Harga Tiket Feri ke Pulau Redang
Harga Tiket Feri ke Pulau Redang | Pulau Redang antara destinasi pulau popular dan komersial di Malaysia. Dengan kecantikan pantai semulajadi, menjadikan Pulau Redang amat popular dengan snorkeling dan diving.
Bagi memudahkan anda untuk merancang percutian ke Pulau Redang, kami kongsikan serba sedikit maklumat tentang Pulau Redang dan juga harga tiket bot dan feri ke Redang.
Waktu Sesuai untuk ke Pulau Redang
Pulau Redang mengalami musim angin monsoon antara November hingga Febuari setiap tahun dan kebanyakan resort ditutup untuk para pelancong.
Waktu yang sesuai untuk mengunjungi pulau perhentian ini adalah antara bulan Mac hingga Oktober kerana cuacanya yang panas dan hujan sekali sekala.
Waktu paling ramai atau peak season adalah pada bulan April – September.
4 Aktiviti Utama di Pulau Redang
1. Mandi-manda di sekitar persisiran pantai
Pantai Teluk Kalong
Pantai Teluk Dalam
Pantai Pasir Panjang
2. Snorkeling
Tanjung Tengah Redang
Tanjung Mak Cantik
Taman Laut Redang
3. Scuba Diving
Tunnel Point
Tanjung Tokong
Tanjung Gua Kawah
Che Isa
Mak Cantik
4. Masuk Hutan (Jungle Trekking)
Bosan dengan pantai & laut, anda juga boleh ber-Jungle Trekking di Pulau Redang. Jom-jom!
Jeti ke Pulau Redang
Untuk pengetahuan anda, sebenarnya ada dua jeti untuk ke Pulau Redang. Jeti Merang & Jeti Shahbandar. Tengok dalam maps dibawah untuk lokasi yang tepat.
Pulau Redang, 21090 Kuala Terengganu, Terengganu, Malaysia
Jalan Lapangan Terbang, 21300 Kuala Terengganu, Terengganu, Malaysia
20200 Kuala Terengganu, Terengganu, Malaysia
Terengganu, Malaysia
1. Jeti Merang
Jeti Merang ini terletak hanya 30KM dari Airport Kuala Terengganu. Lebih kurang 45 minit perjalanan untuk sampai ke Jeti ini.
Apa yang penting, jangan tersalah pergi ke Jeti Marang. Jeti Marang untuk ke Pulau Kapas & Pulau Gemia.
Di Jeti ini, anda hanya boleh menggunaka servis bot sahaja. Masa perjalanan mengambil masa lebih kurang 45 minit – 1 jam sahaja untuk sampai ke Pulau Redang. Kalau laju, 30 minit pon dah sampai.
2. Jeti Shahbandar, Kuala Terenganu
Di sini, anda boleh naik feri, dan perjalan lebih kurang 1 jam 30 minit hingga 2 jam.
Terletak 12KM dari airport Kuala Terengganu. Lebih kurang 20 minit perjalanan untuk sampai ke jeti.
Harga Tiket Feri ke Pulau Redang
Harga sama sahaja untuk kedua-dua jeti. Yang bezanya, adalah kalau naik di Jeti Merang, waktu perjalanan lebih cepat. Untuk anda yang mabuk laut, boleh naik speedboat di Jeti Merang.
Harga parking kereta di kedua-dua jeti ini adalah berharga RM10 sehari.
1. Feri di Jeti Shahbandar (SEJAHTERA FERRY SERVICES)
Dewasa: RM110 pergi balik
Kanak-kanak: RM60 pergi balik
Waktu Perjalanan
Jeti Syahbandar ke Pulau Redang: 9:00 AM , 10:30 AM, 3:00 PM
Pulau Redang ke Jeti Syahbandar: 7:00 AM, 11:00 AM, 1:00 PM
1 Jam 30 minit – 2 jam perjalanan.
Feri ini akan berhenti di dua lokasi di Jeti Pulau Redang, iaitu Pasir Panjang & Jeti Kampung.
Dewasa: RM110 pergi balik
Kanak-kanak: RM70 pergi balik
Waktu Perjalanan
Jeti Merang ke Pulau Redang: 8:00 AM hingga 3:00 PM
Pulau Redang ke Jeti Merang: 9:00 AM hingga 4:00 PM
45 minit – 1 jam perjalanan
BOOK ONLINETempah Tiket Bot ke Redang Secara Online Untuk Diskaun Lebih
Website: www.merangjetty.com
Diskaun: 2% untuk tempahan minimum 2 orang, tiket pergi dan balik.
CONTOH: 2 Adult 1 Child (Return Tiket) Total Adult: 2 adult x RM55 x 2 return = RM220 Total Child: 1 child x RM35 x 2 return = RM140 SUB-TOTAL: RM360 2% automatik diskaun: -RM7.20 TOTAL: RM352.80 BOOK ONLINE
Baik tempah online kan… 🙂
BOOK NOWNota: Pergi awal ke jeti. Kadang-kadang jadual perjalanan di jeti tidak menentu.