Day Trip Hatyai dari UUM Sintok

Untuk warga UUM, yang tak tahu nak buat apa hujung minggu ini, mungkin boleh rancang dengan kawan-kawan buat Day Trip ke Hatyai. Pergi makan-makan dan balik.

Bagi yang pertama kali akan ke HatYai, coretan Saudari Leen ini boleh dijadikan sumber ilham untuk ke sana nanti.


Day Trip ke Hatyai Dari UUM Sintok

Ini trip pakai redah aje ye memandangkan pergi sana hanya food hunting semata mata. Trip bermula dari Kedah (UUM Sintok)

Immigresen / Border Malaysia Thailand

Seawal jam 8 pagi kami bertolak ke sempadan yang hanya memakan masa selama 30 minit sahaja. Sampai sana, ada tempat parking kereta and jalan sikit ke imigresen untuk cop passport masing2.

Korang kena datang lagi awal sebab time kami sampai tu, barisan tersangatlah panjang. Plus kami pegi hari Sabtu lagi la ramai orang kan 😌

And then time korang beratur nak cop passport/boarder pass tu, boleh la pegi ambik kertas putih kat kaunter and isi dalam barisan siap2. Lepasni bila dah sampai turn, cepat la urusan korang semua.

Lepas dah cop, korang dah boleh masuk Thailand. Yeay ! Ramai yang akan masuk dengan kereta, train atau bas tapi kami pilih jalan kaki je sampai Dannok (lepas sempadan sikit je).

Sarapan Pagi di Dannok

Benda pertama yang kami cari adalah makanan 😈😈 sebab semua tengah lapar tak sempat breakfast. Hihi. Jalan dalam 500m macam tu, dah jumpa 7e. 7e diorang lebih kurang macam kat Malaysia la cuma ada certain makanan takde kt Malaysia.

Contohnya, burger ! Ye, burger tu dia jual dalam plastik. Pastu gantung2 mcm dalam gambar 😉 Rasa dia sedap sangat. Harga satu burger 32 Baht. Korang mesti cuba ni kalau datang Thailand. Wajib !

Dah alas perut sikit, dah boleh gerak ke destinasi2 yang lain.

Sewa Van ke HatYai

Kat area 7e tu, ada perkhidmatan van yang boleh disewa. Maksudnya kita sewa van tu sekali ngan driver la. Bayar and dia akan bawa kita ke mana2 sahaja kita nak pegi dari pagi sampai malam.

Harga mengikut satu van so kalau korang pergi lagi ramai, lagi jimat ok. Harga satu van dalam 3000 Baht. Kami pergi seramai 7 orang jadi harga dalam 430 Baht seorang. Satu van boleh memuatkan sehingga 13 orang 😱😱

Chang Puak Camp (Elephant Camp)

So, our first destination ialah Chang Puak Camp (elephant camp). Makan masa selama satu jam dari border. Kat sana macam zoo la sebab ada macam2 haiwan tapi yang paling popular kat situ semestinya gajah la. Ada baby gajah, mak gajah semua. Entrance fee free tapi kalau nak tengok elephant show kena bayar sikit.

Tang Kuan Hill

Dah selesai tengok gajah, kami ke Tang Kuan Hill untuk tengok view Hatyai dari atas. Entrance fee 30 Baht. Kat atas sana ada dua view iaitu city view dan sea view. Korang boleh la pegi tengok mana yang korang nak.

Samila Beach

Then, kami teruskan perjalanan ke Samila beach (4 minutes away). Kat situ kami topup energy lagi sebab dah tengah hari. Kami makan di satu restoran kat Samila beach tu and semestinya tomyam is the first choice. Bila pergi Thailand and tak rasa tomyam dia, rugi la. Tomyam superb padu walaupun harga agak pricey. Dekat sini kami habiskan 110 Baht seorang.

Masjid Songkhla

Lepastu kami pergi solat jamak di Masjid Songkhla. Masjid tu besar sangat sampai tiga tingkat. Surrounding lawa ala2 taj mahal. 😉😉

Klonghae Floating Market

Tempat wajib pergi kalau ke Hatyai, Klonghae Floating Market. Kat sana, of course makan lagi. Semua makanan kat situ murah2 and rare. Macam2 makanan korang boleh try.

Kalau korang beruntung, dapat tengok persembahan kebudayaan Thai kat area situ. Bajet kat sini terpulang kepada semua. Kalau nak lagi jimat, boleh beli sikit2 makanan and share2 ambik rasa. Baru jimat 🤭🤭

Perlu diingatkan market ni buka Jumaat, Sabtu, Ahad sahaja dari jam 3-9 malam. So, boleh plan awal2 hari apa korang nak pergi.

Shopping di Bandar HatYai

Dah settle makan, time to shopping ! Sape je yang yak suka shopping kan. Perjalanan dari floating market ambik masa dalam 20 minit. Sampai sini dah malam then kami terus shopping souvenir.

Kat sini ada dua bangunan kedai and mostly semua kedai lebih kurang saja barang yang dijual. Kalau korang pandai offer, dapat la murah. Bajet kat sini pun terpulang pada kos shopping masing2. Hihi

Balik ke Pangkal Jalan

Finally it’s time to get home. Semua dah penat lepas seharian jalan2 sekitar Hatyai. Naik je van semua tidur haha sebab perjalanan balik ke Dannok mengambil masa dalam 2 jam. Tiba kat Dannok, kami ke 7e lagi untuk makan lagi and habiskan sisa duit yang ada. And then, kami terus berjalan ke sempadan and balik ke UUM.

Sekian one-day trip to Hatyai dari kami. Semoga apa yang dikongsikan berguna untuk semua orang.

Kos Day Trip ke HatYai

Jadi, kos perbelanjaan untuk trip ni;
Breakfast burger : 32Baht
Sewa Van : 430Baht (lagi ramai pergi, lagi murah per person)
Entrance Tang Kuan Hill : 30Baht
Lunch at samila beach : 110Baht
Klonghae Floating Market : 85Baht
Asean Night Bazaar : 450Baht
Dinner 7e : 40Baht

Total : 1177Baht (bersamaan RM162)

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *