Cara Bawa Kereta ke Langkawi 2024

Bawa Kereta Ke Langkawi – Jika anda merancang untuk membawa kereta ke Langkawi, anda boleh berbuat demikian dengan menempah perkhidmatan bawa kereta dengan Langkawi Ferry Roro Atau Langkawi Auto Express Sdn Bhd.

Harga bagi kedua-dua buah syarikat lebih kurang sama sahaja tetapi bezanya pada jadual feri tersebut. 

Bagi memudahakan anda, kami hanya menyediakan informasi dari LangkawiRoro sahaja. Untuk menggunakan perkhidmatan LangkawiRoro ini, anda perlu ke Jeti Kuala Perlis sahaja.

Bermula tahun 2014, tempahan boleh dibuat secara online di website mereka: www.langkawiroro.com.

Bawa Kereta Ke Langkawi

Sebelum membuat tempahan, anda disarankan untuk melihat jadual perjalanan feri di sini:

Harga Bawa Kereta Ke Langkawi

Harga bawa kenderaan ini, sudah termasuk dengan seorang pemandu.  Untuk penumpang lain anda perlu beli tiket berasingan. Boleh tempah tiket penumpang lain sekali dengan kenderaan ini.

* Harga Tempahan Online
* Scroll ke kanan untuk lihat harga

Jenis Kenderaan Sehala Pergi Balik
Motorsikal 125 CC ke Bawah RM55 RM100
Motorsikal 250 CC ke Bawah RM66 RM122
Motorsikal 500 CC ke Bawah RM93 RM176
Motorsikal 501 CC ke atas RM115 RM210
Kereta Sedan 1,500 CC Ke Bawah RM145 RM280
Kereta Sedan 2,000 CC Ke Bawah RM178 RM336
Kereta Sedan 3,000 CC Ke Bawah RM222 RM424
MPV / 4WD / JEEP / SUV / Van / Pick-up Below 2,000CC RM200 RM380
MPV / 4WD / JEEP / SUV / Van / Pick-up Below 3,000CC RM222 RM434
Penumpang Sehala Pergi Balik
Dewasa RM21 RM42
Kanak-kanak (1 tahun – 12 tahun) RM16 RM32
Bayi (1 Tahun ke bawah) RM3 RM6
Orang Kelainan Upaya (OKU) RM13 RM26
  • Harga lain boleh rujuk di sini: http://www.langkawiroro.com/fare.html
  • Harga ini adalah harga semasa pada tarikh 07 Ogos 2022. Harga yang terbaru anda boleh rujuk di website mereka di atas.
Sewa kereta kat sana jer? Boleh! Anda boleh lihat senarai harga kereta sewa langkawi di sini: Senarai Harga Kereta Sewa Langkawi

Bagi memudahkan anda untuk membuat tempahan, anda perlu menyediakan maklumat dan dokumen berikut:

  1. Salinan geran kereta
  2. Salinan IC pemandu / pemilik kereta
  3. Bilangan penumpang (termasuk pemandu)

Cara Tempah Perkhidmatan Bawa Kereta ke Langkawi

  1. Buka website ticket.langkawiroro.com
  2. Buat tempahan dan bayaran
  3. Siap
Peringatan:
  1. Pastikan anda tiba di Jeti Kuala Perlis 1-2 jam lebih awal sebelum waktu berlepas. Bila sampai di jeti tersebut, terus ke pejabat syarikat yang anda pilih untuk tindakan yang selanjutnya.
  2. Anda perlu menginap di Langkawi sekurang-kurangnya 48 jam atau lebih bagi mengelakkan barangan yang di bawa keluar dari Pulau Langkawi tidak dikenakan cukai oleh pihak kastam.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

127 Komen di “Cara Bawa Kereta ke Langkawi 2024”

  1. Assalamualaikum, nak tanya kereta atas nama warga asing boleh bawak masuk ke langkawi? kalau bawak salinan geran, salinan passport dan surat kebenaran pemilik kereta perlu salinan lesen pemilik tak?

  2. assalamualaikum , sy nk tanya . jika waja atau wira 1.5cc kena select yg 1.5cc below atau yg 2.0cc below ya ? confius sekejap

    1. Kalau ada maklumat ini boleh masuk:
      1. Salinan geran kereta
      2. Salinan IC pemandu / pemilik kereta

      Sy rekemen sewa di sana sahaja. tak perlu pening2

    1. Wslm, maaf wasap nombor mana ya? sebab artikel “Cara Bawa Kereta ke Langkawi 2021” saya tak letak nombor whatsapp

  3. Apa dokumen perlu untum bawa kenderaan ke langkawi?
    Mcm sy bwk family, fmily duduk sekali dlm kereta atau ada tmpt khas di dalam feri? 1st time nk bwk kenderaan sendiri ke langkawi ni

    1. Salinan geran kereta
      Salinan IC pemandu / pemilik kereta
      Bilangan penumpang (termasuk pemandu)

      pemandu shj termasuk. lain-lain perlu beli tiket asing

    2. Lepas kereta dah masuk dlm feri, boleh mati kan enjin dan keluar daripada kereta untuk naik ke bahagian atas feri. Di bahagian atas tu ada tempat duduk disediakan, pastikan masa book online dah beli siap2 tiket untuk penumpang kereta selain pemandu

  4. Assalamualaikum nak tanya, kalau yg tiket penumpang tu tmasuk driver ke? Sbb sy nak pegi 4 orang termasuk sy dan nama penumpang pun saya masuk nama sy skali..tapi ni sy nak tambah masuk penumpang lain umur 14tahun, boleh ke tambah kemudian?

    1. Wslm, jika lihat website mereka (22/10/2021), tempahan penumpang hanya boleh dibuat dengan tempahan kenderaan. Tidak boleh beli berasingan. Apa-apa boleh call mereka untuk pengesahan. Terima kasih.