Pengalaman & Panduan Umrah DIY

Pengalaman & Panduan Umrah DIY | Ada dua cara untuk pergi mengerjakan umrah ziarah. Sama ada pergi umrah sendiri ataupun menggunakan travel ejen. Kedua-duanya ada kelebihannya tersendiri.

  • Kalau pergi sendiri, kelebihanya harga adalah lebih murah berbanding pergi menggunakan travel ejen @ pakej.
  • Manakala menggunakan travel ejen, kelebihannya urusan menjadi lebih mudah. Semuanya dibuat oleh travel ejen.

Anda boleh pilih yang mana menjadi pilihan hati, nak pakai ejen atau pergi sendiri @ Umrah DIY (Do It Yourself).

Dan jika anda berhasrat untuk buat Umrah DIY, mungkin anda boleh baca coretan pengalaman Umrah DIY dalam artikel dibawah ini.

Pengalaman ini dikongsi oleh saudari Iefa. Umrah selama 8 Hari 7 Malam (Berempat). Semoga bermanfaat.

UNTUK MAKLUMAN, ARTIKEL INI DI TULIS PADA TAHUN 2017. TATACARA DIY MUNGKIN BERBEZA DARI SEMASA KE SEMASA.

Pengalaman & Panduan Umrah DIY

Ramai yang request iefa untuk cerita kisah Umrah DIY tempoh hari. Maaf sangat iefa lambat post kat FB sebab agak busy dengan business Pahlawan Toys & Susu Kambing MyMila KL. Iefa cuba cerita sesimple yang mungkin untuk fahaman semua.

Pengalaman & Panduan Umrah DIY

Tiket Flight – MAS Airlines

Kisah tiket flights ni yang ramai tertanya-tanya. Ceritanya En Suami baca paper ada MAS Offer ke London. Then dia whatsapp iefa tanya nak pergi London tak? Of course la kan nak pergi. Then dia cek tiket.

Sat g dia whatsapp iefa lagi bagitahu dah berjaya beli ticket flights return ke Jeddah untuk 4 orang dengan harga promosi RM1600! (RM400 sorang). Macam tak percaya sampai sekarang. Rezeki yang tidak diduga! Alhamdulillah.

Terus dia bagitahu family sambil rasa syukur sangat sebab Allah dah makbulkan doa En Suami nak bawa parents dia pergi Umrah dalam masa terdekat. Alhamdulillah. TQ Allah.

So kalau dah ada plan nak buat Umrah secara DIY ni boleh la start memburu tiket flight. Kebiasaannnya harga dalam lingkungan RM2000-RM3000 seorang.

Banyak syarikat yang menawarkan penerbangan ke Mekah & Madinah seperti Saudi Airlines, AirAsia, Flynas, Qatar Airways, Emirates Airlines & lain-lain. Kena selalu cek di website mereka baru boleh dapat murah.

Travel Insurance – AXA Insurance

Pentingnya Travel Insurance ni if anything happen kat sana macam accident ke, sakit yang perlu ke hospital & so on, kita boleh pakai Insurance ni untuk masuk hospital di sana.

Kami ambil AXA Insurance ni sebab ramai traveller & backpackers yang recommend. Kami ambil VIP Package covered sepanjang kami berada di sana dengan harga RM55.50 seorang.

Penginapan Hotel

Banyak website hotel yang boleh di tempah. Antaranya Hotelscombined yang boleh bezakan harga hotel-hotel di sana.

Hotelscombined ni sama seperti Trivago yg di iklan tv tu. So pilihan di tangan kita & biar kita bijak memilih.

Cari hotel yang ada mentioned “Refundable” supaya senang nanti. Andai kata dah booking hotel A, tapi tak jadi nak stay sebab hotel A ni tak ada breakfast. Tapi nak duduk hotel B sebab ada breakfast. So kita boleh cancel balik booking hotel A & akan dapat refund duit kita.

Umrah DIY kos

Hotel di Mekah

Elaf Kinda (Hanya 50 Meter dari Masjidil Haram) [ 5⭐ Hotel ]. Kisah booking hotel di Mekah ni paling la unik. Hari yang kami nak fly tu la baru kami booking. [Book Hotel ini]

Pada mulanya kami booking hotel lain (Hotel Wahet Al Deafah) yang 15 minit jalan untuk ke Masjidil Haram. Antara sebab kami pilih Hotel Wahet yang jauh ni sebab dia murah.

