6 Hotel Terbaik di Pulau Perhentian

Pulau Perhentian amat terkenal dengan keindahan pulau dengan pantai-pantai yang cantik dan juga amat-amat terkenal sebagai tempat bersnorkeling.

Macam-macam ikan boleh tengok kat sana. Penyu dan Ikan Yu pun ada. Apa lagi, jom la plan ke Pulau Perhentian ni. Adalah terbaik pergi 3 hari 2 malam.

Kalau nak ke Pulau Perhentian, sah-sah nak kena plan mana nak stay kan? Tak perlu risau hari ni, kami nak kongsikan dengan anda beberapa hotel yang sering menjadi pilihan pelancong yang berkunjung ke Pulau Perhentian ini.

Hotel ini menawarkan beberapa sukan air, spa, dan kolam renang outdoor. Terletak di lokasi menyelam terkenal di Pulau Perhentian, Arwana Perhentian Eco Resort & Beach Chalet berjarak 45 km dari Bandara Kota Bharu.

Shari-la Island Resort merupakan antara salah satu resort yang terletak di Teluk Aur, Pulau Perhentian Kecil.

Terletak di tengah-tengah Pulau Perhentian Kecil, BuBu Resort Perhentian Island merupakan tempat yang sesuai untuk meneroka Pulau Perhentian.

Perhentian Island Resort adalah sebuah resort percutian yang berorientasi keluarga. Ia mempunyai bilik serba lengkap sebanyak 106 buah dalam bentuk chalet yang dibahagikan kepada tiga jenis; semi-suite, superior dan deluxe

Coral View Island Resort terletak di lokasi strategik di Pulau Perhentian Besar; salah satu kawasan yang paling popular di pulau tersebut.

Terletak di tengah-tengah hutan tropika, Tunabay Island Resort menyediakan bilik-bilik dan chalet yang berhawa dingin dengan balkoni peribadi.

6 Hotel Terbaik di Pulau Perhentian

Lihat Juga:
1. Senarai Resort di Pulau Perhentian Kecil
2.Senarai Resort di Pulau Perhentian Besar

1. Perhentian Tuna Bay Island Resort

Terletak di tengah-tengah hutan tropika, Tunabay Island Resort menyediakan bilik-bilik dan chalet yang berhawa dingin dengan balkoni peribadi. Bermandikan pencahayaan yang menarik, bilik-bilik dilengkapi dengan meja kerja, peti keselamatan peribadi dan ruang duduk. Terdapat bilik-bilik terpilih menawarkan pemandangan gunung atau taman.

Resort ini mempunyai restoran. Restoran Tuna Bay menyajikan makanan tempatan, Barat serta Cina yang banyak. Hidangan barbeku yang enak juga disajikan.

Resort ini juga ada menawarkan tetamu dengan pelbagai aktiviti rekreasi. Para tetamu boleh mengikuti lawatan menyelam, snorkeling atau memancing. Bersantai di tepi pantai dan menikmati barbeku merupakan satu lagi pilihan rekreasi yang baik. Boleh tempah pakej snorkeling atau lain-lain di sana nanti.

BOOK HOTEL INI

2. Coral View Island Resort

Coral View Island Resort terletak di lokasi strategik di Pulau Perhentian Besar; salah satu kawasan yang paling popular di pulau tersebut. Dari sini, pelancong boleh menikmati akses mudah ke semua tempat yang meriah.

Menawarkan tetamu hotel dengan perkhidmatan yang unggul dan pelbagai kemudahan, Coral View Island Resort komited untuk memastikan penginapan anda berada di tahap yang selesa.

Taman, sukan air (tidak bermotor) di hotel merupakan tempat yang ideal untuk anda relaks dan tenangkan diri selepas hari yang sibuk. Kemudahan yang hebat dan lokasi yang sangat baik membuatkan Coral View Island Resort menjadi asas yang sempurna untuk menikmati penginapan anda di Pulau Perhentian.

3. Perhentian Island Resort

Perhentian Island Resort adalah sebuah resort percutian yang berorientasi keluarga. Ia didirikan di atas tanah seluas 9.947 hektar dikeliingi hutan hujan dan berhadapan dengan kawasan laut menjadikan resort ini memiliki pemandangan indah dari kedua-dua kawasan.

