Kos Bajet ke Pulau Perhentian – Mudah je

Bajet ke Pulau Perhentian | Kalau korang nak pergi Pulau Perhentian, mesti korang cari kos bajet ke sana dulu kan. Mesti cari yang paling murah kan baru jimat!

Ok, pada kali ini, admin nak kongsikan kos paling jimat ke Pulau Perhentian untuk 3 hari 2 malam.

Bajet ke Pulau Perhentian

Bajet kos ini dikira berdasarkan 2 orang. Kalau ramai lagi murah.

1. Penginapan

Untuk penginapan korang boleh tempah di booking.com, atau boleh tengok senarai resort di artikel ini: Resort di Pulau Perhentian Besar & Resort di Pulau Perhentian Kecil. Purata harga resort – RM99 hingga RM504

Yang paling murah dan jimat, Flora Bay 1. Kami semak di booking.com, RM99 boleh dapat untuk satu malam. Tapi bergantung pada tarikh kita pilih juga. Hari minggu mahal la sikit.

RM198 untuk 2 malam bermakna, RM99 sahaja untuk seorang dan dua malam. Murah la tu. Benda murah cepat penuh, jadi korang kena booking awal-awal. Nanti melepas.

2. Pengankutan Bot

Gambar Hiasan

Untuk servis bot, korang juga boleh tempah online je. Kos lebih kurang RM70 pergi dan balik.

Korang tempah di https://www.besutjetty.com. Tempah online, dia bagi diskaun lagi 2% untuk minimum 2 orang tiket pergi balik.

Jadi kalau korang pergi berdua, kos tiket bot ke Pulau Perhentian adalah:
Tiket pergi balik RM70 x 2 orang = RM140
– 2% Diskaun : RM2.80
– Guna Promo Kod (PROMO5) : RM5

Jumlah keseluruhan: RM132.20 sahaja untuk tiket bot.

3. Snorkeling Trip

Kebiasaannya, snorkeling trip harga seorang RM40 seorang. Boleh ambil di Terminal Jeti Kuala Besut ataupun ambil pakej snorkeling dengan resort korang menginap nanti.

Jadi kos untuk 2 orang, berjumlah RM80 sahaja.

4. Makan

Untuk makan ni, korang boleh bawa makanan sendiri juga, contoh roti ke. Baru jimat. Makan disana korang bajet RM50 untuk 3 hari 2 malam. 2 Orang RM 100.

RUMUSAN

Rumusan ini berdasarkan pengiraan di atas. Mungkin berbeza mengikut pemilihan resort dan juga tarikh pergi.

KOS Untuk 2 orang untuk 3 hari 2 malam:

Penginapan Resort RM 198
Bot RM 132.20
Snorkeling RM 80
Makan RM 100
Lain-lain RM 50
TOTAL RM 560.20
Seorang
RM 280.10

Ini sebagai rujukan korang sahaja. Nak murah lagi, pergi 2 hari 1 malam 🙂

Semoga artikel ini, membantu korang untuk plan paling jimat untuk ke Pulau Perhentian.

Baca Juga: Trip Student ke Pulau Perhentian 3 Hari 2 Malam (Walk-in travel)

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

5 Komen di “Kos Bajet ke Pulau Perhentian – Mudah je”