Lombok

Pakej Lombok Indonesia

Lombok merupakan tempat perlancongan kian popular di kalangan rakyat Malaysia. Keindahan alam semula jadi membuat pelancong yang pernah ke sana sentiasa merinduinya. Kini, Lombok juga menjadi salah satu icon destinasi untuk berbulan madu.

Pada 21 Oktober 2015, dalam persaingan dunia The World Halal Travel Summit / Exhibition 2015 di Abu Dhabi, United Arab Emirates, Lombok telah memenangi gelaran sebagai World’s Best Halal Tourism Destination dan World’s Best Halal Honeymoon Destination.

Tidak hairan bila Lombok menjadi salah satu pemenang pertandingan eksklusif tersebut. Ini kerana destinasi percutian Lombok memang indah sekali, sebut sahaja Lombok, bermain difikiran kita adalah diantaranya Gunung Rinjani, Pantai Senggigi, Taman Narmada, Air Terjun Sendang Gile, Gili Trawangan, Pantai Kuta Lombok, Pantai Sire, Hutan Monyet Pusuk, dan berbagai lokasi surfing serta diving. Rugi kalau tidak alaminya sendiri. Lombok memang indah.

Informasi Tentang Lombok, Indonesia

Lombok merupakan sebuah pulau di kepulauan Sunda Kecil atau Nusa Tenggara yang dipisahkan oleh Selat Lombok dari Bali di sebelat barat dan Selat Alas di sebelah timur dari Sumbawa.

Pulau Lombok ini mempunyai keluasan 4,725 km². Dan Mataram merupakan bandar utama yang terdapat di pulau ini.

Penduduk Pulau Lombok pada tahun 1990 adalah seramai 2,403,025 orang. Lebih kurang 80% penduduk pulau ini adalah terdiri daripada suku Sasak, sebahagian besarnya memeluk agama Islam. Di kalangan mereka terdapat sebuah golongan yang menganuti agama Islam tempatan yang dipanggil Wetu Telu. Baki penduduk di Pulau Lombok adalah orang Bali, Jawa, Cina dan Arab.

Di Lombok juga, terdapat Gunung Berapi Rinjani yang mempunyai ketinggiannya setinggi 3,726 meter di atas permukaan laut, iaitu gunung ketiga tertinggi di Indonesia.

MAPS – Lombok

Nusa Tenggara Bar., Indonesia

Tanak Awu, Pujut, Lombok Tengah, Nusa Tenggara Barat, Nusa Tenggara Bar., Indonesia

Indonesia

Pujut, Central Lombok Regency, West Nusa Tenggara, Indonesia

Sembalun Lawang, Sembalun, East Lombok Regency, West Nusa Tenggara, Indonesia

Batu Layar, West Lombok Regency, West Nusa Tenggara, Indonesia

Indonesia

Gili Indah, Pemenang, North Lombok Regency, West Nusa Tenggara, Indonesia

Indonesia

Indonesia

Tempat Wajib Pergi di Lombok
  1. Gili Trawangan
  2. Mataram
  3. Senggigi
  4. Kuta Beach
  5. Pink Beach
  6. Dan Pantai-pantai berdekatan Kuta Beach
  7. Gunung Rinjani
Rujukan

[1] Wikipedia
[2] Panduan Wisata