Harga Perodua Axia 2024 – Jumlah Ansuran Bulanan
Harga Perodua Axia 2024 | Artikel sebelum ini kami ada berkongsi tentang Cara Beli Kereta Baru. Semua step mudah dan lengkap sampai dapat kereta depan pintu rumah anda. 🙂
Pada kali ini pula, kami kongsikan dengan anda Harga Kereta Axia 2024 dan juga Ansuran Bulanan Axia.
Kami dah tolong kirakan untuk anda, tunggu tengok je berapa yang kena bayar bulan-bulan nanti.
PERODUA AXIA BARU 2024
Dengan perkongsian ini, semoga dapat memudahkan anda untuk melihat harga terkini dan juga jumlah anggaran ansuran bulanan Perodua Axia yang anda patut bayar setiap bulan.
Harga Perodua Axia 2024
Harga kereta Perodua Axia paling murah adalah berharga RM38,830 dengan anggaran ansuran bulanan serendah RM456.
GAJI MINIMUM UNTUK BELI KERETA AXIA ADALAH RM 1800 dengan Downpayment 10%. Boleh buat tanpa downpayment, tapi wajib ada penjamin.
Kalau gaji RM 2000 Baru boleh buat FullLoan Tanpa Penjamin 🙂
Berikut ada harga kereta Axia terkini untuk semenanjung Malaysia sahaja. Pengiraan ansuran bulanan adalah berdasarkan pembiyaan/pinjaman bank 9 tahun dan juga Interest Rate 3.2%.
Jika guna mobile, sila swipe kiri kanan ye untuk tengok harga 🙂
PERODUA AXIA | Harga (RM) | Anggaran Ansuran Bulanan (RM) | |
---|---|---|---|
‘0’ Down payment | 10% Down payment | ||
Axia 1.0 Auto G | 38,830 | 456.61 | 410.95 |
Axia 1.0 Auto X | 40,230 | 473.08 | 425.77 |
Axia 1.0 Auto SE | 44,230 | 520.11 | 468.10 |
Axia 1.0 Auto AV | 49,730 | 584.79 | 526.31 |
Namun begitu, harga tersebut adalah untuk rujukan sahaja, mungkin berbeza mengikut interest rate terkini.
Kalau anda sedang mencari kereta axia baru, anda boleh berhubung dengan rakan kongsi Pakej.MY seperti berikut:
Website: www.keretaperodua.my Showroom Utama: Perodua Motor Confidence Petaling Jaya, Selangor. GOOGLE MAPS Berpengalaman lebih 8 tahun dalam urusan jual beli kereta Perodua. Khas untuk penduduk Kuala Lumpur & Selangor. Negeri lain boleh juga. Mereka akan uruskan proses penghantaran kereta nanti
Setelah anda menghubungi, mereka akan melayan anda secepat mungkin. Jangan lupa minta Free Gift.
Ringkasan Step Beli Kereta AXIA
Secara ringkasnya, berikut adalah proses pembelian kereta baru. Untuk pengetahuan anda sahaja, terutamanya, yang pertama kali beli kereta.
- Hubungi KeretaPerodua.MY
- Jumpa di Showroom / di mana-mana (Jika Perlu)
- Hantar Dokumen Kepada Ejen
- Ejen – Urusan Pembiayaan / Pinjaman Bank
- Tandatangan Perjanjian Pembiayaan / Pinjaman Bank
- Proses Pengeluaran Kereta
- Selesai, Ambil Kereta
Hadiah Percuma Dengan Pembelian Kereta Axia Ini
Berikut adalah hadiah percuma setelah membuat tempahan dengan KeretaPerodua.MY
- Smart Tag beserta Touch’ N GO
- Minyak Penuh Tangki
- Diskaun voucher untuk tinted
- Payung
- Steering Lock
- Dan banyak lagi. Lihat di website www.keretaperodua.my
Apa pun anda boleh hubungi KeretaPerodua.MY terlebih dahulu untuk maklumat tentang perodua axia. Tinggalkan komen anda dibawah atau whatsapp mereka:
Selain kereta axia, mereka juga ada jual Perodua Bezza, Myvi, & Alza. Boleh whatsapp atau pun pergi terus ke showroom mereka di Jalan Klang Lama.
Rujukan Harga: Perodua MY
Artikel Lain: Kereta Sewa Penang
Hi. Nak tanya kalau nak beli melalui skim graduan tapi gaji 1200 perlu penjamin ke? Penjamin kalau bukan ibubapa or pasangan boleh ke? I mean boleh kakak , mak saudara or kakak saudara?
Ye perlu penjamin ibu bapa atau pasangan
boleh hubungi melalui wasap ini: https://wasap.pakej.my/perodua_axia
Gaji bersih saya rm1400 tiada tolak epf socso. Layak ke untuk buat full loan dan perlu penjamin ke? If perlu penjamin Suami saya bankruptcy, so abg sebagai penjamin boleh ke?
jom wasap sini dulu: https://wasap.pakej.my/perodua_axia.
kita bincang
Gaji Basic Rm 1365. Masuk ot dan sebagainya gaji bersih Rm 2000++
Kalau tak ada penjamin boleh tak & nak buat full loan? Sebab ibu bapa tak berkerja & saya belum berkahwin.
perlu penjamin ibu bapa atau pasangan
apa pun boleh hubungi melalui wasap ini dulu: https://wasap.pakej.my/perodua_axia
Hello
Sekiranya saya mau Axia SE.. Dengan gaji bersih rm1000,ada penjamin pasangan dan downpayment dalam 5k.. Berapa bulan harus dibayar?
Anggaran lebih kurang RM390 sebulan utk pinjaman selama 9 tahun
boleh hubungi melalui wasap ini: https://wasap.pakej.my/perodua_axia
saya masih student dan ibu bapa (sudah bersara) sebagai penjamin boleh ke?
Boleh, tengok komitmen penjaga juga. Boleh wasap di sini: https://wasap.pakej.my/proton_axia
Hi, kalau gaji basic 1700, lepas tolak epf tggl 1550… Axia se lepas tak dgn gaji i…and kalau gaji ayah pon kurang..mcm mn ye?
Boleh bincang. Jom wasap di sini utk respon lebih cepat: http://wasap.pakej.my/perodua_axia
Kalau gaji bersih 2100 tapi gaji by hand bukan masuk bank boleh apply full loan Tak?
Boleh sangat tu cik 🙂
Boleh wasap di sini terus: http://wasap.pakej.my/perodua_axia
Gaji Basic Rm1700 bole ke… Tapi ada Ptptn
Boleh wasap di sini utk respon lebih cepat: http://wasap.pakej.my/perodua_axia
Axia E spec hanya ada transmisi manual sahaja ka?Ada berapa warna?
Axia dah tak banyak stok. Kena ambil Axia G
Kalau gaji 1000 sebulan tak lepas ke nak beli axia
Boleh tapi bersyarat: Penjamin ibu bapa atau pasangan
kalau basic saya rm2400 dh saya masih ada loan kereta masih boleh kah saya membeli axia
Nak trade in ke? boleh wasap di sini: https://wasap.pakej.my/perodua_axia