Tentatif Ringkas Percutian ke Sabah – 4 Hari 3 Malam

Tentatif Percutian ke Sabah | Bila bercakap pasal Kota Kinabalu, Sabah, perkara pertama terlintas di fikiran kita adalah sudah tentu Gunung Kinabalu yang tinggi, pulau-pulau yang cantik, dan juga makanan laut yang segar dan murah!

Ungkapan yang berbunyi, โ€˜Boleh bah, kalau kauโ€™, sesuatu yang cukup popular di Sabah yang jika diterjemahkan dalam bahasa anak muda di semenanjung, ia berbunyi, โ€˜engko punya pasal, tak de hal lah broโ€™ atau dalam erti kata lain kita bersetuju atas tindakan sahabat kita itu.

Untuk anda yang ingin membuat tempahan Pakej Sabah, anda boleh berbuat demikian dengan melihat pakej di artikel Pakej Sabah (4H3M) atau Pakej Sabah (3H2M) dan hubungi nombor yang disediakan.

Layan gambar pemandangan sekitar Kota Kinabalu & Kundasang dulu ๐Ÿ™‚

Sedikit Informasi Tentang Sabah

Sabah adalah salah satu daripada 13 negeri yang terdapat di Malaysia dan merupakan negeri kedua terbesar di Malaysia selepas Sarawak yang terletak di utara pulau Borneo, iaitu pulau ketiga yang terbesar di dunia.

Ibu negeri Sabah ialah Kota Kinabalu, yang dahulunya dikenali sebagai Jesselton. Ia juga popular dengan panggilan KK sahaja.

Sabah juga sering dirujuk sebagai “Negeri di Bawah Bayu” kerana kedudukan negeri tersebut yang sangat strategik di bawah laluan angin monsun.

Tentatif Percutian ke Sabah: 4 Hari 3 Malam

Sebenarnya terdapat banyak Tempat-tempat menarik di KK yang boleh dilawati dan kali ini untuk memudahkan korang, kami kongsikan tentatif ringkas ke Sabah, untuk 4 Hari 3 Malam.

Berikut adalah tentatif yang paling ringkas dan bajet untuk ke Sabah:

Hari Pertama โ€“ Tiba di Airport KKIA (12PM) dan terus ke Kundasang

Setibanya di Airport, sewa kereta dan teruskan perjalanan ke Kundasang. Untuk menyewa kereta, kami sarankan untuk menyewa dengan Global Lepa Travel & Tours Sdn Bhd, KOTA KINABALU, SABAH. Mudah bicara dan berpatutan.

GLOBAL LEPA TRAVEL & TOURS, KOTA KINABALU, SABAH
012-8440137 Atauย  011-37144200
website: http://www.globallepa.com/

Whatsapp BOOK ONLINE

Tempahan online untuk 3 hari ke atas akan mendapat Diskaun 5% dan juga diskaun tambahan dengan memasukkan voucher code GlobalLepa yang bernilai RM 20



Enjoy 2 jam perjalanan ke Kundasang. Dalam Perjalanan singgah sekejap di rumah terbalik:

rumah terbalik

1:30PM Rumah Terbalik and Jambatan Tamparuli.
3:30PM Kemudian berhenti di Pekan Nabalu untuk berehat.
4:00PM Check-in at Mile 36 Lodge [BOOK NOW] atau mana-mana hotel yang berdekatan dengan Taman Negara Kinabalu.

Atau korang boleh lihat di artikel ini: Hotel Terbaik di Kundasang

5:00PM Terus pergi melawat tempat menarik seperti:-
Taman Negara Kinabalu (Kinabalu National Park), Botanical Garden, Nature Gallery & Timpohon Gate

Masa lapang, boleh overnightย  kat Kundasang.

Nota Kaki: Jika masa tidak mencukupi untuk melawat di kesemua tempat pada hari pertama, boleh sambung pada keesokan hari.

Hari ke 2 โ€“ Poring Hot Spring / Kota Kinabalu

Check-out dari hotel dan terus pergi melawat kawasan sekitar Kundasang dan Ranau.

8:00AM Desa Dairy Farm (Mini New Zealand)

Untuk pemandangan yang cantik dan bergambar dengan berlatar belakangkan Gunung Kinabalu, elok pergi Desa Dairy Farm pada waktu pagi sebelum pukul 9 AM. Kerana lepas pukul 9, awan akan menghalang pemandangan gunung. Kalau bernasib baik boleh la tengok juga walaupun lepas pukul 9.

10:00AM Kundasang War Memorial
12:00PM Poring Hot Spring; boleh cuba pengalaman di Titian Gantung atau Canopy Walkway. Selepas itu, mandi air panas.
3:00PM Ladang Teh Kundasang
4:00PM (OPTIONAL) Kg Luanti Fish Massage
5:00PM OTW to KK
(OPTIONAL) Dalam perjalanan ke KK, singgah di: Pekan Kundasang โ€“ fresh vegetables/fruits market.
8:00PM Sampaiย  KK. setiba di kk, check in at hotel Ocenia Hotel [BOOK NOW].ย  kalau boleh cari dan book hotel yang berdekatan dengan pasar malam (Pusat Bandar). Mudah untuk pergi makan seafood.

Hari ke 3 โ€“ Ke Pulau dan Bersiar-siar di bandar KK, beli ole-ole ๐Ÿ™‚

8:00AM Sarapan Pagi la dulu…lapar kan.
8:30AM Terus pergi ke Jeti Jesselton untuk ke Pulau Manukan, Pulau Sapi, Pulau Mamutik dan Pulau Gaya (atau lain-lain pulau). Cukup la pergi 2 pulau sahaja ye โ€“ masa perjalanan 15 min dengan menaiki bot. setiba di Pulau Manukan, bebas untuk buat apa saje, snorkeling/ swimming
11:40AM Selesai di Pulau Manukan terus pula ke Pulau Sapi dan sambung dengan aktiviti snorkeling/ swimming.
03:30PM Balik ke KK, bersiar-siar beli ole-ole dan
7:00 PM Makan malam dan berehat

Hari ke 4 โ€“ Sambung beli belah dan ole-ole / Berlepas pulang ke KL

ย 8:00 AM Handicraft center; Filipino Market, dan lain-lain komplek utama di bandar KK
ย 12:00 PM Check-out dari hotel dan terus ke airport untuk balik ke KL.

Anggaran Kos Paling Jimat Untuk 4 Hari 3 Malam (2 Orang)

Ini adalah anggaran total kos untuk 2 orang, kalau ramai lagi murah. Pada tahun 2016 ya. Mungkin ada perubahan sedikit dari semasa ke semasa.


Tiket Flightย  (Nak murah beli awal) – RM400 / 2 Person
Pengangkutan + minyak (2 Hari Plus)ย – Kereta Axia – RM380
Penginapan – RM400 (160+120+120)
Entry Fee (Details kat bawah) – RM80 / 2 Person
Makan Minum – RM200+-
Pakej Pulau (Details kat bawah) – RM110 / 2 Person
Lain-lain – RM100+-

TOTAL KOS UNTUK 2 ORANG: RM1670
RM835 / pax

Entry Fee Details:
Kinabalu Park – RM3 (boleh digunakan untuk masuk ke Poring Hot Springs sekali)
Park Museum – RM2
Canopy Walk at Poring Hot Springs – RM3
Camera Fee – RM5 (share dengan dua orang, jadi RM2.50 :P)
Fish Spa Kg. Luanti – RM5 (include GST)
Desa Dairy Farm – RM5 (include GST)
Kundasang War Memorial – RM2
Rumah terbalik – RM10.60 (include GST)
Taman Laut – RM3
Pakej Pulau Details: Pulau Manukan & Pulai Sapi
Tambang bot ke Pulau Manukan : RM 23.00
Cukai jeti Jesselton Point : RM 7.00
Sewa alatan snorkeling : RM 10.00
Sewa jaket keselamatan : RM 10.00
Entry pulau: RM3

Selamat bercuti dan kenali Sabah!

Summary
Tentatif Percutian ke Sabah - 4 Hari 3 Malam
Article Name
Tentatif Percutian ke Sabah - 4 Hari 3 Malam
Description
Bila bercakap pasal Kota Kinabalu, Sabah, perkara pertama terlintas di fikiran kita adalah sudah tentu Gunung Kinabalu. Nak tentatif percutian ke sabah?
Author
Publisher Name
Blog Pakej.MY
Publisher Logo

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

242 Komen di “Tentatif Ringkas Percutian ke Sabah – 4 Hari 3 Malam”

  1. Saya bercadang bercuti 4D3N pada 27-30 January 2017 utk 7 orang.
    Boleh dapatkan sebut harga full pakej termasuk flight dr KL utk Kundasang + KK + Island hoping.

    Terima kasih.

    1. Saya bercadang bercuti 5D4N pada 18-24 /3/2017 utk 14 orang dewasa 2 baby bawah 2 tahun.
      Boleh dapatkan sebut harga full pakej termasuk flight dr KL utk Kundasang + KK + Tawau+ lahad satu+Island hoping.

      Mohon bantuan utk percutian 4 keluarga.

  2. Assalamualaikum saya berminat dgn tour macam tentatif yg di beri. Pergi pada 26/1/17 hingga 30/1/17. (5h4m). 2 mlm kundasang Dan 2 mlm kk. 2 orang. boleh email saya tak harga pakej paling bajet termasuk mkn. T.Kasih

  3. Salam. Ada tak pakej 4h3m kota kinabalu tidak termasuk flight dan hotel untuk 8 org pada 4 hinnga 7 feb 2017. Tk.

    1. Maaf salah info

      3 dewasa, ke dari KK ke kundasang & island hoping, tarikh around 26-28/10/2017

      Terima kasih