Tapi bila difikirkan balik kesihatan mama & papa, tu yang kami decided ambil Elaf Kinda ni walaupun agak mahal. Kami booking Elaf Kinda Hotel thru Booking.Com dengan harga RM2953 untuk 4 malam.

Hotel di Madinah

Al Mukhtara International Hotel (150 Meter dari Masjid Nabawi) [ 3 ⭐ Hotel ]. [Book Hotel ini]

Hotel di Madinah ni kami ambil berhampiran dengan pintu gate 25. Tujuannya sebab dekat untuk iefa & mama pergi Raudhah. Kami booking hotel ni melalui Agoda.Com dengan harga RM900 untuk 3 malam.

Hotel di Madinah 50 Meter

✅ Sijil Nikah CTC (Certified True Copy)

Untuk makluman, bermula tahun 2013, kerajaan Arab Saudi dah tetapkan wanita berusia 18-45 tahun yang ingin menunaikan umrah perlu ditemani mahramnya.

  • Bagi wanita yang berusia 45 tahun ke bawah & berkahwin, diwajibkan CTC sijil nikah kalian di pejabat agama yang kalian daftar masa nikah yea.
  • Wanita yang berusia 45 tahun ke atas tak perlu dah nak CTC bagai.

Lepas dah dapat CTC di pejabat agama, boleh la menyusul pula bawa sijil nikah yang copy tu untuk di CTC lagi di Wisma Putra yang berhampiran.

✅ Suntikan Vaksin

Vaksin ni sangat perlu di ambil sebulan sebelum buat visa. Memandangkan vaksin ni valid 5 tahun, Iefa & suami tak perlu suntikan vaksin ni lagi sebab kami baru je ambil vaksin ni pergi umrah tahun lepas, 2016.

Jadi suntikan vaksin ni diberi kepada parents in law. Iefa minta kenalan doktor untuk datang inject vaksin ni di rumah Melaka. Doktor tu caj hanya RM120/sorang sahaja. Murah kan? Alhamdulillah. Rezeki dapat murah. Kalau kat Tabung Haji RM140/sorang. If kat klinik atau hospital RM150 ke atas.

✅ Kursus Umrah

Kursus umrah ni kami pergi Tabung Haji (TH) kat Jalan Tun Razak, KL tu je. FREE. Selalu kursus Umrah kat sana hari Sabtu start pukul 9am hingga 1 petang. Terus je datang sana tak perlu register apa-apa. Parking kat dalam bangunan TH & bagitahu pak guard nak pergi kursus umrah.

Lokasi Lain Untuk Kursus Umrah Percuma

1. Surau Bangunan Tabung Haji, Jalan Tun Razak, KL
2. Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin, Putrajaya
3. Masjid TH Hotel, Kelana Jaya, Selangor

✅ Gambar Passport

Gambar berukuran passport ni boleh je ambil di mana-mana kedai gambar. Bagitahu je hakak kedai tu kata nak ambil gambar umrah. So tahu la dia nak petik gambar macam mana nanti.. ?

✅ Passport & Visa

Untuk passport kami dah ada, tapi untuk pengetahuan korang sahaja, kos buat passport adalah RM 200 untuk 5 tahun.

Kisah visa ni sangat mencabar buat kami. Bila berita Kerajaan Arab Saudi tetapkan sesiapa yang ingin mengerjakan umrah lebih dari sekali dalam tempoh masa 3 tahun Hijrah dikenakan bayaran visa 2000SAR untuk lawatan kedua & seterusnya.

Masa tu kami redha dah. Tapi macam pening juga la kejap kami kena bayar 2000SAR. Then keluar berita kejap tak perlu bayar. End up tak perlu bayar untuk visa 2000SAR tu. Alhamdulillah, rezeki!

Yang perlu bayar 2000SAR tu adalah tahun hijrah yang sama. Bermaksud, dalam calendar Islam, tahun yang sama la. Nasib kami pergi Umrah tahun lepas (2016) tak kena pada tahun hijrah yang sama. Alhamdulillah.

Selamat tak kena bayar caj tambahan tu. Jadi kami minta salah seorang dari hamba Allah ni yang uruskan visa kami 4 orang. Kami bayar RM350/sorang kat dia. Urusan Visa ambil masa 2-3 minggu.

