Tahun Melawat Malaysia 2020
Tahun Melawat Malaysia 2020 | KERAJAAN memperuntukkan sebanyak RM 1.1 bilion untuk Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (Motac) ke arah usaha menjenamakan Malaysia sebagai destinasi utama pelancongan, dengan sasaran 30 juta pelancong. (MStar)
Info Tahun Melawat Malaysia 2020
Pembentangan Bajet 2020, mencadangkan beberapa insentif cukai bagi meningkatkan kesedaran, promosi dan program sempena kempen Tahun Melawat Malaysia 2020 ( TMM2020 ).
Menarik perhatian admin adalah insentif cukai untuk bas persiaran. Insentif lain boleh rujuk di artikel MStar.
Bagi menyahut saranan kerajaan ini, apa kata korang melancong dalam Malaysia sahaja untuk tahun 2020.
Logo Tahun Melawat Malaysia 2020
Umumnya, korang mesti sudah mengenali logo TMM2020. Yang belum tengok, berikut adalah gambar logo TMM2020.
Cadangan Destinasi Sempena Tahun Melawat Malaysia 2020
Banyak destinasi yang belum diterokai dalam Malaysia. Bagi admin sendiri, belum pernah lagi ke Taman Negara Pahang. Jika berkesempatan admin akan ke sana nanti. Syok dapat pergi tempat macam ni 🙂
Kalau korang ada tempat yang belum pernah pergi lagi dalam Malaysia ini, mungkin tahun 2020 adalah waktu terbaik untuk korang cuba.
Tempat Pelancongan Popular di Malaysia
- Kuala Lumpur
- Langkawi
- Kota Kinabalu & Kundasang Sabah
- Penang
- Melaka
- Pulau Redang
- Pulau Perhentian
- Genting Highland
- Cameron Highland
Senarai tempat di atas tidak asing lagi di kalangan rakyat Malaysia, ramai yang pergi. Malah ulang-ulang banyak kali ke tempat sama. Admin sendiri, ke Langkawi 4 kali.
Itu percutian yang popular, kalau korang minat alam semulajadi, banyak tempat yang boleh cuba di Malaysia. Antaranya seperti berikut:
- Taman Negara Pahang
- Sekitar Air Terjun Berkelah
- Sekitar Lata Tembakah
- Tasik Banding @ Royal Belum
- Tasik Kenyir
- Desaru Johor
- Dabong Kelantan
Banyak lagi sebenarnya, kalau korang ada cadangan tempat menarik di Malaysia, boleh komen-komen di bawah 🙂
Destinasi Yang Kurang Di Dendangkan: Kelantan
Admin tahu, masih ramai lagi rakyat Malaysia yang belum pernah ke Kelantan. Sempena TMM2020 ini, korang patut cuba pergi melancong ke Kelantan. Banyak tempat boleh pergi dan yang pasti makanan sedap!
Banyak tempat boleh pergi ke Kelantan, sama juga ke Sabah ataupun Lombok. Memang trip awesome punya sambil-sambil kenal negeri Kelantan.
Admin pernah buat satu artikel Bercuti ke Kelantan Macam Pergi Lombok. dalam artikel itu, ada tentatif yang terbaik untuk korang yang bercadang untuk ke Kelantan.
Apa yang dicadangkan itu, lebih kurang sama seperti korang pergi Sabah. Pergi pulau dan jalan-jalan dalam bandar. Boleh cuba ke Kelantan tahun depan sempena TMM2020 🙂
TMM2020
Sebagai rakyat Malaysia, korang patut pergi kesemua negeri di Malaysia dulu sebelum ke Luar Negara. Banyak destinasi boleh pergi. Dan paling penting kenal negara dan negeri!