tak boleh guna pun. Cari penginapan hotel yang ada wifi.
Jangan lupa bawa adapter & extension untuk charging. Bawa extension sebab senang nak charge semua sekali.
4. Penginapan / Accommodation
Boathouse sangat terkenal di Kashmir. Nak yang murah kat area Dal Lake. Nak mewah boleh cuba dekat Negin Lake.
Penginapan, kami dapat harga 1200 rupees (RM 75) 3 malam untuk triple room & private bathroom. Untuk ke boathouse tu kena naik shikara (boat).
Boleh tempah kat booking.com. Kekurangan boathouse yang kami stay ni adalah limited electricity & hot water. On pada masa tertentu je. Menggigil jugak bila suhu negatif.
Kalau nak merasa duduk boathouse boleh la untuk 1 malam saja. Lepas tu boleh duduk kat area bandar je. Senang nak jalan-jalan kat bandar. Lagipun bila dah malam susah nak dapat boat/shikara nak balik boathouse.
5. Transport
Airport transfer
Dari airport ke hotel boleh la tentukan masa siap-siap dengan pihak accommodation. Mereka akan tunggu dengan nama kat arrival. Kami kena charge 1200 rupees (RM 75) return. Airport ke bandar dalam 40 minit.
Masa nak balik tu pergi ke airport awal. Airport kecik tapi banyak check point & queue panjang.
Sekitar Bandar
Untuk di sekitar bandar boleh naik tuk-tuk, 50 rupees (RM 3) per trip. Kalau jauh sikit dalam 10 km, 100 rupees (RM 6)
Sekitar Dal Lake
Untuk ulang-alik bandar ke boathouse naik shikara 50 rupees (RM 3) per trip. Untuk pusing Dal Lake semasa sunset, kami dapat harga 150 rupees (RM 9) untuk 2 jam.
Pahalgam & Sonamarg
Untuk ke tempat yang jauh boleh ambik teksi kat Tourist Taxi Stand (depan Dal Lake).
Mereka dah letak harga tapi boleh runding lagi. Harga yg kami dapat hari tu 1800 rupees (RM 110) per trip.
Driver teksi ni merangkap tour guide sekali. Jadi banyak info pasal Kashmir dia cerita.
Kat Pahalgam & Sonamarg ni kena naik kuda. Harga dalam 850 – 1200 rupees (RM 52 – RM 75) seorang, tak termasuk tips.
6. Cenderamata / Souvenirs
Hari ahad kedai banyak tutup. Pada hari-hari biasa, kedai mula buka pukul 10 am, tutup seawal 7 pm. Ada juga peniaga & kedai tepi jalan yang buka sampai 9 pm.
Biasanya boleh tawar menawar sampai separuh harga dari harga asal tapi kalau kedai wholesale, memang harga dah tetap.
sekadar info, Ada local market (paling murah), dan tourist market & floating market (paling mahal).
Benda yang famous & murah kat Kashmir ni Saffron, Shawl Pashmina, Kehwa Tea, “Papier Mache” & Khasmiri Embroidery.
Kalau nak beli fridge magnet & keychain beli dengan peniaga kat tempat naik shikara Dal Lake je, harga lebih murah dari kat kedai.
7. Makan
99% muslim jadi tak perlu risau makan. Macam-macam ada. Ada juga accommodation yang sediakan homemade food dengan bayaran tambahan. Nak jimat lagi bawa maggi & brahim, boleh masak kat boathouse.
8. Contact Person
Kemaskini pada 14/11/2024.
Maaf kami terpaksa memadam contact person, kerana kami tidak pasti status semasa travel agent tersebut. Jadi, boleh cuba google sendiri untuk dapatkan travel agent di sana.
Kesimpulan
Semoga 8 Tips ke Kashmir ini dapat membantu anda untuk merancang trip melancong ke Kashmir nanti.
Very good info. Pls email me if any other information about kashmer