Menarik Lombok – 4 Hari 3 Malam

Menarik Lombok! Tempat-tempat pelancongan menarik di Lombok, kini menjadi satu tarikan pelancong dari Malaysia. Banyak sekali tempat pelancongan di Lombok yang indah menakjubkan bermula dari gunung-ganang hinggalah ke pantai-pantai yang cantik sekitar lombok, dan masih terjaga keindahanya.

Percutian ke Lombok bukan sesuatu yang mahal seperti yang gembar-gemburkan, tapi untuk mendapatkan harga yang berpatutan juga bukanlah semudah yang disangkakan. Oleh itu, bagi memudahkan anda semua, di sini kami menyediakan tentatif dan kos yang paling bajet semasa bercuti di Lombok untuk 4 Hari 3 Malam.

Sebelum tu layan dulu gambar-gambar sekitar di Lombok:

Maps

Indonesia

Nusa Tenggara Bar., Indonesia

Kuta, Pujut, Kabupaten Lombok Tengah, Nusa Tenggara Bar. 83573, Indonesia

West Nusa Tenggara, Indonesia

Mataram City, West Nusa Tenggara, Indonesia

Gili Indah, Pemenang, North Lombok Regency, West Nusa Tenggara, Indonesia

Kuta, Pujut, Kabupaten Lombok Tengah, Nusa Tenggara Bar. 83573, Indonesia

Sembalun Lawang, Sembalun, East Lombok Regency, West Nusa Tenggara, Indonesia

Batu Layar, West Lombok Regency, West Nusa Tenggara, Indonesia

Tanak Awu, Pujut, Lombok Tengah, Nusa Tenggara Barat, Nusa Tenggara Bar. 83573, Indonesia

Tentatif 4 Hari 3 Malam Lombok

Hari Pertama (Ketibaan dan Senggigi)

  • Tiba di Aiport International Lombok
  • Beli tiket Bas Damri ke Pantai Senggigi. Ada kaunter kat tiket kat Airport.
  • Bagitahu driver bas nak check in hotel mana, nanti dia berhenti berdekatan hotel tersebut. Senang keje. Check-in Hotel sekitar Senggigi. Atau Hotel Bumi Aditya, Senggigi. Hotel ni masuk ke dalam sedikit. Tapi berbaloi, cantik dan nyaman. BOOK NOW
  • Sewa motor (RM15) dengan hotel untuk bersiar-siar waktu petang.
  • Makan malam dan balik hotel berehat

BOOK HOTEL SEKITAR SENGIGGI:


Booking.com

Hari Kedua (Gili Trawangan)

  • Dalam pukul 9:00 pagi ambil teksi (RM30+- untuk satu teksi) bertolak ke Jeti Bangsal. Pastikan sampai sebelum pukul 11:00 pagi di Jeti Bangsal.
  • di Bangsal ambil bot laju ke Gili Trawangan, (RM25 seorang). Selesa dan berpatutan. Nak lagi murah naik bot public (RM4.50), maksudnya semua akan di muat dalam bot public tu, termasuklah, telur, barang-barang dapur lain dan macam-macam lagi.
  • Jangan terlalu jimat sangat semasa melancong ye. keselesaan keutamaan dan kepuasan. Ambil je bot laju.
  • Tiba di Gili, terus check-in hotel. Di Gili, boleh book hotel ni, Rumah Kalua Villa. Hotel ni murah dengan keadaan bilik yang luas. Terbaik.
  • Letak barang-barang di hotel dan terus keluar cari pakej snorkeling (RM22 – RM30), sesi kedua bermula pukul 1. Jangan lambat nanti tertinggal.
  • Habis snorkeling, sewa basikal (RM15) untuk round kawasan Gili Trawangan dan pergi ke Ombak Sunset untuk sesi bergambar.
  • Makan malam, nightview kawasan sekitar dan berehat di hotel

Hari Ketiga (Ke Kawasan  Sekitar Kuta, Lombok)

  • Check-out Hotel dari Gili Trawangan,
  • Ambil bot laju yang paling awal pukul 9:45 pagi, terus ke jeti Bangsal.
  • Tiba di Bangsal, cari pak supir, deal dengan supir untuk 2 hari berikutnya. Supir diperlukan jika niat anda hendak ke Pink Beach.
  • Supir (RM400 untuk 2 hari), pandai cakap boleh murah lagi.
  • Pergi ke Tenun, Sasak Village (Derma seikhlas hati kepada orang Sasak tour) dan akhir sekali ke Kuta Beach
  • Makan Tengahari, check-in hotel.
  • Keluar ke Pantai-pantai sekitar kuta, Pantai Mawun, Pantai Kuta, Pantai Selong Belanak. Setiap pantai akan dikenakan caj masuk (RM3 untuk satu kereta)
  • Makan malam dan berehat.

Hari Keempat (Pantai Pink dan bertolak pulang)

  • Sarapan
  • Terus pergi ke Tanjung Aan, Bukit Merese
  • dan akhir sekali ke Pantai Pink yang cantik. Jalan untuk ke pantai pink berbatu, mengambil masa 2 jam dari Kuta Beach. Jalan berbatu dan kawasan sepi ini amat memerlukan Supir.
  • pastikan flight bertolak balik ke Malaysia lewat petang.
  • Tiba di airport dan bertolak balik.
Kos untuk 4 Hari 3 Malam di Lombok (untuk 2 orang)
  • Tiket Flight Promosi (RM600 Return untuk 2 orang)
  • Makan Minum RM200+-
  • 3 Hotel (Senggigi, Gili dan Kuta) RM350-
  • Bot ke Gili RM100 Pergi balik untuk 2 orang
  • Public Snorkeling RM25
  • Sewa Motor (Senggigi) RM15
  • Sewa dua Basikal (Gili) RM30
  • Supir RM400-
  • Caj masuk pantai RM30+-
  • Ole-ole RM50

Total Kos ke Lombok untuk 2 orang: RM1800. Seorang dalam RM900

Selamat bercuti dan mengenali keindahan Lombok, pantai-pantai yang cantik dan banyak lagi!

Untuk dapatkan travel agent dari orang lokal Lombok, anda boleh menghubungi di talian ini: +6281999182545 (Pak Agung)

Dapatkan diskaun berbaloi-baloi dengan memberitahu code ini: LiburLombok

Whatsapp

Sila hantar maklumat di bawah ke nombor di atas:
Tarikh Pergi:
Tarikh Pulang:
Jumlah Lelaki:
Jumlah Perempuan:
Jumlah Kanak-kanak:
Jumlah Bayi:
Nyatakan bilik jika perlu:

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

3 Komen di “Menarik Lombok – 4 Hari 3 Malam”