Ia mempunyai bilik serba lengkap sebanyak 106 buah dalam bentuk chalet yang dibahagikan kepada tiga jenis; semi-suite, superior dan deluxe, selain kadar berbeza yang dikenakan, perbezaan lain adalah dari segi lokasi dan pemandangan. Pulau ini sendiri merupakan sebahagian daripada taman negara, oleh itu tetamu berpeluang untuk menikmati pemandangan indah dasar laut dengan cara menyelam skuba dan snorkeling.

Untuk pengetahuan, sepanjang bulan Jun dan akhir Ogos, tetamu yang bertuah berpeluang menyaksikan penyu bertelur di kawasan pantai lebih kurang 20 minit menaiki bot dari resort ini. Perhentian Island Resort mengalu-alukan kedatangan tetamu dengan layanan mesra.

BOOK HOTEL INI

4. BuBu Long Beach Resort & BuBu Villa

Terletak di tengah-tengah Pulau Perhentian Kecil, BuBu Resort Perhentian Island merupakan tempat yang sesuai untuk meneroka Pulau Perhentian.

Di BuBu Resort Perhentian Island, perkhidmatan yang cemerlang dan kemudahan yang unggul menjadikan penginapan anda tidak dapat dilupakan. Untuk keselesaan dan kemudahan tetamu, hotel ini menawarkan Wi-Fi di tempat awam, pemindahan dari/ke lapangan terbang, restoran, bar, peti deposit keselamatan.

Hotel ini mempunyai 38 bilik yang sangat cantik, setiap bilik dilengkapi tuala, pendingin hawa, meja, beranda/teres, kipas. Kemudahan yang hebat dan lokasi yang sangat baik membuatkan BuBu Resort Perhentian Island menjadi asas yang sempurna untuk menikmati penginapan anda di Pulau Perhentian.

BOOK HOTEL INI

5. Shari-La Island Resort

Shari-la Island Resort merupakan antara salah satu resort yang terletak di Teluk Aur, Pulau Perhentian Kecil. Resort ini menawarkan pelbagai pakej seperti pakej percutian dan pakej snorkeling dan harga yang ditawarkan sesuai dengan lokasinya.

Bagi yang berbulan madu pula, lokasi dan pemandangan di resort ini amat sesuai bagi yang mencari suasana romantik di Pulau kerana anda disajikan dengan pemandangan indah matahari terbenam hampir setiap hari. Antara kemudahan yang disediakan adalah bilik seminar dan mesyuarat, restoran, 24 jam bekalan elektrik dan banyak lagi. Manakala di dalam setiap bilik disediakan dengan aircond, kipas, TV satelit, hot shower dan lain-lain.

BOOK HOTEL INI

6. Arwana Perhentian Eco Resort & Beach Chalet

Hotel ini menawarkan beberapa sukan air, spa, dan kolam renang outdoor. Terletak di lokasi menyelam terkenal di Pulau Perhentian, Arwana Perhentian Eco Resort & Beach Chalet berjarak 45 km dari Bandara Kota Bharu. Hotel ini berjarak 30 minit naik bot laju dari Kuala Besut Jeti.

Didekorasi dengan perabot kayu klasik dan kain lokal, bilik beraircond menawarkan kenyamanan di ruang yang luas dan bilik mandi besar. Memiliki TV satelit dan ruang penyimpanan yang luas.

Anda dapat menuju ke laut untuk kegiatan seperti snorkeling dan memancing atau bersantai dengan suasana yang menenangkan di spa yang terletak di Arwana Perhentian. Untuk kenyamanan Anda, akses Wi-Fi mudah disediakan di tempat umum.

Menyediakan lingkungan makan santai, masakan Malaysia dan Cina disajikan di restoran di Resort Arwana. BBQ dengan hidangan seafood segar juga boleh di sini.

BOOK HOTEL INI

Kesimpulan

Senarai hotel di atas adalah antara yang terbaik dan popular berdasarkan website TripAdvisor dan juga Agoda.com. Namun begitu, rating ini adalah subjektif, lain orang lain pandangan dan citarasa.

Untuk mendapatkan pakej-pakej untuk ke Pulau Perhentian secara Full-In (Pakej termasuk penginapan dan pakej snorkeling) anda boleh layari website kami PAKEJ MURAH. Pakej-pakej yang ada adalah yang terbaik dan murah.

Lihat Juga:
1. Senarai Resort di Pulau Perhentian Kecil
2.Senarai Resort di Pulau Perhentian Besar

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *