Harga Tiket Feri ke Pulau Tioman 2024
Harga Tiket Feri ke Pulau Tioman | Pulau Tioman terletak di Rompin, Pahang. Pulau Tioman amat popular dengan aktiviti diving & snorkeling.
Pulau Tioman memiliki keluasan 39 km panjang dan 12 km lebar. Bentuk Pulau Tioman dari udara seperti seketul paha ayam. Sedapnya! π
Kedudukan pulau ini terletak 70 km dari Mersing, Johor. Dan hanya 58 KM dari Jeti Tanjung Gemok, Kuala Rompin di Pahang.
Jeti ke Pulau Tioman
Mersing, Pahang, Malaysia
Mersing Kechil, 86800 Mersing, Johor, Malaysia
26820 Kuala Rompin, Pahang, Malaysia
- Jeti Mersing, Johor
- Jeti Tanjung Gemok, Rompin, Pahang
Harga parking kereta di jeti: RM 15 sehari
Perjalanan mengambil masa 1 jam 30 minit hingga 2 jam untuk sampai ke Pulau Tioman. Mengikut keadaan laut semasa.
Anda disarankan menggunakan, perkhidmatan feri di Tg Gemok kerana disana perjalanan feri mengikut jadual.
Berbeza dengan Jeti Mersing, jadual perjalanan tidak menentu kerana di Mersing air laut cetek. Kena tunggu air pasang baru feri boleh bergerak.
Jika anda menggunakan perkhidmatan Jeti Mersing, anda akan dikenakan caj Iskandar Tax. Malaysian:RM5 foreigner:RM20
Senarai Jeti di Pulau Tioman
Feri akan berhenti di beberapa perhentian di Pulau Tioman seperti berikut:
- Kampung Genting
- Kampung Paya
- Kampung Tekek
- Kampung Air Batang
- Kampung Salang
Feri ke Pulau Tioman
Syarikat yang menawarkan perkhidmatan feri ke Tioman adalah BlueWater Express & CataFerry
Harga Tiket Feri ke Pulau Tioman 2023
Kebiasaan harga feri adalah seperti berikut:
Dewasa: RM 70 pergi balik
Kanak-kanak: RM 60 pergi balik
Namun begitu, jika menggunakan servis CataFerry, harga adalah berbeza-beza mengikut tarikh dan juga jenis tempat duduk. Ada murah, ada mahal. Boleh tengok kat bawah, kami ada screenshot tempahan di CataFerry.
Waktu Perjalanan Feri
Waktu perjalanan ini adalah untuk rujukan sahaja, ianya tertakluk kepada perubahan dari syarikat terbabit.
BlueWater Express
– Dari Jeti Mersing: 7:30 am, 10:00 am, 11:30 am, 2:30 pm & 4:30 pm
– Dari Jeti Tg.Gemok: 7.30 am, 11:00 am, 4.00 pm
CataFerry
– Dari Mersing: 11:30 am, 2:30 pm
– Dari Tioman: 10 am, 2:00 pm
Tempah Tiket Feri ke Tioman
Kedua-dua syarikat boleh buat tempahan dan bayaran secara online. Boleh bayar menggunakan kad kredit.
Kemaskini 24/06/2020 – info terkini, CataFerry dari Tg Gemok tidak lagi beroperasi. Hanya dari Mersing.
Bagi Pakej.MY, kami lebih suka menggunakan CataFerry, sebab website lebih mesra pengguna (User Friendly). Bayaran online pun mudah.
Kelebihan CataFerry:
- Feri masih baru. Cantik!
- Ada tempat jual makanan dan minuman atas feri, boleh beli bila lapar. π
- Lebih cepat dan efisien. Penumpang boleh datang 20 minit sebelum berlepas, kerana tiket yang dibeli secara online sudah termasuk boarding pass. Tak perlu lagi beratur untuk dapatkan boarding pass.
Lagi satu, harga yang ditawarkan ada yang murah. Weekdays boleh dapat RM10 untuk sehala. Berdasarkan kami semak harga tiket boleh tahan murah. Tengok gambar di bawah.
Website: www.cataferry.com
Total perjalanan pergi balik jadi RM 30 sahaja. Tapi untuk 4 hari 3 malam la. Kalau 3 hari 2 malam jadi RM 40. Terbaik dan murah. Biasa tiket feri pergi balik dekat RM 70 untuk seorang.
Jadi, pelan la percutian anda untuk dapat tiket feri murah ke Tioman.
BOOK NOW
Salam. Nak tanya ya. Kalau date yg kita nak tu xleh click dkt website cataferry, means dah full ke cmne?
Wslm, tak juga. kadang2 tarikh tersebut memang tak ada trip. Boleh tengok kat sini: https://www.cataferry.com/usr/schedule.aspx?pgid=54&lang=en
kenapa cataferry return tiada dari kg salang?
Ada, Salang Pier. Blh ambil yang tu
DIMANA JETI YANG TERDEKAT JIKA SAYA NAK TURUN DI BARAT TIOMAN BEACH RESORT
Kalau ikut kemaskini terkini di website mereka, ada jeti baru iaitu di Juara Jeti. Boleh turun di situ.
Kenapa x de origin dari tg gemok ke air batang
info terkini, dari tg gemok tidak lagi beroperasi kecuali permintaan dalam kumpulan yang ramai.
Jadi tn boleh tempah dari Mersing.
Salam, Kalau kita nak ke Kg Mukut Chalet Sri Sentosa turun di Jetty mana ya? berapa anggaran kos pengangkutan dr Jetty ke Kg Mukut?
Salam,
Boleh turun di Genting, dan ambil speedboat di sana untuk ke Kg Mukut.
Harga Cataferry RM80+- pergi balik. Boleh semak di website mereka.
Untuk speedboat, kami belum ada info. Bila dah ada kami akan kemas kini π
TQ
Salam . Kalau sy nak ke kg mukut duduk di tunamaya mcm mna ye ?
Salam,
Boleh turun di Genting, dan ambil speedboat di sana untuk ke Kg Mukut.
Harga Cataferry RM80+- pergi balik. Boleh semak di website mereka.
Terima kasih
Cataferry ke Kg Juara ada tak ? Apa nama jeti yang terdekat?
Kos untuk seorang pergi/balik dari Mersing berapa? Masa bertolak ?
boleh tau x untuk 14/9-16/9 2020 ada ke feri cataferry dari tanjung gemok?
soalan 2 : feri cataferry smp ke salang indah ke?
boleh bgi info detail x sb sya nk beli tiket asap…
sb ada bwk org tua takut x feri cata ferry x smp ke salang indah dan kene naik speedboat pulakπ€
1. Ada untuk tarikh tu.
2. untuk kumpulan yang ramai sahaja. kena call. atau boleh cuba https://www.bluewater.my/. saya tengok ada ke Salang
Salam sy nk tny…klau dri jeti tnjung gemuk tu ke salang, turun tu mmg ada keta sewa ke
Wslm, sewa kereta/motor ( hanya di Marine Park, Kg Tekek, Sekitar Hotel Berjaya & Kg Juara)
Dari Salang, tak ada kereta/motor. Kalau nak kereta sewa (4×4), cik boleh naik bot di Salang dan turun di Marine Park. di Marine Park Tioman, boleh sewa 4×4 atau motor. untuk sewa boleh tengok di facebook ini https://www.facebook.com/mazlantransportrentalpulautioman/
We are planned to explore Tioman Island from 29 Mei to 31 Mei 2021. At the moment I have registered 32 family with total of 146, 116 adult and 30 children. Can I make a booking by now and pay a week before the journey. thanks
can direct contact ferry service http://www.cataferry.com/ or https://www.bluewater.my/
if too many, better reserve in advance