Tentatif Ringkas Percutian ke Sabah – 4 Hari 3 Malam
Tentatif Percutian ke Sabah | Bila bercakap pasal Kota Kinabalu, Sabah, perkara pertama terlintas di fikiran kita adalah sudah tentu Gunung Kinabalu yang tinggi, pulau-pulau yang cantik, dan juga makanan laut yang segar dan murah!
Ungkapan yang berbunyi, ‘Boleh bah, kalau kau’, sesuatu yang cukup popular di Sabah yang jika diterjemahkan dalam bahasa anak muda di semenanjung, ia berbunyi, ‘engko punya pasal, tak de hal lah bro’ atau dalam erti kata lain kita bersetuju atas tindakan sahabat kita itu.
Layan gambar pemandangan sekitar Kota Kinabalu & Kundasang dulu 🙂
Sedikit Informasi Tentang Sabah
Sabah adalah salah satu daripada 13 negeri yang terdapat di Malaysia dan merupakan negeri kedua terbesar di Malaysia selepas Sarawak yang terletak di utara pulau Borneo, iaitu pulau ketiga yang terbesar di dunia.
Ibu negeri Sabah ialah Kota Kinabalu, yang dahulunya dikenali sebagai Jesselton. Ia juga popular dengan panggilan KK sahaja.
Sabah juga sering dirujuk sebagai “Negeri di Bawah Bayu” kerana kedudukan negeri tersebut yang sangat strategik di bawah laluan angin monsun.
Tentatif Percutian ke Sabah: 4 Hari 3 Malam
Sebenarnya terdapat banyak Tempat-tempat menarik di KK yang boleh dilawati dan kali ini untuk memudahkan korang, kami kongsikan tentatif ringkas ke Sabah, untuk 4 Hari 3 Malam.
Berikut adalah tentatif yang paling ringkas dan bajet untuk ke Sabah:
Hari Pertama – Tiba di Airport KKIA (12PM) dan terus ke Kundasang
Setibanya di Airport, sewa kereta dan teruskan perjalanan ke Kundasang. Untuk menyewa kereta, kami sarankan untuk menyewa dengan Global Lepa Travel & Tours Sdn Bhd, KOTA KINABALU, SABAH. Mudah bicara dan berpatutan.
GLOBAL LEPA TRAVEL & TOURS, KOTA KINABALU, SABAH 012-8440137 Atau 011-37144200 website: http://www.globallepa.com/ Whatsapp BOOK ONLINE Tempahan online untuk 3 hari ke atas akan mendapat Diskaun 5% dan juga diskaun tambahan dengan memasukkan voucher code GlobalLepa yang bernilai RM 20
Enjoy 2 jam perjalanan ke Kundasang. Dalam Perjalanan singgah sekejap di rumah terbalik:
1:30PM | Rumah Terbalik and Jambatan Tamparuli. |
3:30PM | Kemudian berhenti di Pekan Nabalu untuk berehat. |
4:00PM | Check-in at Mile 36 Lodge [BOOK NOW] atau mana-mana hotel yang berdekatan dengan Taman Negara Kinabalu.
Atau korang boleh lihat di artikel ini: Hotel Terbaik di Kundasang |
5:00PM | Terus pergi melawat tempat menarik seperti:- Taman Negara Kinabalu (Kinabalu National Park), Botanical Garden, Nature Gallery & Timpohon Gate |
Masa lapang, boleh overnight kat Kundasang.
Nota Kaki: Jika masa tidak mencukupi untuk melawat di kesemua tempat pada hari pertama, boleh sambung pada keesokan hari.
Hari ke 2 – Poring Hot Spring / Kota Kinabalu
Check-out dari hotel dan terus pergi melawat kawasan sekitar Kundasang dan Ranau.
8:00AM | Desa Dairy Farm (Mini New Zealand)
Untuk pemandangan yang cantik dan bergambar dengan berlatar belakangkan Gunung Kinabalu, elok pergi Desa Dairy Farm pada waktu pagi sebelum pukul 9 AM. Kerana lepas pukul 9, awan akan menghalang pemandangan gunung. Kalau bernasib baik boleh la tengok juga walaupun lepas pukul 9. |
10:00AM | Kundasang War Memorial |
12:00PM | Poring Hot Spring; boleh cuba pengalaman di Titian Gantung atau Canopy Walkway. Selepas itu, mandi air panas. |
3:00PM | Ladang Teh Kundasang |
4:00PM | (OPTIONAL) Kg Luanti Fish Massage |
5:00PM | OTW to KK (OPTIONAL) Dalam perjalanan ke KK, singgah di: Pekan Kundasang – fresh vegetables/fruits market. |
8:00PM | Sampai KK. setiba di kk, check in at hotel Ocenia Hotel [BOOK NOW]. kalau boleh cari dan book hotel yang berdekatan dengan pasar malam (Pusat Bandar). Mudah untuk pergi makan seafood. |
Hari ke 3 – Ke Pulau dan Bersiar-siar di bandar KK, beli ole-ole 🙂
8:00AM | Sarapan Pagi la dulu…lapar kan. |
8:30AM | Terus pergi ke Jeti Jesselton untuk ke Pulau Manukan, Pulau Sapi, Pulau Mamutik dan Pulau Gaya (atau lain-lain pulau). Cukup la pergi 2 pulau sahaja ye – masa perjalanan 15 min dengan menaiki bot. setiba di Pulau Manukan, bebas untuk buat apa saje, snorkeling/ swimming |
11:40AM | Selesai di Pulau Manukan terus pula ke Pulau Sapi dan sambung dengan aktiviti snorkeling/ swimming. |
03:30PM | Balik ke KK, bersiar-siar beli ole-ole dan |
7:00 PM | Makan malam dan berehat |
Hari ke 4 – Sambung beli belah dan ole-ole / Berlepas pulang ke KL
8:00 AM | Handicraft center; Filipino Market, dan lain-lain komplek utama di bandar KK |
12:00 PM | Check-out dari hotel dan terus ke airport untuk balik ke KL. |
Anggaran Kos Paling Jimat Untuk 4 Hari 3 Malam (2 Orang)
Ini adalah anggaran total kos untuk 2 orang, kalau ramai lagi murah. Pada tahun 2016 ya. Mungkin ada perubahan sedikit dari semasa ke semasa.