Dokumen untuk visa adalah :
☑ Itinerary tiket flights
☑ Passport
☑ Gambar 4 keping berukuran passport
☑ Sijil nikah yang dah siap CTC dari Pejabat Agama & Embassy
☑ Itinerary Hotel yang dah di booking di Mekah & Madinah

✅ Pengangkutan

1⃣ Aiport ke Hotel

King Abdulaziz International Airport (Jeddah Airport – Terminal Haji) ke Mekah (Menggunakan Starex).

Sebenarnya, Transportation kat sana kami redah je sebenarnya. Hehe. Tapi Allah temukan kami berjumpa dengan Kak Dura & Suami (Couple Umrah DIY juga) di airport Malaysia.

Suami Kak Dura kata naik taxi dengan dia tapi sama-sama tong-tong la. Then the moment sampai Jeddah Airport, taxi yang patut tunggu kami tak sampai-sampai.

Terus, suami Kak Dura dengan selamba je tanya kat mamat yang tolak troli kat area Jeddah Airport (Terminal Haji) tu ada tak taxi sebab hanya bus & coaster sahaja yang dibenarkan masuk di Terminal Haji.

Lepas tu, Suami Kak Dura & En. Suami saya pergi la check betul ke ada yang boleh hantar kami ke Mekah. Alhamdulillah, mereka berjaya dapatkan Hyundai Starex untuk kami ke Mekah. Total 300SAR. Kami 1 family (4 Orang) bayar 200SAR while that couple 100SAR.

Driver Taxi hantar direct ke hotel kami. Kami tiba di Mekah pukul 12.35am, 19.01.2017.

2⃣ Bus ke Tanaim (Niat Ihram)
Kami prefer naik bus dari taxi sebab bus murah. 4SAR return je. So 4 orang hanya 16SAR. ?

3⃣ Mekah ke Madinah (Sonata)
En. Suami dapat contact mamat ni dari salah seorang akak yang Umrah DIY 1 bulan sebelum kami berangkat. Dia suggest ambil mamat Pakistan yang namanya Mustafa. Laju bak hang dia bawa. Patutnya Mekah ke Madinah 6 jam, tapi dia bawa 4 jam je. Tekan minyak 150km/hour. So mamat ni caj 300SAR dari Mekah ke Hotel kami di Madinah.

4⃣ Ziarah Madinah (GMC & Camry)
Iefa booked thru Umrah Taxi di FB. Deal dengan depa dari Mekah lagi. So hari yang kami patut Ziarah memang kami naik GMC. Sampailah kami di Bukit Uhud, driver GMC ni kata dia kena pergi ke Airport Jeddah ambil orang & transfer kan kami ke kawan dia, naik Camry. Agak bengang juga la sebab iefa booked untuk ziarah 3 jam tu bayar pakai GMC 300SAR bukan Sedan. Tapi nak buat macam mana, maybe bukan rezeki kami. FYI, attitude orang Arab memang macam tu yea. Sesuka hati dia je nak tukar bila-bila masa tu yang tak systematic kat sana.

5⃣ Madinah ke Airport Jeddah (Sonata)
Yang ni kami memang dah deal awal-awal dengan Mustafa suruh hantar ke Airport. So bayar dalam 400SAR sahaja.

✅ Bajet Makan Minum untuk 7 Hari

Mekah
Kami bawa bekal sikit dari Malaysia. Sambal ikan bilis MIL (Mom in law) yang masak.

Mula tu budget makan kami di sana 200SAR/hari untuk 4 orang. Tapi kami banyak sangat jimat di Mekah sebab Elaf Kinda Hotel tu provided breakfast. So tinggal makan untuk lunch & dinner je la.

FYI, makanan di Mekah lagi murah jika dibandingkan dengan Madinah.

Madinah
Sampai je di Madinah, perut berkeroncong. So kami cari tempat makan. Harga 2x ganda dari Mekah. So nak tak nak kena la beli. Nasib budget lebih hari tu untuk makan.

So total kami makan di Mekah & Madinah untuk 4 orang dalam 534SAR.

✅ Simkad

Kami beli Sim Card Mobily, 80SAR di Madinah. 2GB untuk Browser, 5GB untuk Media Social (FB, IG, Twitter, Whatsapp, Wechat & so on). Sebab tak beli di Mekah? Hotel di sana dah provided WIFI kat bilik. Kat Madinah nak mengWIFI di lobby sahaja. Tu yang kami beli sim card sebab malas nak turun naik bilik. ?

