Harga Tiket Feri ke Pulau Redang

Harga Tiket Feri ke Pulau Redang | Pulau Redang antara destinasi pulau popular dan komersial di Malaysia. Dengan kecantikan pantai semulajadi, menjadikan Pulau Redang amat popular dengan snorkeling dan diving.

Bagi memudahkan anda untuk merancang percutian ke Pulau Redang, kami kongsikan serba sedikit maklumat tentang Pulau Redang dan juga harga tiket bot dan feri ke Redang. 

Waktu Sesuai untuk ke Pulau Redang

Pulau Redang mengalami musim angin monsoon antara November hingga Febuari setiap tahun dan kebanyakan resort ditutup untuk para pelancong.

Waktu yang sesuai untuk mengunjungi pulau perhentian ini adalah antara bulan Mac hingga Oktober kerana cuacanya yang panas dan hujan sekali sekala.

Waktu paling ramai atau peak season adalah pada bulan April – September.

4 Aktiviti Utama di Pulau Redang

1. Mandi-manda di sekitar persisiran pantai

Pantai Teluk Kalong
Pantai Teluk Dalam
Pantai Pasir Panjang

2. Snorkeling

Tanjung Tengah Redang
Tanjung Mak Cantik
Taman Laut Redang

3. Scuba Diving

Tunnel Point
Tanjung Tokong
Tanjung Gua Kawah
Che Isa
Mak Cantik

4. Masuk Hutan (Jungle Trekking)

Bosan dengan pantai & laut, anda juga boleh ber-Jungle Trekking di Pulau Redang. Jom-jom!

Jeti ke Pulau Redang

Untuk pengetahuan anda, sebenarnya ada dua jeti untuk ke Pulau Redang. Jeti Merang & Jeti Shahbandar. Tengok dalam maps dibawah untuk lokasi yang tepat.

Center map
Traffic
Bicycling
Transit

1. Jeti Merang
Jeti Merang ini terletak hanya 30KM dari Airport Kuala Terengganu. Lebih kurang 45 minit perjalanan untuk sampai ke Jeti ini.

Apa yang penting, jangan tersalah pergi ke Jeti Marang. Jeti Marang untuk ke Pulau Kapas & Pulau Gemia.

Di Jeti ini, anda hanya boleh menggunaka servis bot sahaja. Masa perjalanan mengambil masa lebih kurang 45 minit –  1 jam sahaja untuk sampai ke Pulau Redang. Kalau laju, 30 minit pon dah sampai.

2. Jeti Shahbandar, Kuala Terenganu
Di sini, anda boleh naik feri, dan perjalan lebih kurang 1 jam 30 minit hingga 2 jam.

Terletak 12KM dari airport Kuala Terengganu. Lebih kurang 20 minit perjalanan untuk sampai ke jeti.

Harga Tiket Feri ke Pulau Redang

 

Tolong vote! TQ 🙂

Kalau ada satu website yang boleh tempah tiket bot secara online, korang nak ke?

View Results

Loading ... Loading ...

Harga sama sahaja untuk kedua-dua jeti. Yang bezanya, adalah kalau naik di Jeti Merang, waktu perjalanan lebih cepat. Untuk anda yang mabuk laut, boleh naik speedboat di Jeti Merang.

Harga parking kereta di kedua-dua jeti ini adalah berharga RM10 sehari.

1. Feri di Jeti Shahbandar (SEJAHTERA FERRY SERVICES)

Harga Tiket Feri ke Pulau Redang
Sumber Gambar: Facebook Sejahtera Ferry Services

Dewasa: RM110 pergi balik
Kanak-kanak: RM60 pergi balik

Waktu Perjalanan
Jeti Syahbandar ke Pulau Redang: 9:00 AM , 10:30 AM, 3:00 PM
Pulau Redang ke Jeti Syahbandar: 7:00 AM, 11:00 AM, 1:00 PM

1 Jam 30 minit – 2 jam perjalanan.

Feri ini akan berhenti di dua lokasi di Jeti Pulau Redang, iaitu Pasir Panjang & Jeti Kampung.

2. Bot di Jeti Merang

Bot Jeti Merang ke Pulau Redang

Dewasa: RM110 pergi balik
Kanak-kanak: RM60 pergi balik

Waktu Perjalanan
Jeti Merang ke Pulau Redang: 9:00 AM hingga 3:00 PM
Pulau Redang ke Jeti Merang: 9:00 AM hingga 3:00 PM

45 minit –  1 jam perjalanan

Kalau anda nak tempah terus bot di Jeti Merang, anda boleh hubungi En.Azhar di talian ini: +60 19-918 1990 atau klik jer button whatsapp di bawah ni:

WHATSAPP

 

Nota: Pergi awal ke jeti. Kadang-kadang jadual perjalanan di jeti tidak menentu.

Lain

Pakej Pulau Redang

Harga Tiket Feri ke Pulau Redang
4.9 (97.14%) 7 votes

Komen

Be the First to Comment!

  Subscribe  
Notify of