Tiket Flight (Nak murah beli awal) – RM400 / 2 Person
Pengangkutan + minyak (2 Hari Plus) – Kereta Axia – RM380
Penginapan – RM400 (160+120+120)
Entry Fee (Details kat bawah) – RM80 / 2 Person
Makan Minum – RM200+-
Pakej Pulau (Details kat bawah) – RM110 / 2 Person
Lain-lain – RM100+-
TOTAL KOS UNTUK 2 ORANG: RM1670
RM835 / pax
Entry Fee Details: Kinabalu Park – RM3 (boleh digunakan untuk masuk ke Poring Hot Springs sekali) Park Museum – RM2 Canopy Walk at Poring Hot Springs – RM3 Camera Fee – RM5 (share dengan dua orang, jadi RM2.50 :P) Fish Spa Kg. Luanti – RM5 (include GST) Desa Dairy Farm – RM5 (include GST) Kundasang War Memorial – RM2 Rumah terbalik – RM10.60 (include GST) Taman Laut – RM3 |
Pakej Pulau Details: Pulau Manukan & Pulai Sapi Tambang bot ke Pulau Manukan : RM 23.00 Cukai jeti Jesselton Point : RM 7.00 Sewa alatan snorkeling : RM 10.00 Sewa jaket keselamatan : RM 10.00 Entry pulau: RM3 |
Selamat bercuti dan kenali Sabah!
saya bercadang nak ke sabah bulan dec 2016….
tarikh : 10 – 13 Dec 2016
6-7 org
boleh dapatkan sebut harga full pakej untuk kundasang + KK + Island hoping
Terima kasih.
ok dah email. Terima kasih
Boleh emailkan detail package untuk 2 dewasa dan 2 kanak2…
Tq
Ok dah email. Terima kasih
Saya berminat dengan pakej 4H3N ni
tapi saya nak tahu kos untuk tiket flight yang balik sahaja.
yang lain2 seperti transport dan hotel persediaan macam biasa
saya dari johor tapi nnti nak naik flight kena turun kl or stay on jb ?
saya ingin ke kota kinabalu pada tahun hadapan(2017) masa cuti sem
bagaimana ya?
Salam, kami dah email. Terima kasih
saya bercadang nak g kk seperti yg dinyatakan di atas..if can arrange kn skli transportation spnjang kami di sana..
date: 2/5/2017 – 5/5/2017
8 dewasa 4 kanak2
flight selfbooking
kami dah email kepada cik. terima kasih
Salam Tuan,
Kami sekeluarga bercadang utk bercuti ke Sabah pada 28 or 29hb Oct ni. Mohon bagi tahu quatation untuk 5 dewasa + 1 kanak2. Semua termasuk flight ticket.
thanks
kami dah email, terima kasih berminat dengan pakej kami. ?
SAya berminat dengan tentatif yang diberikan dan bercadang untuk ke kk 26/10 – 29/10. 3 orang dan tiket penerbangan sendiri . Tapi hanya nak tahu caj bagi tour , hotel dan makanan. Boleh cik emailkan harga ?
kami dah email, terima kasih berminat dengan pakej kami. ?
saya nak pergi tour macam tentatif yg di beri. cadangan nya pada bulan December 2016(tarikh belum masih dlm perbincangan) , buat masa ini anggaran 14 orang. boleh email saya tak…
kami dah email, terima kasih berminat dengan pakej kami. 🙂
Salam…
Kami merancang utk bercuti ke sabah pada 08 – 11 feb 2016
Seramai 12 org 9 dewasa 3 kanak kanak.
ingin tahu kos penginapan dan sewa kereta.
tq
kami dah email, terima kasih berminat dengan pakej kami. ?
Sy bcadang nk bcuti pada 27 – 30 disember 2016 utk 2 orang.
Sy nk tahu charge semua tmasuk flight dr KL.
Bercadang nk pergi 4D3N.
Tq.
kami dah email, terima kasih berminat dengan pakej kami. ?
Salam…
Boleh bagi contact number tak untuk island tour tu?
Terima kasih
Salam Ain,
untuk island tour xde. kalau nak island tour sahaja, cik boleh walk-in jer kat kk nanti
kalau pakej 4 hari 3 malam kami ada.
Terima kasih