Pakej Tasik Kenyir 2024 – Pakej Houseboat

Pakej Tasik Kenyir 2024 | Tasik Kenyir adalah antara tempat menarik di Terengganu untuk kita terokai, dengan keindahan alam semulajadi yang sungguh indah dan suasana yang tenang jauh dari kebisingan kota.

Nak lihat pakej terus klik di sini

Saksikan gambar-gambar sekitar Tasik Kenyir, yang mungkin menjadi destinasi percutian anda nanti:

Sumber Gambar: pelancongan-terengganu

Gambar Houseboat ada di bawah –> Gambar Houseboat

Ringkasan Info Tentang Tasik Kenyir

Terengganu, Malaysia

Terengganu, Malaysia

21700 Kuala Berang, Terengganu, Malaysia

Kenyir Hulu Terengganu, Malaysia

Pintu masuk atau kata mudah adalah Jeti untuk ke Tasik Kenyir

Tasik Kenyir terkenal sebagai destinasi pelancongan di dunia. Keindahan alam semulajadinya yang terdiri daripada tasik, sungai, jeram, air terjun yang kaya dengan spesis ikan air tawar, banjaran bukit, gunung ganang, gua-gua, hutan-hutan yang diliputi flora & fauna eksotik menjadikan khazanah yang sangat bernilai untuk diterokai dan dikunjungi.

  • Tasik Kenyir terletak di Hulu Terengganu, kira-kira 60 KM dari bandar Kuala Terengganu.
  • Keluasan kawasan Tasik Kenyir ialah 260 km persegi.
  • Terdapat 340 buah pulau di sekitar tasik ini yang pada asalnya ialah kemuncak bukit yang tidak ditenggelami air.
  • Tasik Kenyir ini adalah tasik buatan manusia terbesar di Asia Tenggara yang terbina hasil pembinaan Empangan Kenyir pada tahun 1985.
  • Terdapat 14 air terjun dan antara air terjun yang pasti menggamit hati pengunjung ialah air terjun lansir, Petuang Rapid, Tembat, Lata Terap, Air Terjun Soak, Petang dan Sungai Buweh.
  • Terdapat dua buah gua sekitar tasik kenyir iaitu Gua Bewah & Gua Taat. Gua-gua ini merupakan gua yang penuh dengan bahan-bahan sejarah.

Maklumat lanjut tentang Tasik Kenyir, anda boleh baca di artikel ini: Destinasi > Tasik Kenyir

Pelbagai aktiviti yang boleh dilakukan di Tasik Kenyir, seperti memancing, berkayak, mandi-manda, BBQ, bermain di taman air, dan juga bermalam di Houseboat.

Pakej Tasik Kenyir – Bermalam di Houseboat

Selain dari Waterpark, bermalam di Houseboat Tasik Kenyir 3 hari 2 malam juga dapat memberikan percutian yang berbaloi-baloi.

Sebelum whatsapp, kalau boleh tengok maklumat pakej di bawah terlebih dahulu, awak senang kami senang πŸ™‚ klik di sini

Nota:
– Gambar Houseboat ada di bawah, boleh scroll ke bawah

WHATSAPP

Tentatif Pakej Tasik Kenyir

Tentatif ini hanya untuk rujukan sahaja. tertakluk kepada perubahan dan perbincangan. Kebiasaanya, Tentatif di Houseboat Tasik Kenyir adalah seperti berikut:

Tentatif 2H1M

Hari Pertama

08:30 AM Berkumpul di Pengkalan Gawi
10:00 AM Bertolak dari Jeti Pangkalan Gawi
12:00 PM Makan Tengahari
01:00 PM Air Terjun Langsir
04:00 PM Memancing / Aktiviti Bebas
07:00 PM Makan Malam @ BBQ, Berehat

Hari Kedua

06:00 AM Bersiap dah solat
07:30 AM Sarapan pagi
08:30 AM Taman Herba ATAU Kelah Sanctuary *
10:00 AM Bertolak balik ke Jeti
12:00 PM Sampai di Jeti, Makan Tengahari dan Bersurai
Tentatif 3H2M

Hari Pertama

08:30 AM Berkumpul di Pengkalan Gawi
10:00 AM Bertolak dari Jeti Pangkalan Gawi
12:00 PM Makan Tengahari
01:00 PM Air Terjun Langsir
04:00 PM Memancing / Aktiviti Bebas
07:00 PM Makan Malam, Berehat

Hari Kedua

06:00 AM Bersiap dah solat
07:30 AM Sarapan pagi
08:00 AM Kelah Sanctuary *
01:00 PM Solat dan makan tengahari
02:30 PM Air Terjun Saok & Parking Bot
06:00 PM Memancing & Santai
08:00 PM BBQ

