Paragliding di Bukit Bubus berdekatan Bukit Keluang

Paragliding mulai popular di Malaysia, boleh dikatakan aktiviti yang patut dicuba oleh setiap orang. Apa itu paragliding sebenarnya, mesti tertanya-tanya. Bagi yang belum mengetahui, paragliding bermaksud sejenis sukan di mana seseorang itu meluncur menggunakan payung terjun lebar setelah melompat dari satu ketinggian atau ditarik pada ketinggian tertentu.

Terdapat beberapa lokasi rasmi paragliding di Malaysia seperti Bukit Jugra di Banting, Gunung Ledang, Bukit Chendering di Terengganu, Bukit Sendayan di Negeri Sembilan dan beberapa lokasi lain. Dan yang terbaru adalah di Bukit Bubus, Besut, Terengganu.

paragliding di bukit bubus

Kota Putera Paragliding Park

Kota Putera Paragliding Park di Bukit Bubus, dan berdekatan dengan Bukit Keluang Terengganu. Apa yang menarik dengan sukan paragliding ini, peminat boleh berada di awangan mencecah 300 hingga 500 meter daripada paras laut. Pada paras tersebut, anda dapat menikmati keindahan panorama jajaran Bukit Kluang dan Laut China Selatan yang terbentang luas, Rasainya sekarang di Kota Putera Paragliding Park!

Harga Paragliding di Kota Putera Paragliding Park

Dengan bayaran hanya RM100 anda dapat terbang 10 hingga 15 minit, malahan turut di sediakan Kamera GoPro, anda bolehlah untuk ber’selfie’ sepuas-puasnya di udara untuk di jadikan kenangan, pastikan bawa pendrive atau laptop untuk di ‘Transfer’.

Waktu Operasi Kota Putera Paragliding Park

Waktu operasi kebiasaan pada hari Jumaat dan sabtu, dan jika ingin membuat tempahan khas pada hari-hari lain bolehlah berbincang dengan pihak pengurusan Kota Putera Paragliding Park.

Lokasi Maps

Panorama bukit di tepi laut cina selatan

22200 Kampong Raja, Terengganu, Malaysia

Cara ke Kota Putera Paragliding Park

Untuk datang ke Kota Putera Paragliding Park ini anda perlulah ke Kg Tembila Besut Terengganu, melalui jalan Taman Ilmu Besut terus ke pantai masuk ke lapang sasar Bukit Bubus.

Hubungi

Mobile: 012-815 1596 (Ustaz Asnawi Mohd Hassan)
Lokasi: Bukit Bubus, Tembila, Besut
Bayaran: RM 100 (termasuk kenderaan ke puncak Bukit, Pakej Pinjaman GoPro)

kredit: Beautiful Terengganu

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

2 Komen di “Paragliding di Bukit Bubus berdekatan Bukit Keluang”