Cara Bawa Kereta ke Langkawi 2024
Bawa Kereta Ke Langkawi – Jika anda merancang untuk membawa kereta ke Langkawi, anda boleh berbuat demikian dengan menempah perkhidmatan bawa kereta dengan Langkawi Ferry Roro Atau Langkawi Auto Express Sdn Bhd.
Harga bagi kedua-dua buah syarikat lebih kurang sama sahaja tetapi bezanya pada jadual feri tersebut.
Bagi memudahakan anda, kami hanya menyediakan informasi dari LangkawiRoro sahaja. Untuk menggunakan perkhidmatan LangkawiRoro ini, anda perlu ke Jeti Kuala Perlis sahaja.
Bermula tahun 2014, tempahan boleh dibuat secara online di website mereka: www.langkawiroro.com.
Sebelum membuat tempahan, anda disarankan untuk melihat jadual perjalanan feri di sini:
Harga Bawa Kereta Ke Langkawi
Harga bawa kenderaan ini, sudah termasuk dengan seorang pemandu. Untuk penumpang lain anda perlu beli tiket berasingan. Boleh tempah tiket penumpang lain sekali dengan kenderaan ini.
* Harga Tempahan Online
* Scroll ke kanan untuk lihat harga
Jenis Kenderaan | Sehala | Pergi Balik |
---|---|---|
Motorsikal 125 CC ke Bawah | RM55 | RM100 |
Motorsikal 250 CC ke Bawah | RM66 | RM122 |
Motorsikal 500 CC ke Bawah | RM93 | RM176 |
Motorsikal 501 CC ke atas | RM115 | RM210 |
Kereta Sedan 1,500 CC Ke Bawah | RM145 | RM280 |
Kereta Sedan 2,000 CC Ke Bawah | RM178 | RM336 |
Kereta Sedan 3,000 CC Ke Bawah | RM222 | RM424 |
MPV / 4WD / JEEP / SUV / Van / Pick-up Below 2,000CC | RM200 | RM380 |
MPV / 4WD / JEEP / SUV / Van / Pick-up Below 3,000CC | RM222 | RM434 |
Penumpang | Sehala | Pergi Balik |
---|---|---|
Dewasa | RM21 | RM42 |
Kanak-kanak (1 tahun – 12 tahun) | RM16 | RM32 |
Bayi (1 Tahun ke bawah) | RM3 | RM6 |
Orang Kelainan Upaya (OKU) | RM13 | RM26 |
- Harga lain boleh rujuk di sini: http://www.langkawiroro.com/fare.html
- Harga ini adalah harga semasa pada tarikh 07 Ogos 2022. Harga yang terbaru anda boleh rujuk di website mereka di atas.
Sewa kereta kat sana jer? Boleh! Anda boleh lihat senarai harga kereta sewa langkawi di sini: Senarai Harga Kereta Sewa Langkawi |
Bagi memudahkan anda untuk membuat tempahan, anda perlu menyediakan maklumat dan dokumen berikut:
- Salinan geran kereta
- Salinan IC pemandu / pemilik kereta
- Bilangan penumpang (termasuk pemandu)
Cara Tempah Perkhidmatan Bawa Kereta ke Langkawi
|
Peringatan:
- Pastikan anda tiba di Jeti Kuala Perlis 1-2 jam lebih awal sebelum waktu berlepas. Bila sampai di jeti tersebut, terus ke pejabat syarikat yang anda pilih untuk tindakan yang selanjutnya.
- Anda perlu menginap di Langkawi sekurang-kurangnya 48 jam atau lebih bagi mengelakkan barangan yang di bawa keluar dari Pulau Langkawi tidak dikenakan cukai oleh pihak kastam.
salam,nak tanya kalau guna kereta sewa dari penang ke langkawi apa yang perlu dibawa ye?
Wslm, Setahu kami, bawa kereta ke Langkawi adalah melalui Kuala Perlis. Dari Penang tak pasti ada ke tak. Sewa di Langkawi terus lagi mudah cik.. Tak perlu pening kepala. Kecuali kereta sendiri.
Salam…saya hendak bertanya kalau saya membawa kereta sewa pergi ke langkawi perlu membawa..mintak pencerahan semua
wslm, adalah lebih baik sewa kereta di Langkawi berbanding bawa kereta sewa
salam.. mana lebih baik. sewa kat sana atau bawa keta sdiri pegi sana?
Kalau ikut perkiraan, Sewa dekat sana lagi berbaloi. Apa pun encik boleh kira terlebih dahulu untuk trip encik.
Salam mcm mane nak beli tiket utk bwk kereta ke langkawi dr kuala Kedah?boleh share link tak?
Wslm, Setahu kami, bawa kereta ke Langkawi adalah melalui Kuala Perlis shj.
Kalau naik moto mcm mna pulak
Macam mane mcm mana ye? huhu. boleh je bawa motor. ada harga kat atas tu
Anda perlu menginap di Langkawi sekurang-kurangnya 48 jam bagi mengelakkan barangan yang di bawa keluar dari Pulau Langkawi tidak dikenakan cukai oleh pihak kastam?
Mcm pelik je ayat ni..ke bg mngelakkn kne cukai?
Agak2 bpe cukainye tu ye
kalau malas bayar cukai, baik x payah pergi cik oiii
awat ni..haha
Kalu bawak kereta ke langkawi .. Org dlm kereta still kena bayar tiket ke? Cas kereta hanya tuk kereta sahaja atau da termasuk penumpang
Pemandu sahaja percuma. yang lain-lain perlu ambil tiket berasingan
Assalamualaikum, nak tny dekat jadual utk harga kereta utk bawa naik feri , jika cc kereta ialah 1500cc (kereta sedan) adakah harga kereta yg kita kena bayar ialah RM312 atau RM368 sbb dia tulis kat situ 1500cc ke bawah.
Wassalam, RM312 cik. 🙂 Pergi berapa hari tu? kalau sekejap, berbaloi sewa di sana 🙂
Nk book ticket pegi dgn kereta. Dewasa 4 org trmasuk driver. Nk tulis jumlah 3 ke 4 org. Driver free kan..
Ya, tulis 3 sahaja. driver dah termasuk dgn kereta.
Assalamualaikum admin, nak tanya kalau nak bawak kereta masuk ke langkawi kene sign in insurance apa semua ke? Atau bayar duit tiket untuk kereta and penumpang je ke?
wslm, tak perlu.
Assalam admin , nak tanya kalau kereta atas nama mak saya , dan suami yang bawak kereta tu , mak tak ikot , so saya kena photostet lesen mak saya ke? Boleh kan bawak masuk kreta ke langkawi tapi geran atas nama mak saya? Mohon pencerahan . terima kasih .
Wslm, boleh cik.
Kalau ikut Langkawi Ferry Roro, syarat dia seperti berikut:
SEKIRANYA KENDERAAN MILIK SYARIKAT/INDIVIDU LAIN, ANDA PERLU SERTAKAN BERSAMA SURAT KEBENARAN DARI PEMILIK BERSAMA I/C PEMANDU.
Terima kasih