Airport Kuala Terengganu ke Jeti Kuala Besut

Kebanyakan pelancong ke Pulau Perhentian yang menggunakan flight akan turun di Airport KB. Namun, ada juga turun di Airport Kuala Terengganu.

Kuala Terengganu ke Jeti Kuala Besut jauh sedikit.

Jarak dari Airport Kuala Terengganu (Lapangan Terbang Sultan Mahmud) ke Jeti Kuala Besut adalah kira-kira 100 km. Perjalanan menaiki kereta atau van biasanya mengambil masa sekitar 1 jam 30 minit, bergantung pada keadaan trafik dan cuaca.

Airport Kuala Terengganu ke Jeti Kuala Besut

Perkhidmatan Van Airport TGG ke Jeti Kuala Besut

Perkhidmatan van persendirian sesuai untuk pasangan, keluarga dan rombongan yang ingin ke Pulau Perhentian.

Pemandu akan mengambil penumpang di ruang ketibaan Airport Kuala Terengganu berdasarkan masa penerbangan yang diberikan semasa tempahan.

Kadar Harga Van Airport Kota Terengganu ke Jeti Kuala Besut

Pengangkutan Harga
1-4 Orang RM180
8 Seater Van RM300
12 Seater Van RM350
15 Seater Van RM400
Tempah Van ke Jeti Kuala Besut

Cara Membuat Tempahan

Tempahan awal amat digalakkan, terutamanya pada musim cuti sekolah dan hujung minggu. Untuk tempahan korang boleh beli di website www.besutjetty.com

Artikel Pilihan

    1. Snorkeling di Pulau Perhentian
    2. Bot ke Pulau Perhentian

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *