Tentatif Ringkas Percutian ke Sabah – 4 Hari 3 Malam
Tentatif Percutian ke Sabah | Bila bercakap pasal Kota Kinabalu, Sabah, perkara pertama terlintas di fikiran kita adalah sudah tentu Gunung Kinabalu yang tinggi, pulau-pulau yang cantik, dan juga makanan laut yang segar dan murah!
Ungkapan yang berbunyi, ‘Boleh bah, kalau kau’, sesuatu yang cukup popular di Sabah yang jika diterjemahkan dalam bahasa anak muda di semenanjung, ia berbunyi, ‘engko punya pasal, tak de hal lah bro’ atau dalam erti kata lain kita bersetuju atas tindakan sahabat kita itu.
Layan gambar pemandangan sekitar Kota Kinabalu & Kundasang dulu 🙂
Sedikit Informasi Tentang Sabah
Sabah adalah salah satu daripada 13 negeri yang terdapat di Malaysia dan merupakan negeri kedua terbesar di Malaysia selepas Sarawak yang terletak di utara pulau Borneo, iaitu pulau ketiga yang terbesar di dunia.
Ibu negeri Sabah ialah Kota Kinabalu, yang dahulunya dikenali sebagai Jesselton. Ia juga popular dengan panggilan KK sahaja.
Sabah juga sering dirujuk sebagai “Negeri di Bawah Bayu” kerana kedudukan negeri tersebut yang sangat strategik di bawah laluan angin monsun.
Tentatif Percutian ke Sabah: 4 Hari 3 Malam
Sebenarnya terdapat banyak Tempat-tempat menarik di KK yang boleh dilawati dan kali ini untuk memudahkan korang, kami kongsikan tentatif ringkas ke Sabah, untuk 4 Hari 3 Malam.
Berikut adalah tentatif yang paling ringkas dan bajet untuk ke Sabah:
Hari Pertama – Tiba di Airport KKIA (12PM) dan terus ke Kundasang
Setibanya di Airport, sewa kereta dan teruskan perjalanan ke Kundasang. Untuk menyewa kereta, kami sarankan untuk menyewa dengan Global Lepa Travel & Tours Sdn Bhd, KOTA KINABALU, SABAH. Mudah bicara dan berpatutan.
GLOBAL LEPA TRAVEL & TOURS, KOTA KINABALU, SABAH 012-8440137 Atau 011-37144200 website: http://www.globallepa.com/ Whatsapp BOOK ONLINE Tempahan online untuk 3 hari ke atas akan mendapat Diskaun 5% dan juga diskaun tambahan dengan memasukkan voucher code GlobalLepa yang bernilai RM 20
Enjoy 2 jam perjalanan ke Kundasang. Dalam Perjalanan singgah sekejap di rumah terbalik:
1:30PM | Rumah Terbalik and Jambatan Tamparuli. |
3:30PM | Kemudian berhenti di Pekan Nabalu untuk berehat. |
4:00PM | Check-in at Mile 36 Lodge [BOOK NOW] atau mana-mana hotel yang berdekatan dengan Taman Negara Kinabalu.
Atau korang boleh lihat di artikel ini: Hotel Terbaik di Kundasang |
5:00PM | Terus pergi melawat tempat menarik seperti:- Taman Negara Kinabalu (Kinabalu National Park), Botanical Garden, Nature Gallery & Timpohon Gate |
Masa lapang, boleh overnight kat Kundasang.
Nota Kaki: Jika masa tidak mencukupi untuk melawat di kesemua tempat pada hari pertama, boleh sambung pada keesokan hari.
Hari ke 2 – Poring Hot Spring / Kota Kinabalu
Check-out dari hotel dan terus pergi melawat kawasan sekitar Kundasang dan Ranau.
8:00AM | Desa Dairy Farm (Mini New Zealand)
Untuk pemandangan yang cantik dan bergambar dengan berlatar belakangkan Gunung Kinabalu, elok pergi Desa Dairy Farm pada waktu pagi sebelum pukul 9 AM. Kerana lepas pukul 9, awan akan menghalang pemandangan gunung. Kalau bernasib baik boleh la tengok juga walaupun lepas pukul 9. |
10:00AM | Kundasang War Memorial |
12:00PM | Poring Hot Spring; boleh cuba pengalaman di Titian Gantung atau Canopy Walkway. Selepas itu, mandi air panas. |
3:00PM | Ladang Teh Kundasang |
4:00PM | (OPTIONAL) Kg Luanti Fish Massage |
5:00PM | OTW to KK (OPTIONAL) Dalam perjalanan ke KK, singgah di: Pekan Kundasang – fresh vegetables/fruits market. |
8:00PM | Sampai KK. setiba di kk, check in at hotel Ocenia Hotel [BOOK NOW]. kalau boleh cari dan book hotel yang berdekatan dengan pasar malam (Pusat Bandar). Mudah untuk pergi makan seafood. |
Hari ke 3 – Ke Pulau dan Bersiar-siar di bandar KK, beli ole-ole 🙂
8:00AM | Sarapan Pagi la dulu…lapar kan. |
8:30AM | Terus pergi ke Jeti Jesselton untuk ke Pulau Manukan, Pulau Sapi, Pulau Mamutik dan Pulau Gaya (atau lain-lain pulau). Cukup la pergi 2 pulau sahaja ye – masa perjalanan 15 min dengan menaiki bot. setiba di Pulau Manukan, bebas untuk buat apa saje, snorkeling/ swimming |
11:40AM | Selesai di Pulau Manukan terus pula ke Pulau Sapi dan sambung dengan aktiviti snorkeling/ swimming. |
03:30PM | Balik ke KK, bersiar-siar beli ole-ole dan |
7:00 PM | Makan malam dan berehat |
Hari ke 4 – Sambung beli belah dan ole-ole / Berlepas pulang ke KL
8:00 AM | Handicraft center; Filipino Market, dan lain-lain komplek utama di bandar KK |
12:00 PM | Check-out dari hotel dan terus ke airport untuk balik ke KL. |
Anggaran Kos Paling Jimat Untuk 4 Hari 3 Malam (2 Orang)
Ini adalah anggaran total kos untuk 2 orang, kalau ramai lagi murah. Pada tahun 2016 ya. Mungkin ada perubahan sedikit dari semasa ke semasa.
Tiket Flight (Nak murah beli awal) – RM400 / 2 Person
Pengangkutan + minyak (2 Hari Plus) – Kereta Axia – RM380
Penginapan – RM400 (160+120+120)
Entry Fee (Details kat bawah) – RM80 / 2 Person
Makan Minum – RM200+-
Pakej Pulau (Details kat bawah) – RM110 / 2 Person
Lain-lain – RM100+-
TOTAL KOS UNTUK 2 ORANG: RM1670
RM835 / pax
Entry Fee Details: Kinabalu Park – RM3 (boleh digunakan untuk masuk ke Poring Hot Springs sekali) Park Museum – RM2 Canopy Walk at Poring Hot Springs – RM3 Camera Fee – RM5 (share dengan dua orang, jadi RM2.50 :P) Fish Spa Kg. Luanti – RM5 (include GST) Desa Dairy Farm – RM5 (include GST) Kundasang War Memorial – RM2 Rumah terbalik – RM10.60 (include GST) Taman Laut – RM3 |
Pakej Pulau Details: Pulau Manukan & Pulai Sapi Tambang bot ke Pulau Manukan : RM 23.00 Cukai jeti Jesselton Point : RM 7.00 Sewa alatan snorkeling : RM 10.00 Sewa jaket keselamatan : RM 10.00 Entry pulau: RM3 |
Selamat bercuti dan kenali Sabah!
Boleh saya tau hotel yang awak sewa di kundasang & di KK?
