Harga Tiket Bot ke Pulau Perhentian 2018

Harga Tiket Bot ke Pulau Perhentian | Pulau Perhentian boleh dikatakan antara pulau tercantik di Terengganu. Percutian ke sini memerlukan plan yang awal, kalau lambat, penuhlah jawabnya.

Plan yang paling utama selain tiket bot adalah penginapan anda di sana nanti. Hari minggu yang paling cepat penuh. Nak pergi hari minggu kena cepat-cepat tempah penginapan.

Untuk melihat hotel @ resort yang awesome di Pulau Perhentian, anda boleh lihat di artikel berikut:

  1. Senarai Resort di Pulau Perhentian Kecil
  2. Senarai Resort di Pulau Perhentian Besar
  3. Hotel Terbaik di Pulau Perhentian

Dari segi pengangkutan bot untuk ke Pulau Perhentian tiada masalah sangat, anda boleh sahaja walk-in beli di Jeti Kuala Besut.

Namun begitu, bagi kemudahan susunan plan anda, kami kongsikan maklumat harga tiket bot ke Pulau Perhentian. Boleh la bajet-bajet.

harga tiket bot ke pulau perhentian

Harga Tiket Bot ke Pulau Perhentian 2018

Jeti Kuala Besut – Pulau Perhentian

Dewasa: RM 70 pergi balik
Kanak-kanak: RM 35 pergi balik

Waktu Perjalanan Bot
Dari Jeti Kuala Besut: 8 AM, 9, 10, 11, 12 PM, 1, 2, 3, 4, 5PM
Dari Pulau Perhentian: 8 AM, 9, 10, 11, 12 PM, 1, 2, 3, 4, 5PM

BOOK ONLINE
Tempah Tiket Bot ke Pulau Perhentian Secara Online Untuk Diskaun Lebih

Website: www.besutjetty.com
Diskaun: 2% untuk tempahan minimum 2 orang, tiket pergi dan balik.

CONTOH: 2 Adult 1 Child (Return Tiket)
Total Adult: 2adult x RM35 x 2return = RM140
Total Child: 1child x RM17.50 x 2return = RM35

SUB-TOTAL: RM175
2% automatik diskaun: -RM3.50

TOTAL: RM171.50
Anda jimat RM3.50 dengan tempahan secara online ini.

BOOK ONLINE

Tiket boleh beli di kaunter tiket Jeti Kuala Besut. Ataupun anda boleh ambil Pakej Pulau Perhentian dengan Perhentian MJ. Pakej sudah termasuk tiket bot pergi balik.

Masa perjalanan Jeti Kuala Besut dari/ke Jeti Pulau hanyalah mengambil masa diantara 30 minit hingga 1 jam sahaja.

Waktu Sesuai untuk ke Pulau Perhentian

Pulau perhentian ini dibuka pada bulan Mac hingga Oktober kerana cuacanya yang hangat hujan sekali sekala. Ombak tak kuat.

Waktu paling sesuai dan paling ramai dari bulan April Hingga September.

Cara ke Pulau Perhentian dari Kuala Lumpur

1. Flight
Dengan menaiki pesawat anda disarankan turun di Airport Kota Bharu memandangkan masa perjalanan ke Jeti Besut hanyalah mengambil masa 45 minit hingga 1 jam sahaja.

Cara mudah untuk ke Jeti Kuala Besut dari Airpot Kota Bharu (KBR)

  • Mini Van – RM 25  / pax/way – Boleh tempah online di www.besutjetty.com (pilih land tranfers)
  • Guna Grab. Harga RM 68-70
  • Ambil teksi di dalam Airport. Harga RM78
  • Teksi diluar Airport. Pandai cakap, boleh dapat murah. Ada yang bagi serendah RM60 satu teksi. JANGAN nego bawah dari RM 60! Dia pun nak cari makan juga. 🙂

Jika dari Airport Kuala Terengganu, mengambil masa 2 Jam lebih untuk sampai ke Jeti Kuala Besut.

2. Bas
Boleh turun di Stesen Bas Jertih dan ambil teksi.

3. Kereta Api
Boleh turun di Stesen Kereta Api Tanah Merah, Kelantan dan ambil teksi.

4. Kereta
Bawa kereta sendiri? Anda boleh melalui Lebuhraya Pantai Timur (LPT) dan terus parking di Jeti Kuala Besut.

Harga parking di Jeti Kuala Besut: RM 10 Sehari

Jangan lupa singgah di Pantai Penarik untuk makan Ikan / Udang / Ketam / Sotong celup tepung. Murah-murah jer.

Admin suka pergi kedai ni, Hasnik Seri Menanti, antara kedai celup tepung yang terawal dibuka di Penarik. Sekarang ni dah banyak dah. Boleh pilih kedai yang mana korang suka.

Jarak lebih kurang 20 km sahaja dari jalan utama KL – Besut.

Pantai Penarik Celup Tepung

Aktiviti di Pulau Perhentian

Aktiviti utama di Pulau Perhentian adalah snorkeling. Apa yang anda dapat lihat semasa snorkeling di Pulau Perhentian adalah seperti penyu, ikan yu, ikan nemo, dan pelbagai ikan lain & juga batu karang.

Selain snorkeling, anda juga boleh bersantai di persisiran pantai, mandi manda dan boleh hiking ke kincir angin untuk melihat pemandangan yang cantik dan menghirup udara nyaman.

Nak lagi hebat, anda boleh cuba Scuba Diving. Antara tempat menyelam yang popular ialah Tokong Burung, Batu Nisan dan The Sugar Wreck. Boleh rujuk di sini: Scuba Diving

Pakej Bajet Pulau Perhentian

Menarik tentang pakej bajet ini adalah pakej ini sudah termasuk dengan Penginapan, Tiket Bot dan juga snorkeling trip.

Untuk pengetahuan, kalau dah nama pakej bajet ni, penginapan adalah hanya untuk keselesaan tidur sahaja. Apa yang penting, trip snorkeling yang paling utama!

Untuk dapatkan pakej fullboard anda boleh lihat di artikel ini: Senarai Pakej Pulau Perhentian

Lain-lain

Pulau Perhentian VS Pulau Redang

Harga Tiket Bot ke Pulau Perhentian 2018
5 (100%) 13 votes

14
Komen

7 Comment threads
7 Thread replies
0 Followers
 
Most reacted comment
Hottest comment thread
8 Comment authors
  Subscribe  
newest oldest most voted
Notify of
Bunny

Berapa lama ye perjalanan bot dari jeti – pulau/pulau – jeti?

anonymous

salam..mcm mne nk pergi ke pulau perhentian kecil dri perhentian besar ye? kalau ade bp tambang..? bp lame mase perjalanan

Wani

Harga bot nak ke pulau perhentian mmg fixed ke takleh nego ke?

Azrol

No fon

...

Assalam nk tye selain bot laju ada x feri atau bot nelayan ke pulau perhentian

NURUL AKMAR AHMAD

kalau dari airport terengganu? macam mana nak pergi ke jeti besut tersebut? berapa agak agak budget transportation nak ke sana?

Khalid

Harga tambang dr darat ke pulau RM70 pergi balik. maknanya pergi RM 70 dan balik RM 70 juga? sebab contoh… Read more »