Trip ke Pulau Perhentian – Perkongsian Penuntut IPTA
Trip ke Pulau Perhentian adalah destinasi pelancongan yang agak popular di Malaysia. Tak kiralah student ke family ke, semua suka pergi ke Pulau Perhentian. Sebabnya, airnya cantik, banyak ikan dan juga ada penyu. Bagi admin, Pulau Perhentian antara yang tercantik yang pernah admin pergi.
Kepada anda yang sedang mencari maklumat tentang trip ke Pulau Perhentian, mungkin anda boleh baca perkongsian ini. Trip ini, mereka pergi pada tahun 2017. Apa yang penting trip ini bajet sahaja.
Nak tengok pakej boleh lihat di artikel ini: Senarai Pakej Pulau Perhentian
Perkongsian Trip ke Pulau Perhentian dari penuntut IPTA di KL. Saudari Aryna.
Trip ke Pulau Perhentian Bersama Rakan-Rakan
Untuk trip kali ini kami pilih untuk pergi masa hari minggu (tanpa menggunakan pakej, kira macam pergi walk-in je) , sebab kalau pegi
pulau untuk weekday lagi murah dan berpatutan.
Tak nak cerita panjang, jom kita mulakan trip ke Pulau Perhentian!
Ni kos segala-gala yg aku habis
- tiket marine park RM2 (tunjuk student card)
- boat return include snorkelling RM85
- bilik ambik dkt fatimah chalet RM40/night/pax (2night = RM80)
- makan lepas snorkelling dkt ewans cafe RM37 (tanpa air + ni harga weekday, kalu weekend harga double)
- naik wind mill (hiking) then g long beach ambik water taxi RM15/pax sbb ramai= RM182 (selebihnya minum n makan roti canai dkt fatimah cafe)
aku sendiri memang betul2 habis RM200
Kesimpulan Perkongsian Trip ke Pulau Perhentian
Perkongsian ini sesuai untuk anda yang ingin pergi secara persendirian (walk-in) tanpan menggunakan pakej. Jimat amat jimat, tapi kalau anda plan untuk pergi waktu musim cuti atau hari minggu, disarankan untuk mengambil pakej terus. kalau tak, PENUH le.
Ada je pakej ke Pulau Perhentian yang bajet dan murah. RM 265 dah boleh dapat. Pakej ni, ditawarkan oleh pihak Perhentian MJ. Boleh tengok Pakej yang mereka di sini: Senarai Pakej Pulau Perhentian
BACA INI JUGA: Bercuti ke Kelantan Macam Pergi LOMBOK
Artikel ini sesuai untuk anda yang ingin mengenali Kelantan & juga Pulau Perhentian. Menarik!
tahniah, sbb dah sampai. artikel tahun bila ni pon xdan tengok tp mmg sempoi ayat2nya.. ?. raya haji ni br plan kami 3 keluarga nak pi, insy. nak tanya, dh dpt repeat ke, sponsored by suami? haha
jom jom ke Perhentian. Tu geng2 student. semua sendiri 😛
Snorkel tu boleh ke tanya org situ on the spot? Ni utk saya yang tak nak tempah pakej. Sendiri2 je
Boleh. Biasa harga tak tetap. Mengikut hotel menginap. Kalau tak nak ambil pakej, cik boleh tempah boat dan snorkeling sahaja di sini: https://www.besutjetty.com
Assalamualaikum. Nk tnya awk book hotel ikut mana ye?
Wslm, mereka beli di Kaunter sbb pergi hari biasa tak ramai orang. Kalau hari minggu atau cuti, lebih baik tempah awal. Boleh tengok senarrai pakej di sini: Pakej Pulau Perhentian