Kundasang stay dekat Mile36 Lodge – Lokasi yang strategi jika follow my tentatif.
KK – Oceania Hotel, Jauh sikit dengan pusat bandar dalam 2KM. Tapi boleh naik bas.
BOOK Mile 36 Lodge Klik di sini
BOOK Oceania Hotel Klik di sini
hello
9 dewasa
4hari 3mlm
berapa rm ground
tq
Salam Badrul,
kami dah email, terima kasih berminat dengan pakej kami. ?
Jika saya nak pakej bercuti syawal ni macam mana ye?
Salam Cik/Puan Aishah,
Boleh kami dapatkan details untuk kami check dulu?
1. Tarikh travel
2. Berapa orang
3. berapa hari nak pergi
Cik/puan boleh hantar details dibawah (reply comment),
ATAU
nak cepat email kepada kami di [email protected]
ATAUPUN
message kami di facebook: https://www.messenger.com/t/pakej.my
Terima kasih
Salam sejahtera. Saya Neela, dari Klang. saya bersama keluarga (6 dewasa & 1 kanak-kanak) bercadang bercuti di Kota Kinabalu pada bulan Disember ini. Kami sebenarnya tiba di kota kinabalu dan berlepas dari Labuan.
tiket penerbangan kami boleh sendiri. kami cuma ingin tahu caj Tour, hotel, dan makanan sahaja.
harap dapat memberi maklumat tersebut.
Salam sejahtera.
Ok kami dah e-mail kepada cik untuk seterusnya
Terima kasih
Boleh email kan ke saya detail payment utk 9 dewasa 3 kanak utk 4h3m pada oktober 2017
Dah email @aishah. Terima kasih
saya nak pergi tour macam tentatif yg di beri. cadangan nya pada 1 mei 2017 hingga 4 mei 2017. buat masa ini anggaran 6 orang. boleh email saya tak…
Ok kami dah email. Terima kasih berminat dengan pakej kami.
Salam sejahtera. Saya asda, dari perlis. saya bersama keluarga (5 dewasa)bercadang bercuti di Kota Kinabalu pada bulan Disember ini.
tiket penerbangan kami beli sendiri . kami cuma ingin tahu caj Tour, hotel sahaja
harap dapat memberi maklumat tersebut.
Salam, terima kasih berminat dengan pakej kami. Kami dah reply email cik. Terima kasih
Assalamualaikum,
Saya berminat utk dptkn sebut harga bagi pakej sabah (4d3n)
– 5 org dewasa (family)
– 3.11.2016-6.11.2016
– all in /full bourd (tak termasuk tiket flight)
– kundasang + island tour
ok, kami dah hantar email kepada cik. Tq ya
Sy bcadang nk bcuti akhir November (cuti skolah)
5 dewasa 1 kanak2.Sy nk tahu charge semua tmasuk flight dr KL.
Bercadang nk pergi 4D3N./3D2N.
Tq.
Terima kasih berminat dengan pakej kami.
Kami dah hantar email ke Cik Ayu.
Saya nk pergi seorang January 2017.. 5 hr 4 mlm.. Rm1500 OK x?
Amir, lebih daripada cukup kalau pergi seorang. Flight tiket dan Penginapan kene booking awal-awal.
admin..kami dp kl..akan ke kk bulan dis 11-15..mohon info caj berkenaan transport n penginapan di kundasang n kk.
tq
Salam, kami dah email. Terima kasih
saya bercadang nak ke sabah bulan january 2017….
tarikh : 12 – 15 Jan 2017
4 org (tiket flight sendiri)
boleh dapatkan sebut harga full pakej untuk kundasang + KK + Island hoping
Terima kasih.
Salam, kami dah email. Terima kasih
Hi, Sy bercadang utk pergi tahun depan dlm bulan March, utk 2 dewasa & 1 kanak 1tahun, 4hri 3 mlm. Anggaran kos berapa ye?
Salam, kami dah email. Terima kasih