Tempat Menarik Untuk Team Building di Selangor

Tempat Menarik Untuk Team Building di Selangor | Bagi anda yang inginkan percutian singkat untuk family day, team building activity dan reunion yang tidak jauh dari ibu kota KL, boleh lah jenguk jenguk tempat penginapan yang menarik untuk percutian di kawasan Selangor ini.

Semoga artikel ini boleh dijadikan panduan kepada anda memilih lokasi yang menarik dan sesuai untuk aktiviti anda kelak.

Tempat Menarik Untuk Team Building di Selangor

1. IMPIAN RIMBA RESORT

Hanya 45 minit perjalanan daripada Kuala Lumpur.Terletak didalam kawasan dusun buah-buahan seperti durian, tampoi, rambutan, duku langsat, kundang dan pulasan.

Dengan suasana yang santai dikelilingi tumbuhan hijau, deruan sungai yang mengalir,keindahan alam semula jadi sesuai untuk merehatkan minda dari kesibukan kerja malah dapat meluangkan masa bersama ahli keluarga.

Terdapat pelbagai kemudahan yang disediakan untuk keselesaan para pengunjung antaranya chalet, dewan, restoran, surau, bilik mandi dan tandas. Aktiviti seperti Perkelahan Harian, Hari Keluarga, Seminar, Kursus, Teambuilding, Kem Motivasi, Majlis Perkhawinan dan lain-lain aktiviti berkumpulan.

42 unit chalet berkonsep Studio (Studio Type) terdiri daripada 2 jenis  dan 5 unit dorm yang juga terdiri daripada 2 jenis. Keseluruhan chalet dan dorm ini boleh memuatkan hampir 200 orang pengunjung

IMPIAN RIMBA RESORT ENTERPRISE
Lot 8944, Batu 22, Jalan Pangsoon,
Hulu Langat, 43100 Selangor.
Tel : 03 – 90211221 Fax : 03 – 90211217
Haji Ishak : 019 – 223 5304
Diyana : 017 – 5391300
E-mail : [email protected]
Facebook: https://www.facebook.com/impianrimbaresort/

2. SRI DAMAI RESORT, HULU SELANGOR

Resort ini berkonsepkan sederhana mewah dengan kemudahan penginapan dorm dan chalet yang agak exclusive menjadikan ianya tempat yang sesuai untuk program hari keluarga dan perkumpulan.

Terdapat dewan terbuka yg boleh memuatkan lebih kurang 100 pax, boleh digunakan untuk pelbagai aktiviti.

Lokasi: Sri Damai Resort 
640 Kampung Pasir Putih, Kalumpang 44100 Kerling
Selangor Malaysia
+6017-3161213
Facebook: https://www.facebook.com/sridamairesort/

3. D’SUNGAI LEPOH CHALET & KEM

Sungai Lepoh Hulu Langat menyediakan pelbagai fasiliti untuk pengunjung harian ataupun yang ingin bermalam di sini. Sesuai juga untuk diadakan aktiviti team building berskala kecil sahaja.

D’ SUNGAI LEPOH CHALET & KEM

Lot 3461, Batu 21 ½ Kg. Kuala Pangsun
43100 Hulu Langat Selangor D.E.

Sebarang Pertanyaan, Hubungi :-
En. Azmi – 019-272 4714, Amylia – 0129912769
Email : [email protected]
Facebook: https://www.facebook.com/dsungailepohchalet/

4. AGROTEK GARDEN RESORT

Resort ini menyediakan 6 jenis chalet yang berjumlah 62 buah keseluruhannya dan dormitory.

Terdapat pelbagai kemudahan seperti restoran, kolam renang, surau, dewan, wakaf dan tempat bbq.

Sangat sesuai untuk aktiviti family day, kursus, seminar, reunion dan lain lain lagi. Anda juga boleh mencuba beberapa aktiviti yang disediakan menarik seperti mandi sungai, jungle trekking dan berenang.

AGROTEK GARDEN RESORT
Sungai Semungkis, Batu 14 1/2, 43100 Hulu Langat, Selangor Darul Ehsan.

