Tempat Menarik Sekitar Stesen ECRL Terengganu
Terengganu mempunyai enam stesen ECRL, iaitu Jerteh, Bandar Permaisuri, Kuala Terengganu, Dungun, Kemasik dan Cukai.
Kesemua stesen ECRL di Terengganu mempunyai daya tarikan tersendiri, dengan pelbagai tempat menarik yang boleh diterokai di kawasan sekitarnya.
Tempat Menarik Sekitar Stesen ECRL Terengganu

Berikut antara tempat menarik berhampiran stesen ECRL di Terengganu yang boleh anda kunjungi.
1. Stesen ECRL Jerteh
Stesen ECRL Jerteh terletak di kawasan Kampung Alor Keladi, kira-kira 9km dari Bandar Jerteh, atau sekitar 10-15 minit perjalanan dengan kereta.
ECRL Jerteh menjadi pintu masuk perlancongan dan pelbagai tarikan alam semula jadi di sekitarnya.
Antara tempat menarik yang boleh dikunjungi ialah:
Pulau Perhentian

Terkenal dengan pantai yang cantik, air laut jernih dan aktiviti snorkeling. Untuk tempahan bot dan pakej snorkeling ke Pulau Perhentian, anda boleh layari besutjetty.com.
Kalau sekadar nak snorkeling tanpa bermalam di pulau, boleh ambil Day trip Snorkeling ke Pulau Perhentian. Sesuai untuk yang nak pergi pagi dan balik pada hari yang sama.
Pantai Bukit Keluang

Pantai Bukit Keluang memang cantik untuk santai sambil menikmati suasana pantai. Kalau suka hiking, boleh naik sedikit ke atas bukit untuk tengok pemandangan laut, terutama waktu sunrise. Cantik!
Lata Tembakah

Kawasan air terjun dan rekreasi alam semula jadi yang memang cantik. Kalau nak dapatkan view yang lebih menarik, kena hiking lebih kurang 30 minit, tapi memang berbaloi bila dah sampai atas.
Kolam Air Panas La (La Hot Springs)

Terletak kira-kira 35 km dari Stesen ECRL Jerteh, tempat ini sesuai untuk berehat sambil menikmati kolam air panas semula jadi dalam suasana menghijau.
Kawasan kolam air panas di sini agak luas dan mempunyai banyak ruang untuk pengunjung duduk serta menikmati air panas. Jadi, suasananya lebih selesa dan tak perlu terlalu berebut tempat.
Jika nak bermalam boleh booking di lahotspring.mdbesut.gov.my
Lata Kolam Air Deru Ecopark

Lata Kolam Air Deru Ecopark sesuai untuk yang nak menikmati suasana hutan, air sungai yang sejuk dan aktiviti rekreasi alam semula jadi. Kawasan ini juga popular untuk mandi-manda, berkelah, berkhemah serta program keluarga dan aktiviti outdoor.
Untuk tempahan, pakej aktiviti dan maklumat terkini, boleh rujuk Facebook Lata Kolam Air Deru Ecopark.
2.Stesen ECRL Bandar Permaisuri
Bandar Permaisuri juga mempunyai pelbagai tarikan menarik, daripada pantai dan makanan tempatan hingga ke alam semula jadi serta akses ke Pulau Redang.
Pulau Redang

ECRL Bandar Permaisuri adalah stesen paling dekat untuk ke Pulau Redang. Dari sini, boleh terus ke Merang Jetty untuk naik bot ke pulau atau pilih day trip snorkeling kalau tak nak bermalam.
Bot dan Snorkeling boleh tempah di www.merangjetty.com
Pantai Penarik

Pantai Penarik memang terkenal dengan celup tepung, terutama sotong, udang dan ikan yang digoreng panas-panas.
Boleh je berhenti mana-mana kedai celup tepung dipesisir pantai. Semua terbaik. Tapi ada satu kedai legend, sudah lama bertapak iaitu Hasnik Seri Menanti. Harga berpatutan. Cuma bukan tepi pantai sahaja.
Kalau nak bermalam, ada juga beberapa resort dan chalet tepi pantai yang sesuai untuk santai sambil menikmati suasana laut.

Antara resort tepi Pantai Penarik yang boleh stay adalah Tijami Villa & Resort, Katsetiu Villas, Bayu Beach Penarek, Alur Galley Resort, Sekepeng Penarek dan banyak lagi.
3. Stesen ECRL Kuala Terengganu
Hanya sekitar 3 jam dari Gombak, Kuala Terengganu boleh jadi pilihan menarik untuk jalan-jalan atau bercuti hujung minggu bersama keluarga.

Tempat Menarik Sekitar Kuala Terengganu:
- Pasar Payang
- Kampung Cina
- Masjid Kristal
- Masjid Terapung
- Drawbridge
- Muzium Negeri Terengganu
- Pantai Batu Buruk
- Pulau Duyong
Turun di Stesen ECRL Kuala Terengganu, anda boleh ambil pakej Kuala Terengganu City Tour untuk berjalan-jalan sehari sekitar bandar. Biasanya ada pemandu yang akan bawa melawat beberapa lokasi menarik di Kuala Terengganu.

Jangan lupa singgah makan di Nasi Dagang Atas Tol kalau berada di Kuala Terengganu. Memang selalunya ramai orang, tapi nasi dagang di sini memang antara yang popular dan berbaloi untuk dicuba.
4. Stesen ECRL Dungun
Tempat menarik:
- Pantai Teluk Bidara
- Pantai Batu Pelanduk
- Pantai Rantau Abang
- Taman Rantau Abang
- Pulau Tenggol

Sekitar Dungun memang banyak kawasan pantai, jadi boleh juga bermalam di resort tepi laut. Antara pilihan yang popular ialah Tanjong Jara Resort dan Ulek Beach Resort, sesuai kalau nak santai sambil menikmati suasana pantai.
5. Stesen ECRL Kemasik
Tempat menarik:
- Pantai Kemasik
- Pantai Kerteh
- Pantai Teluk Lipat
Sekitar Kemasik dan Kijal juga terdapat beberapa resort tepi pantai. Antara pilihan yang popular ialah Resorts World Kijal, sesuai untuk yang nak bermalam sambil menikmati suasana pantai.
6. Stesen ECRL Cukai
Chukai memang terkenal sebagai antara kawasan utama industri minyak dan gas di Kemaman. Kawasan ini juga menjadi pusat komersial penting untuk pekerja dan syarikat yang berkaitan dengan sektor tersebut.
- Kemaman Zoo & Recreation Park
- Kemaman Blue Lake
- Pantai Teluk Mak Nik
- Pantai Kemasek
- Pantai Marina
- Masjid Hadhari
- Kawasan bandar Chukai
Kesimpulannya, bila ECRL beroperasi nanti, perjalanan ke Terengganu jadi lebih mudah untuk trip hujung minggu. Nak santai di pantai, makan-makan atau jalan-jalan bersama keluarga, memang banyak pilihan dari Besut sampai Kemaman.
Balik ke artikel utama >> Tempat Menarik Berdekatan Stesen ECRL.