Aktiviti Yang Anda Boleh Lakukan Sekitar Bukit Keluang
Bukit Keluang mempunyai tarikan tersendiri yang boleh memukau para pengunjung tempatan dan luar negara dengan keindahan dan keunikannya. Bukit ini terletak di Kuala Besut, Terengganu yang yang jaraknya 4 kilometer dari Pekan Kuala Besut.
Terdapat banyak aktiviti yang anda boleh lakukan di sana bersama rakan-rakan, mahupun keluarga tersayang. Yang paling hangat sekarang adalah aktiviti Paragliding di Bukit Bubus, berdekatan dengan Bukit Keluang. Selain paragliding, aktiviti lain juga apa lah kurang nya. Jom tengok:
Aktiviti Yang Anda Boleh Lakukan Sekitar Bukit Keluang
1. Paragliding
Paragliding bermaksud sejenis sukan di mana seseorang itu meluncur menggunakan payung terjun lebar setelah melompat dari satu ketinggian atau ditarik pada ketinggian tertentu. Untuk maklumat lanjut berkenaan aktiviti ini anda boleh lihat di artikel ini: Paragliding di Bukit Bubus berdekatan Bukit Keluang
2. Banana Boat ke Pulau Rhu
Aktiviti menaiki banana boat dekat Bukit Keluang ini masih lagi baru, dan memang menarik untuk dilakukan dengan kawan-kawan. Sedikit informasi, Banana Boat ini boleh dinaiki seramai 6-7 orang pada satu-satu masa dengan bayaran serendah RM10 seorang. Segala tempahan boleh hubungi: 013-977 9677
3. Hiking di Bukit Keluang: View Sunrise (Matahari terbit)
Puncak Bukit Keluang yang landai memanjang di tepi jurang sebelah laut sepanjang laluan bercerunan antara 80 hingga ketinggian 90 darjah panjang kemuncak lebih kurang 1.5 km. ketinggian Bukit keluang lebih kurang 200 meter atau 600 kaki saja. Pendakian hanya mengambil masa 30 minit sahaja untuk sampai ke puncak. Waktu sesuai untuk memulakan pendakian adalah pada pukul 6.30 pagi, selepas subuh.
4. Mandi Manda di Pesisir Pantai
Pantai di Bukit Keluang, sememangnya cantik dan jernih. Kerjernihan airnya dan ombak yang tidak begitu kuat, memang sesuai untuk bermandi manda. Boleh kata best la. Di sarankan mandi selepas hiking, Syok woooo… dah-dah jom jala-jalan di bukit keluang.
Nice review.thanks for sharing