✅ Shopping

Antara tempat yang kami suggest untuk shopping of course la Madinah sebab lagi murah nak compared dengan Mekah.

Jubah di Madinah boleh bargain dari 20SAR ke 80SAR. Kat Mekah dapat 100SAR je paling murah. Then Kurma Ajwa No. 1 (Kurma Nabi) kami beli di Pasar Madinah kedai nombor 95. 1 kg dapat 50SAR. Kat Mekah 1kg 80SAR. Banyak beza tu. Pilihan di tangan kita. ?

✅ Tentatif Umrah DIY

Iefa & suami plan & susun sendiri tentatif ke sana. Kami plan turun ke Mekah dulu sebabnya beri peluang untuk parents in law selesaikan umrah yang wajib. 4 hari di Mekah, 3 hari di Madinah.

Pengalaman di King Abdulaziz International Airport (Jeddah Airport – Terminal Haji)

Kami tiba di airport pukul 7.32pm waktu Jeddah. Masa ni kami bertembung dengan flights lain (Turkey Airlines & Pakistan Airlines). So agak lama juga kami stay di airport sebelum kami di cek di kastam.

Part beratur di Kastam ni macam biasa la, kena sabar menanti sebab bangsa Turkey ni tak reti nak beratur sampai la kena marah ngan Pak Arab.

Bila tiba je turn kami, dan-dan tu la Pak Arab Kastam tu boleh pula nak g toilet. Then kami tunggu kenapa lama nau pergi toilet, rupanya dia solat. Ok la, kami redha menunggu turn untuk di cek.

Alhamdulillah, kami 1 family lepas tanpa ada masalah. Ramai yang cakap kalau di airport Madinah lebih mudah urusannya. Tapi kali ni kami dah decided nak ke Mekah dahulu so kena la hadap gak.

✏ Pesanan untuk semua. Sampai je di airport sana tak payah la rasa malas sangat nak suruh orang troli baju hijau tu angkut beg korang. Ada yang tak pasal kena caj 50SAR 1 troli kang sebab kawan kami dah kena. So selagi ada kudrat angkat beg sendiri, angkat je la yea.

Tarikh Perjalanan Umrah DIY Kami

  • 18.01.2017, MH150 Wed (Depart KUL-JED : 3 pm)
  • 25.01.2017, MH151 Wed (Depart MED : 20:55 pm) – 26.01.2017, Thu (Arrival KUL : 10.55am)
Day 1 (Rabu)

Selesaikan Umrah Pertama sebab miqat atas flight. So, kena la siap-siap pakai pakaian ihram sebelum Pilot umumkan tempat miqat.

Untuk lelaki, iefa suggest pakai kain ihram & t-shirt je dulu dari airport untuk elak keadaan kelam kabut nanti atas flight bila pilot umumkan tempat miqat.

Kami sampai ke hotel malam tu pada pukul 12.35am. Selesai check in, kami terus mengerjakan umrah kami yg pertama.

Alhamdulillah kami berjaya sempurnakan umrah kami pada pukul 3am. Otw balik hotel kami singgah beli makanan. Pastu mandi & bersiap untuk pergi menunaikan solat Subuh.

Day 2 (Khamis)

Disebabkan kaki father in law luka, umrah ke 2 yg kami dah plan terpaksa ditunda. Kami suami isteri je yang solat di Masjidil Haram untuk hari tu. Parents in law rehat di hotel sementara tunggu kaki papa sembuh.

Iefa & suami selalu memasuki Pintu 91 (K. Fahd Escalator) & solat di bawah. Di bawah tak terlalu padat berbanding solat di atas. Tapi ada juga kami solat berhampiran dengan Kaabah. Cuma kena masuk masjid awal & duduk di saf tu tak gerak ke mana.

Day 3 (Jumaat)

Alhamdulillah luka kaki papa nampak dah elok sikit. So kami pun pergi ke Tanaim dengan menaiki bas & selesaikan Umrah ke 2 kami.

Hari Jumaat sebenarnya kami tak suggest buat Umrah sebab orang terlalu padat + nak solat Jumaat. Kami hanya sempat 3 kali tawaf di bawah dekat Kaabah, kemudian naik ke tingkat 2 untuk proceed tawaf seterusnya.

Agak jauh tawaf di tingkat 2 tapi kami gagahkan & doa sepanjang umrah kami dipermudahkan. Alhamdulillah. Kami sempat solat Jumaat di tempat saie.

