Cara Buat Website Sendiri – Mudah Je

Cara Buat Website Sendiri | Website sudah menjadi trend dan keperluan untuk orang bisnes. Zaman teknologi & internet ini, semua orang mencari maklumat secara online sahaja.

Nak cari kedai makan, servis, pakej pelancongan, kereta sewa, mesti korang google je kan. Sebab tu, orang bisnes perlukan website.

Bukan apa, adanya website akan memudahkan pelanggan mencari maklumat tentang bisnes anda. Seterusnya, meningkatkan reputasi dan jualan syarikat anda juga.

Ada beberapa cara untuk buat website, dengan mengupah Syarikat IT, Freelance Developer, ataupun buat sendiri je.

Kalau menggunakan kepakaran syarikat IT, sudah tentu kos bina website tinggi. Tapi berbaloi dengan hasil kerjanya.

Nak murah sikit boleh guna khidmat freelance developer. Apa-apa pun kena pandai cari. Silap langkah, cari nahas.

Selain syarikat IT & freelance developer, anda juga boleh buat website sendiri. Mudah sahaja untuk website sendiri paling asas. Asas bermaksud, ada informasi tentang bisnes, ada profil syarikat dan juga contact anda.

Untuk artikel ini, kami kongsikan Cara Buat Website Sendiri dengan kos yang rendah. Tetapi bukan secara details ya, cuma gambaran apa yang anda perlu tahu dalam proses membina website. Untuk details, korang boleh google mengikut point yang akan kami kongsikan dibawah.

Cara Buat Website Sendiri

Cara Buat Website Sendiri

Buat sendiri bukan semudah yang difikirkan, tetapi amat mudah bila sudah tahu. Dengan syarat kena banyak membaca dan mencuba.

Website buat sendiri ni, hanya untuk memaparkan maklumat bisnes & syarikat anda sahaja. Untuk web custom seperti ada tempahan, anda perlu menggunankan khidmat Syarikat IT @ freelance developer.

Berikut adalah perkara yang anda perlu tahu untuk buat website sendiri:

  1. Domain & Hosting
  2. Website – Guna WordPress
  3. Asas SEO
  4. Internet Marketing

Penerangan ini adalah ringkasan sahaja untuk gambaran kepada anda, cara buat web sendiri. Secara terperinci, anda boleh google ikut point yang disediakan. Semoga bermanfaat dan maju jaya dalam membina website anda nanti.

1. Domain & Hosting

Apa itu Domain?

Bahasa mudah untuk Domain adalah url address ataupun alamat laman web anda. Sebagai contoh, saya menggunakan domain www.pakej.my dan itu adalah domain saya.

Apa yang penting untuk pemilihan nama domain perlu menarik, ringkas dan mudah diingati. Ini kerana, domain yang mudah diingati akan memudahkan visitors lama untuk bertandang kembali ke website anda.

Contohnya, jika anda mahu membuka bisnes jahitan pukal, domain terbaik adalah www.jahitpukal.com. Usah risau kalau nama syarikat yang didaftarkan berbeza dengan domain yang akan dibeli nanti.

Sebabnya, dalam website nanti, anda boleh memaklumkan kepada pengguna bawah www.jahitpukal.com adalah dikendalikan oleh syarikat anda. Tiada sebarang masalah. Yang penting jujur dalam perniagaan.

Harga domain adalah berbeza-beza mengikut extension: .my, .com.my, .com, .net dan sebagainya. Kebiasaanya harga domain bermula dari RM40-RM150. Antara termurah adalah nama domain dengan extension .com.

Kadang-kadang domain ni ada promosi juga. Saya pernah dapat RM29 sahaja untuk domain .my. Harga normal, RM80 – RM120.

Domain perlu dibayar setiap tahun.

Apa itu Hosting?

Hosting adalah tempat penyimpanan fail-fail dan data untuk dipaparkan di dalam website anda nanti. Segala kandungan laman web anda seperti teks, gambar, video, dan lain-lain data akan disimpan didalam hosting.

Untuk hosting, paling utama anda perlu tahu adalah jumlah storage & jumlah domain yang boleh dipadankan pada hosting anda nanti. Lain-lain tidak perlu ambil tahu sangat. 😛

Jika anda plan nak buat personal website atau small bisnes website, saya sarankan dapatkan hosting dalam lingkungan harga RM100 – RM200.

Hosting perlu dibayar setiap tahun.

Domain & Hosting Provider

Kedua-dua Domain & Hosting anda perlu menyewa dengan syarikat provider. Banyak syarikat provider yang menawarkan servis ini. Antara syarikat provider yang terbaik yang pernah saya guna adalah DataKL.

DataKL Support Team memang terbaik, respond pun cepat. Anda email je, mesti pihak DataKL respon dalam masa 5 minit je. Itu pengalaman saya.

Kalau anda berhajat nak ambil Domain & Hosting, saya rekemen ambil je dengan DataKL. Tak perlu pening kepala nak cari provider lain.

Anggaran kos setahun anda perlu bayar untuk Domain & Hosting adalah dalam lingkungan RM 150 – RM 200. Harga sebegini amat sesuai untuk Personal & Small Bisness Website.

Untuk tempahan, sila layari laman web www.datakl.com

2. Website – Guna WordPress

Bila dah beli Domain & Hosting, seterusnya anda boleh mula membuat website anda sendiri. Cara paling mudah bina website guna WordPress. 😛

WordPress antara tools yang popular untuk membina website. Hanya perlu install di dalam hosting yang telah dibeli tadi & setting-setting dah siap.

WordPress juga didatangkan dengan tema-tema berlainan. Ada yang percuma dan juga berbayar. Nak mudah guna je yang percuma sahaja.

Untuk cara install wordpress dalam hosting, anda boleh buat pencarian di google “Cara Install WordPress” ataupun guna keyword english “How to Install WordPress Using Cpanel”. Selamat maju jaya!

3. Asas SEO

SEO adalah ringkasan kepada Search Engine Optimization. Maksudnya, strategi optimasi laman web, untuk meletakkan laman web anda dalam kedudukan tertinggi di enjin carian, seperti Google, Yahoo, Bing dan sebagainya. Paling popular, Google.Sumber Gambar: urbancomunicacion.com

Asas SEO, adalah domain, tajuk, content website & keyword. Selain itu, untuk mendapat tempat di carian google, anda juga boleh menggunakan webmastertools oleh google. Ini akan mempercepatkan lagi laman web anda berada di carian Google.

Untuk Google Webmastertools, anda boleh google “Cara Guna Webmaster Tools”. Semoga suksess.

4. Internet Marketing

Internet Marketing atau Pemasara Internet adalah proses untuk memperkenalkan website dan mempromosikan bisnes anda.

Permasaran boleh dibuat dengan perlbagai cara, contohnya menggunakan khidmat blogger, setup SEO, dan juga buat iklan berbayar.

Paling cepat, anda boleh mengguna iklan berbayar dengan Google ataupun Facebook. Kalau Google, anda boleh menggunakan Google Adword. Dan Facebook pula guna Facebook Ads.

Kesimpulan Cara Buat Website Sendiri

Semoga informasi yang dikongsikan ini akan membantu dan memberi gambaran kepada anda, cara buat website sendiri.

Jika nak cepat dan perlukan bantuan secara sesi One-to-One dengan saya, ataupun upah saya buat website, anda boleh hubungi melalui wasap berikut:

WHATSAPP

Boleh bincang nanti 🙂

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

2 Komen di “Cara Buat Website Sendiri – Mudah Je”