Email: [email protected]
Hotline: 010-4365477 (Pegawai Pemasaran) 03-90216541 / 7935 /6596
Facebook: https://www.facebook.com/agrotekgardenresort/

5. SINGGAH SANTAI RESORT

Singgah Santai Resort direka untuk memberi latihan kepada pembangunan manusia untuk tenaga kerja agensi kerajaan dan juga sektor swasta.

Kebiasaanya resort ini dijadikan tempat untuk hari keluarga, aktiviti sukan tahunan, motivasi diri, pembinaan pasukan dan lain-lain.

Terdapat 16 unit chalet, 2 unit homestay dan 2 blok dorm disediakan dan memuatkan 250 orang pengunjung dalam satu masa.

Antara kemudahan yang disediakan ialah kolam renang, surau, dewan, cafeteria, tempat bbq dan wakaf.

SINGGAH SANTAI RESORT (00294404-U)
Lot 7141, Jalan Felcra Semungkis, Sungai Gahal, Batu 14, 43100 Hulu Langat,Selangor Darul Ehsan.

Contact :   017 – 7034724 / 013 – 372 6065
Email : [email protected]
Facebook: https://www.facebook.com/santairesort/

6. KALUMPANG RESORT AND TRAINING CENTRE

Mempunyai lebih dari 70 unit chalet yang di bina dengan cantuman eleman semulajadi dan moden.

Di Kalumpang Resort ini juga turut mempunyai penginapan asrama bagi pengunjung yang datang dalam kapasiti yang ramai dan tapak perkhemahan untuk mereka yang sukakan aktiviti outdoor.

Terdapat juga kemudahan seperti kafe, surau, tandas awam, mini zoo, taman permainan, kolam mandi, taman rekreasi, padang dan sebagainya.

Malah ia turut dilengkapi dengan dewan sebagai memenuhi kehendak pengunjung yang ingin menjalankan latihan.

KALUMPANG RESORT & TRAINING CENTRE
Lot 426 & 427 Jalan Sg Inki,Kg Pasir Putih, Kalumpang
44100 Kerling, Hulu Selangor Selangor Darul Ehsan.

Tel     : (+603) 6049 1969 (8.00 am – 10.00 pm)
Fax    : (+603) 6049 1087
Email : [email protected] @   [email protected]
Facebook: https://www.facebook.com/Kalumpang-Resort-And-Training-Centre-267084273354828/

7. CAMAR LAUT RESORT

Resort Camar Laut yang juga dikenali sebagai Pusat Latihan LKIM adalah sebuah pusat latihan dan juga resort percutian yang diuruskan oleh Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM).

Bermula sebagai tapak penetasan udang harimau, dan seterusnya dibangunkan menjadi sebuah pusat latihan dan resort percutian sejajar dengan hasrat kerajaan memajukan industri agro-pelancongan.

Terdapat kemudahan dan aktiviti seperti dewan, bilik mesyuarat, café, kolam renang, tempat bbq, sewa basikal dan gelanggang badminton ada disediakan di resort ini.

Chaletnya sangat cantik dan luas sangat sesuai untuk aktiviti hari keluarga, reunion, kursus dan seminar.

CAMAR LAUT RESORT

Bagan Lalang, 43950 Sungai Pelek, Selangor.
TEL : 03-3141 1912, 03-3141 1915  FAX : 03-3141 1924
Reservation Hours : 8:00 am – 10:00 pm
Website: http://camarlaut.com.my/
Email : [email protected]
Facebook: https://www.facebook.com/camarlautlkim/

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

4 Komen di “Tempat Menarik Untuk Team Building di Selangor”

    1. maaf buat masa sekarang kami tidak buat sebarang pakej. Boleh terus berhubung dengan resort yang disenaraikan di atas. 🙂

  1. Ingin mendapatkan sebutharga team building. Cadangan tarikh pada 3-6 September 2022 untuk 60 pax.

    1. Maaf buat masa sekarang kami, kongsi info sahaja. untuk pertanyaan boleh berhubung secara terus dengan resort/hotel tersebut.