Day 4 (Sabtu)

Usai solat Subuh, kami siap-siap memakai ihram dari hotel then terus pergi ke Tanaim dengan menaiki bas & dapat selesaikan Umrah ke 3 kami dengan cepat sebab dapat Tawaf di bawah, berhampiran dengan Kaabah. Alhamdulillah.

Day 5 (Ahad)

Bagi sesiapa yang ingin memegang, mencium kelambu Kaabah & mencium Hajar Aswad, kami suggest datang ke Masjidil Haram pukul 8.30 am sebab masa ni orang tak terlalu ramai.

Disebabkan hari ini, hari last kami di Mekah, jadi kami terus buat Tawaf Widak. Tapi sebelum Tawaf Widak, kami sekeluarga sempat pegang & cium kelambu Kaabah. Allahhu. Tak tergambar perasaan kami masa tu. Hanya Allah je yang tahu.

Tapi kami tak dapat cium Hajar Aswad sebab orang terlalu ramai di kawasan tu. Even En. Suami nak cuba pun, tak dapat.

Tak mengapa, Insyaallah ada rezeki kami juga nanti untuk cium Hajar Aswad. Kemudian kami terus melakukan Tawaf Widak.

Air sembahyang wajib ada yea setiap kali tawaf. Tak kira Tawaf semasa Umrah, Tawaf Sunat or Widak.

Selasai Tawaf Widak, kami pulang ke hotel & bersiap-siap untuk berangkat ke Madinah pula. Dari Mekah ke Madinah, hanya 4 jam sahaja. Laju driver ni bawa. 150km/jam.

Kami tiba di Madinah dalam pukul 5pm. Memandangkan kami dah solat jamak masa otw ke Madinah, jadi kami stay je di hotel dulu.

Siap kemas barang, kami terus melawat ke makam Nabi S.A.W (Duduk di luar je depan Kubah Nabi) untuk mengucapkan salam kepada Nabi Muhammad S.A.W & sahabat-sahabat baginda juga menyampaikan salam dari saudara & sahabat kami di Malaysia.

Day 6 (Isnin)

Hari ni kami berpeluang ziarah Madinah dengan menaiki GMC yang iefa booking di Mekah melalui FB Umrah Taxi.

Pakej ziarah yang diberi adalah Masjid Quba, 7 Masjid, Masjid Qiblatain (2 Kiblat), Bukit Uhud & Wadi Al Jinn. Ziarah 5 tempat ni mengambil masa 3 jam sahaja.

Day 7 (Selasa)

Pagi ni kami ke Raudhah. Actually En. Suami dah 2x masuk Raudhah since semalam sebab jemaah lelaki boleh memasuki Raudhah all the time.

So, pukul 8.30am, kami sekeluarga gerak ke Masjid Nabawi dari hotel melalui Gate 25. Pintu masuk jemaah wanita ke Raudhah adalah pintu 25 & waktu ke sana agak terhad.

Jemaah wanita hanya dibenarkan 3x memasuki Raudhah iaitu pada pukul 9am, selepas Zohor & selepas Isyak.

Waktu paling padat memasuki Raudhah adalah pukul 9am & selepas Isyak. Selepas Zohor tak terlalu padat jika dibandingkan 2 waktu tadi.

FYI, jemaah wanita yang nak masuk ke Raudhah akan dibahagikan mengikut Negara.

Selalunya keutamaan memasuki Raudhah diberikan kepada negara Arab. Kemudian disusuli negara Turki, Pakistan/India & yang paling akhir negara Indonesia/Malaysia/Brunei/Singapore.

Selesai ke Raudhah, kami menuju ke Pasar Kurma. Di Pasar Kurma ni agak kelam kabut sikit sebab Pak Arab ni akan panggil & tarik jemaah lelaki memasuki kedai mereka.

Nak elak En. Suami & Papa kena tarik, iefa & Mama pegang mereka all the time jalan di situ. So, tak ada la depa nak tarik suami kita paksa masuk kedai depa. ?

Jika nak membeli buah-buahan seperti kurma, tin, zaitun, pistachio, coklat & sebagainya dengan harga mampu milik, boleh singgah ke kedai nombor 95.

Owner kedai ni warga Indonesia & ramah orangnya. Boleh cuba setiap makanan di dalam kedai ni. “Makan Halal” kata mereka.

Kurma Ajwa ada 2 versi. Iefa memilih Kurma Ajwa No. 1 kerana rasa yang sedap & lembut berbanding Ajwa No. 2 yang agak keras buahnya.