Hari Ketiga

06:00 AM Bersiap dah solat
07:30 AM Sarapan pagi
08:30 AM Taman Herba
10:00 AM Bertolak balik ke Jeti
12:00 PM Sampai di Jeti, Makan Tengahari dan Bersurai

* Kelah Sanctuary @ Tasik Kenyir

  • Maksimum 100 orang pengunjung untuk satu hari
  • Tempah awal dibuka untuk 80 orang, 20 orang boleh beli di sana
  • Waktu lawatan bermula 9.00 pagi hingga 12 tengah hari sahaja setiap hari.
  • Harga Dewasa: RM15, Kanak-kanak RM8
  • Buka Mac – Oktober
  • Tutup Nov – Feb
  • 1 Jam lebih perlananan pergi & 1 jam lebih perjalanan balik.
  • Bermain dengan kelah lebih kurang 30 minit sahaja.
  • Sesuai untuk yang minat lasak
  • Kurang sesuai untuk family & kanak-kanak

Harga Pakej Tasik Kenyir

Terdapat 2 jenis pakej yang kami tawarkan, iaitu:

  1. Pakej Tasik Kenyir @ Houseboat Permata 1 (Max 25 PAX)
  2. Pakej Tasik Kenyir @ Houseboat Permata 2 (Max 25 PAX)

Keseluruhan pakej adalah sama, hanya berbeza keluasan houseboat sahaja. Permata 2 adalah lebih besar sedikit dari Permata 1. Dan Permata 2 baru sahaja dikeluarkan pada bulan Nov 2017.

Harga Termasuk:

βœ… 2 DORM (10 orang untuk 1 dorm)
βœ… 2 BILIK VIP (Muat 3 orang untuk 1 bilik)
βœ… Ruang TV & Karoke (Indoor activities)
βœ… Ruang BBQ
βœ… Ruang Santai (Balcony full seaview?)
βœ… Ruang Dapur dengan semua kelengkapan memasak
βœ… Ruang Makan
βœ… Ruang Memancing (Outdoor activities)
βœ… 2 Speed boat kecil (muat 3 / 4 orang)
βœ… GUIDE & CREW yangΒ  profesional dan berpengalaman mengendalikan houseboat

Tips untuk pemilihan pakej Tasik Kenyir

  • Untuk yang minat masak, boleh bawa makanan sendiri dan masak sendiri. lebih jimat.
  • Boleh ambil pakej 3 hari 2 malam, lebih santai dan relax menyusuri tasik kenyir kelak.

Gambar Houseboat Tasik Kenyir

Sebelum tu, berikut adalah gambar-gambar houseboat yang anda akan menginap nanti:

Dan berikut adalah senarai Pakej Tasik Kenyir houseboat

Pakej Tasik Kenyir @ Houseboat Permata 1

2 Hari 1 Malam
Pakej 1: Sewa dan penginapan sahaja – RM 2000
Pakej 2: Sewa, penginapan, Pakej Makan & BBQ Dinner – RM 4600
3 Hari 2 Malam
Pakej 3: Sewa dan penginapan sahaja – RM 4000
Pakej 4: Sewa, penginapan, Pakej Makan & BBQ Dinner – RM 9200

Pakej Tasik Kenyir @ Houseboat Permata 2

2 Hari 1 Malam
Pakej 5: Sewa dan penginapan sahaja – RM 2200
Pakej 6: Sewa, penginapan, Pakej Makan & BBQ Dinner – RM 4800
3 Hari 2 Malam
Pakej 7: Sewa dan penginapan sahaja – RM 4400
Pakej 8: Sewa, penginapan, Pakej Makan & BBQ Dinner – RM 9600

Cara Tempah Pakej Tasik Kenyir Houseboat

Copy maklumat ini dan hantar ke whatsapp di bawahNama: Ahmad
Pakej No: Pakej 1
Tarikh: 1 Mac 2024Jumlah Pax: 20WHATSAPP

Lain-lain

  1. Pakej Pulau Perhentian

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

35 Komen di “Pakej Tasik Kenyir 2024 – Pakej Houseboat”

    1. harga ikut houseboat

      3 Hari 2 Malam
      Pakej 3: Sewa dan penginapan sahaja – RM 3600
      Pakej 4: Sewa, penginapan, Pakej Makan & BBQ Dinner – RM 8200

      Pakej 7: Sewa dan penginapan sahaja – RM 4000
      Pakej 8: Sewa, penginapan, Pakej Makan & BBQ Dinner – RM 8600

      Untuk tempahan boleh wasap kami di sini https://wasap.pakej.my/tasikkenyir

  1. Hi, kami ada 29 pax Termasuk bayi dan kanak2. Saya nak bertanya, adakah bayi dan kanak2 yg bawah 6 tahun juga dikira?

  2. Ada ke pakej yang boleh join team lain? Maksudnya kami 2@3 sahaja, nak sewa satu houseboat tak la tak ramai kami, so ada ke pakej yang join dengan team lain?