Tips Memasuki Raudhah
? Waktu: Dari apa yang iefa baca tentang tips ke Raudhah sebelum ni, waktu yang paling tenang & sesuai masuk adalah selepas Isyak pada pukul 11pm – 2am. Sebabnya waktu ni, orang dah ramai keluar dari Raudhah.

? Pakaian : Memakai serba hitam seperti Jubah, Telekong/Tudung & Niqab/Purdah. Tujuannya supaya kita dapat masuk ke Raudhah bersama orang Arab & tak perlu menunggu lama/diasingkan duduk sebaris di negara masing-masing.

Day 8 (Rabu)
Bersiap sedia untuk berangkat ke Airport Jeddah dari Madinah. Hanya mengambil masa 4 jam juga dengan menaiki kereta (Sonata) & driver (Mustafa) yang sama.Sampai di Airport Jeddah, kami terus cari kaunter Air Zam Zam. Setiap jemaah akan dapat 1 botol (5 Liter) Air Zam Zam dengan harga 9SAR/botol.Ok, bertolak pulang Malaysia!
✅ Ringkasan Kos Umrah DIY

Tukaran Duit 1 SAR = RM1.19

1. Flight Details
  • Flight Tix : RM1600 (Return Flight 4 Persons. RM400/Person)
  • Insurance : RM222 (RM55.50/Person)
  • Total for Flight + Insurance : RM 1822 (RM455.50 / Person)
2. Hotel
  • Hotel Mekah: Elaf Kinda Hotel – Breakfast included (4N) (Booking.Com) : RM2953 [RM738.25 / Person] [Book Hotel ini]
  • Hotel Madinah: Al Mukhtara International Hotel (3N) : RM900 [RM225/Person] [Book Hotel ini]
  • Total Hotel: RM 3853 (RM 963.25 / Person)
3. Pengangkutan
Airport – Mekah : 200SAR (Starex)
Mekah – Madinah : 300SAR (Sonata)
Madinah – Airport : 400SAR (Sonata)
Ziarah Madinah : 300SAR (GMC & Camry)
Miqat Tanaim :
20.01.2017: 16SAR (4×4 return) (Bus)
21.01.2017 : 16SAR (4×4 return) (Bus)Total Pengangkutan: 1232SAR (RM1467) [RM366.75/Person]
4. Visa: RM1400 (RM350/Person)
5. Vaksin Injection: RM240 for 2 Persons (RM120 / Person)
6. Makan & Minum: Total Makan 7 Hari : 534SAR (RM635.71) [RM158.93 / Person]
7. Shopping: 467.85SAR (RM556.96)
[Ikut budget masing-masing untuk shopping asalkan tak membazir. ?]

Total Overall Umrah DIY : RM9,543.85
Anggaran Total Kos Umrah DIY Untuk Seorang : RM 2,385.96

Umrah DIY nampak senang tapi kena rajin dan banyak membaca ye! Selamat menunaikan ibadah umrah. Semoga perjalanan Umrah DIY anda berjalan lancar mahunya!

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

16 Komen di “Pengalaman & Panduan Umrah DIY”

    1. AsSalam Tuan terima kasih atas perkongsian..boleh PM
      Kos terkini 2023 agak2 brp % tambahan

    1. Wslm, selagi ada kosong boleh booking. sebaiknya awal. Sebab kalau hotel yg dekat, cepat penuh.

    1. Assalammuakaikum cik..
      Nak tanyer, boleh foraward kan number yg buat visa umrah tak? Planning nak buat DIY on november with family members.

      Maybe u boleh DM me.. 0135151477 (mohammad)

      Syukran.

  1. Assalamualaikum…….
    Manafaat untuk kami. In sha Allah, kami juga ada rancangan untuk buat UMRAH. Doakan…. semoga dipermudahkan urusan kami. Jzkl

  2. Seems reasonable umrah diy versi puan ini, saya ni baru tau ada cara lagu ni sbb baru la teringin ya amat utk buat umrah atas faktor2 tertentu, saya mmg sesuai cara diy ni nampak thrillnya lagipun saya suka adventure, rasa saya puan ister keberatan style umrah diy ni, sekadar meluahkan isihati sja. Rasa saya cukup lengkap dh coretan puan ini, cukup manafaat, semoga mendapat keberatan dari Allah. Wallahua’lam